omniture

Orbis Technologies Mengumumkan Pengambilalihan InfoPros

Orbis Technologies
2021-04-26 20:08 1141

ANNAPOLIS, Maryland, 26 April 2021 /PRNewswire/ -- Orbis Technologies, Inc., peneraju global dalam perkhidmatan dan penyelesaian Perisian Pengurusan Kandungan Komponen (CCMS), mengumumkan bahawa ia telah memperoleh InfoPros, salah sebuah pembangun kandungan terkemuka yang berkhidmat kepada badan korporat Amerika.

Syarikat gabungan ini mengekalkan nama Orbis Technologies, Inc. (Orbis) dan ibu pejabatnya terletak di Annapolis, Maryland. Orbis dengan serta-merta memperoleh kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam perusahaan kandungan dