omniture

Fernando Zobel de Ayala puji legasi 26-tahun Ketua Pegawai Eksekutif yang akan bersara Jaime Augusto Zobel de Ayala dan tetapkan keutamaan strategik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Baharu Ayala Corporation

Ayala Corporation
2021-04-24 04:11 410

MANILA, Filipina, 24 April 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, selepas Mesyuarat Pemegang Saham Tahunan syarikat dan seperti yang diumumkan pada Disember 2020 yang lalu, Ayala Corporation (AC) telah membuat peralihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif daripada Jaime Augusto Zobel de Ayala kepada Fernando Zobel de Ayala, yang telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. Jaime Augusto Zobel de Ayala akan memfokuskan peranan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Ayala. Jaime dan Fernando akan terus mewakili Ayala, mengekalkan peranan semasa mereka, sebagai Pengerusi atau Naib Pengerusi dalam lembaga subsidiari pelbagai syarikat kumpulan Ayala.

Fernando Zobel de Ayala, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Fernando Zobel de Ayala, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

 

Jaime Augusto Zobel de Ayala, Pengerusi
Jaime Augusto Zobel de Ayala, Pengerusi

Dalam ucapan beliau, Fernando memuji Jaime atas kepimpinannya yang luar biasa dan rekod prestasi cemerlang dalam mencipta nilai pemegang saham sepanjang 26 tahun tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. "Sejak tahun 1995, permodalan pasaran kami meningkat lebih enam kali ganda; pendapatan bersih kami turut sama meningkat lebih enam kali ganda. Sejak tahun 1995, kami memberi ganjaran kepada pemegang saham kami dengan pulangan yang boleh dipercayai dengan purata 15 peratus setahun. Sepanjang tempoh ini, kami membayar dividen secara kumulatif sebanyak P118 bilion kepada pemegang saham biasa kami."

Selain daripada pulangan kewangan yang luar biasa, Fernando turut memetik dan mengucapkan terima kasih kepada Jaime atas legasi lima-mata strategik beliau yang menurut Fernando akan menjadi asas kukuh untuk pertumbuhan mampan Ayala Corporation pada masa akan datang:

  1. Gabungan portfolio yang lebih mantap, diperluaskan dan seimbang. Dalam tempoh 26 tahun yang lalu, Ayala membuat pelaburan yang besar dan transformatif dalam hartanah, perbankan, telekomunikasi, tenaga, air, kesihatan, pendidikan dan logistik yang mana jurang masyarakat yang besar mendedahkan peluang untuk menawarkan perkhidmatan kepada himpunan pelanggan yang lebih luas dan lebih inklusif, menjana pulangan bermakna dan meningkatkan ketahanan risiko kami;
  2. Satu budaya inovasi yang relevan dan tanpa henti yang mana pasukan yang mendapat inspirasi daripada Ayala mencetuskan penyelesaian baharu atau dipertingkat agar kekal relevan dengan perubahan keperluan pelanggan yang dinamik;
  3. Disiplin pengurusan kewangan yang ketat, yang membolehkan pelaburan muktamad bagi memanfaatkan peluang dan menjana pulangan menarik sekali gus mengukuhkan ketahanan risiko terutamanya dalam tempoh krisis termasuk pandemik COVID-19 ketika ini;
  4. Memperjuangkan penjajaran cita-cita dan matlamat korporat Ayala mengikut piawaian bertaraf dunia untuk kemampanan; dan tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat; dan
  5. Meletakkan Ayala di barisan hadapan peranan syarikat yang terus berkembang bagi menangani masalah masyarakat -- bagi mewujudkan kemakmuran yang inklusif dan mampan buat semua pemegang saham dan bagi membantu usaha pembinaan negara.

"Sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, saya bermatlamat untuk memanfaatkan asas kukuh yang diwujudkan oleh Jaime, dipandu oleh strategi teras kami dalam mengekalkan kepimpinan dan relevansi dalam pasaran yang mendapat khidmat kami," kata Fernando. "Bagi menyokong usaha ini, kami akan memberi penekanan yang lebih tinggi terhadap strategi portfolio kami dengan tumpuan lebih khusus untuk mengoptimumkan pulangan daripada perniagaan sedia ada, satu pendekatan yang sangat berdisiplin terhadap penggunaan modal; dan meneroka peluang untuk inisiatif realisasi nilai bagi membiayai pelaburan masa depan."

Fernando berkata Ayala akan terus menyokong pengembangan pemacu nilai terasnya -- Ayala Land, BPI, Globe, serta AC Energy dan dalam yang sama meningkatkan perniagaan rawatan kesihatan dan logistiknya melalui AC Health dan Entrego. Secara keseluruhan, Ayala Group memperuntukkan gabungan perbelanjaan modal sebanyak P196 bilion pada tahun 2021.   

Semasa mesyuarat, Fernando turut mengucapkan tahniah kepada tiga eksekutif kanan yang telah diberikan peranan baharu dalam Ayala Group. Ketua Pegawai Kewangan Ayala Corporation, TG Limcaoco, menerajui pucuk pimpinan di BPI sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif; selepas persaraan pendahulunya, Bong Consing. Bong akan terus terlibat dengan Ayala Group sebagai ahli Lembaga Pengarah BPI, Ayala Corporation, Globe Telecom dan AC Energy Corporation. Albert De Larrazabal, paling terkini merupakan Ketua Pegawai Komersial Globe, menggantikan Limcaoco sebagai Ketua Pegawai Kewangan AC. Eric Francia, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif semasa AC Energy, dilantik untuk mempengerusikan secara serentak Jawatankuasa Pelaburan AC.

"Kami agak optimis mengenai persekitaran perniagaan dan akan terus bersiap sedia untuk pemulihan ekonomi pasca pandemik. Kami mengharapkan pelaksaanaan program pemvaksinan negara dengan jayanya yang akan membuka jalan untuk kebangkitan semula ekonomi," kata Fernando. "Dengan kunci kira-kira yang baik dan sekumpulan francais yang pelbagai dan mantap dalam portfolio kami, kami yakin bahawa kami akan keluar daripada tempoh yang sukar ini dengan menjadi lebih kuat."

Untuk maklumat lanjut:

YLA ALCANTARA
Ketua, Pengurusan Jenama & Reputasi
e-mel - alcantara.ypg@ayala.com

MAKLUMAT RINCI:

PRESTASI AYALA PADA 2020 & KEUTAMAAN 2021

Bagi setahun penuh 2020, Ayala Corporation melaporkan pendapatan bersih sebanyak P17 bilion, 51 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya. Sebahagian besar daripada penurunan ini disebabkan oleh item tidak berulang seperti peruntukan yang dipesan oleh pelbagai perniagaan, pengkelasan semula perakaunan dan keuntungan penyahlaburan tidak berulang daripada unit-unit kuasa dan pendidikannya. Tidak termasuk yang berkenaan, penguncupan berbanding tahun sebelumnya dalam keuntungan bersih Ayala adalah pada 16 peratus. Bagi tahun 2021, Ayala Group memperuntukkan gabungan perbelanjaan modal sebanyak P196 bilion untuk menyokong pengembangan berterusan perniagaan terasnya dan membiayai peluang-peluang baru muncul dalam sektor rawatan kesihatan dan logistik.

  • Pada tahun 2020, Ayala Land mempelopori amanah pelaburan hartanah pertama negara yang dikenali sebagai AREIT yang mengumpul hasil sebanyak P12.3 bilion dan menggalakkan pemaju hartanah lain untuk melancarkan instrumen REIT mereka sendiri. Bagi tahun 2021, ALI telah mengatur perbelanjaan modal sebanyak P88 bilion. Ia bersiap sedia untuk melancarkan projek-projek kediaman bernilai P100 bilion tatkala ia menuju pemulihan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
  • Pelaburan besar BPI dalam transformasi digital, sejak 3 tahun yang lalu membolehkan bank untuk memenuhi keperluan perbankan alternatif pelanggannya yang berubah-ubah; dan menjadi bank digital yang terkemuka. Aplikasi mudah alih BPI merupakan aplikasi perbankan yang paling banyak dimuat turun semasa pandemik. Lima puluh dua peratus pelanggan bank kini didayakan secara digital; lebih separuh daripada mereka merupakan pengguna aktif; dan purata 70 peratus daripada transaksi keseluruhan kini dilakukan secara dalam talian. 
  • Pada tahun 2020, Globe Telecom melabur sebanyak P60 bilion dalam perbelanjaan modal, 18 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2019. Globe membina hampir 1,300 tapak sel baharu, menaik taraf lebih daripada 11,500 tapak kepada teknologi 4G/LTE dan menggunakan tapak 5G di pelbagai bandar dan wilayah. Bagi tahun 2021, Globe memperuntukkan P70 bilion yang mencatat rekod dalam perbelanjaan modal bagi menyokong peralihan dalam permintaan daripada mudah alih kepada jalur lebar rumah.
  • GCash Mynt kini merupakan aplikasi kewangan nombor satu di negara ini, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 33 juta pengguna atau satu dalam setiap tiga orang rakyat Filipina. Dengan pertumbuhan pesat GCash pada tahun 2020, ia bukan sahaja mengungguli Kategori Aplikasi Kewangan apabila melibatkan pengguna aktif, malah ia juga telah mendahului aplikasi media sosial dan hiburan global seperti Tiktok, Twitter, Netflix, Grab, Spotify, dan Viber, berdasarkan App Annie, pakar penarafan aplikasi global yang bereputasi. Tahun lalu, nilai transaksi yang melalui GCash melepasi P1 trilion, iaitu dua kali ganda daripada jumlah gabungan untuk tempoh tiga tahun iaitu tahun 2017 hingga 2019. Baru-baru ini, GCash menarik modal baharu sebanyak USD175 juta termasuk pelaburan daripada Bow Wave, dana ekuiti persendirian yang berpangkalan di New York. Dengan penilaian pasca wang sebanyak hampir USD1 bilion, pelaburan ini mengesahkan GCash sebagai pengusaha yang hebat dalam menyumbang dan mengubah perkhidmatan kewangan di negara ini.
  • AC Energy telah menetapkan matlamat yang berani untuk membina lima gigawatt tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2025 dan menjadi salah satu platform tenaga boleh diperbaharui senaraian terbesar di Asia Tenggara. Pada tahun 2020, AC Energy meneruskan pengembangan geografinya secara agresif dan kini beroperasi dalam lima pasaran iaitu Filipina, Vietnam, India, Indonesia dan Australia. Ia beralih kepada portfolio rendah karbon dan komited untuk menyahlabur semua aset arang batunya menjelang tahun 2030.
  • Pada tahun 2020, subsidiari IMI, VIA Optronics, pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian paparan yang ditingkatkan, disenaraikan di Bursa Saham New York. IPO VIA menghasilkan hasil sebanyak USD94 juta dan penilaian yang membayangkan 34 peratus keuntungan daripada harga pemerolehannya. Sementara itu, syarikat induk IMI, AC Industrials mengecilkan kerugiannya kepada P1.8 bilion pada tahun 2020, walaupun terdapatnya gangguan pembuatan pada tahun tersebut. Ia juga mencatatkan keuntungan bersih dalam suku keempat selepas memulihkan operasi kilang kepada kapasiti penuh, meningkatkan kecekapan kilang dan mengoptimumkan margin daripada rundingan kontrak. Pelbagai teknologi disruptif AC Industrials bersedia untuk mengikuti trend mega baru muncul berkisarkan kenderaan berautonomi, lebih banyak komponen elektronik dalam automobil dan tenaga mesra alam.
  • Pada tahun 2020, Manila Water terus menyampaikan infrastruktur yang diperlukan untuk memenuhi tanggungjawab perkhidmatannya, membelanjakan perbelanjaan modal sebanyak P12.1 bilion—81 peratus disalurkan kepada East Zone Concession bagi melaksanakan pelbagai projek berkaitan pengembangan air sisa, keandalan rangkaian dan bekalan air. Kemasukan Trident Water daripada Razon group ke Manila Water akan membolehkan syarikat yang dikawal selia untuk mencari peluang pengembangan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Memanfaatkan jangkauan seluruh negaranya, Entrego AC Infrastructure telah bertapak dalam menawarkan perkhidmatan kepada pengusaha e-dagang utama di negara ini. Sepanjang tahun lalu, pendapatannya meningkat 10 kali ganda sejak tahun 2018 dan jumlah pakej yang dihantar meningkat dua kali ganda sejak bermulanya pandemik. Ia menyasarkan untuk memperluaskan kehadirannya merentas rantaian bekalan logistik yang lebih luas termasuk logistik kontrak dan pengiriman barang.
  • AC Health meningkatkan portfolionya bagi memanfaatkan momentum dalam ekosistem rawatan kesihatan. Ia menyempurnakan pemerolehan kepentingan majoriti dalam QualiMed Health Network pada Februari lalu, melengkapkan 85 klinik pesakit luar AC Health dan 80 klinik korporat di bawah jenama Healthway selain hospital kanser khas pertama negara ini yang dijadualkan dibuka pada tahun 2023. Jenama teleperubatannya, HealthNow, terbukti menjadi penyelesaian perundingan perubatan alternatif yang hebat, berserta pembelian dalam talian ubat-ubatan dan penjadualan janji temu klinik di lapangan. Ketika ini, HealthNow merupakan aplikasi perubatan yang paling banyak dimuat turun di App Store.
  • Pada tahun 2020, Ayala Group membelanjakan sejumlah P13.2 bilion dalam pelbagai inisiatif bagi membantu pekerja, rakan kongsi, pelanggan, komuniti lebih luas dan negara mengatasi impak pandemik COVID–19.
    • Apabila kerajaan melaksanakan ECQ pada Mac 2020, respons pertama Ayala adalah untuk melindungi pekerja dan membantu menjamin ketenangan minda mereka, dari segi kewangan dan fizikal/perubatan. Pakej bantuan kecemasan, yang merangkumi gabungan gaji, penukaran cuti, penangguhan pinjaman dan pelepasan bonus pekerja lebih awal diperkenalkan agar pekerja berasa selamat dari segi kewangan. Pekerja kontrak yang pasti berada dalam dilema "tiada kerja, tiada gaji" (termasuk kakitangan, kakitangan penyelenggaraan dan pekerja binaan) turut menerima bantuan kewangan daripada Ayala group. Tekal dengan mandat DOH, protokol kesihatan yang ketat dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pekerja penting yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja. Perkhidmatan berulang alik, tempat tidur dan ujian berkala turut disediakan.
    • Pada tahun 2020, Ayala berusaha untuk melindungi komuniti perniagaannya yang diperluas. Selain daripada menawarkan pelanjutan pembayaran pinjaman, pengecualian bayaran dan caj faedah serta pembayaran balik sewa kepada rakan kongsi kami dan penyewa pusat beli belah, Ayala Group juga melancarkan Ayala Enterprise Circle sebagai platform untuk melibatkan, meningkatkan kemahiran, menghubungkan dan memperkasa lebih 250,000 PKS yang mana merupakan sama ada pelanggan atau rakan kongsi Ayala.
    • Bagi komuniti rakyat Filipina yang lebih luas, Ayala bekerjasama dengan Philippine Disaster Resilience Foundation dan Caritas Manila untuk Projek Ugnayan, yang mana lebih 270 entiti persendirian berhimpun untuk mengumpul P1.7 bilion nilai baucar makanan untuk lebih 14 juta orang yang paling terjejas dari segi ekonomi di Kawasan Manila Lebih Besar. Ayala juga aktif menyumbang ke arah mendayakan respons kerajaan negara dan tempatan terhadap pandemik. Melalui Task Force T3, Ayala mengubah World Trade Center menjadi kemudahan pengasingan dengan 502 katil. Ia menyumbang reruai swab kepada empat pusat swab mega kerajaan negara dan ia turut menukarkan dua hospital QualiMed menjadi pusat rujukan COVID, lengkap dengan kemudahan pengujian dan penjagaan kritikal yang bersesuaian termasuk ventilator. Bersama-sama Bandar Manila, Ayala membina sebuah makmal molekul baharu dalam Sta. Ana Hospital. Kami juga menyumbang mesin PCR dan bekalan perubatan ke Bandar Quezon dan Davao.
    • Penyertaan Ayala dalam T3 kini merangkumi sokongan untuk pelan tindakan pelaksanaan vaksin oleh kerajaan negara – termasuk strategi, perolehan, pentadbiran dan komunikasi. Bersama IATF, DOH dan ICTSI Group, Ayala membantu menyatukan dan memuktamadkan komponen sektor swasta dalam perjanjian tiga pihak bagi pembelian vaksin Moderna. Berserta 450,000 vaksin yang dipesan daripada AstraZeneca, Ayala memperoleh 1 juta dos termasuk sumbangan kami kepada pihak kerajaan.

"Kami menghadapi pandemik ini dengan kunci kira-kira yang mantap; dan kami menempuhi krisis tidak dapat diramalkan yang panjang, mendalam dan rumit ini dengan kekuatan kunci kira-kira kami yang utuh," ujar Fernando Zobel de Ayala. "Kekuatan ini membolehkan Ayala mengekalkan operasi dan membayar hutang; dan untuk menyediakan bantuan yang bermurah hati kepada pelbagai pemegang kepentingan kami pada waktu krisis ini. Ia juga memberikan kami kapasiti dan kefleksibelan berterusan bagi mengejar peluang-peluang yang berpotensi."

 

Source: Ayala Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Personnel announcements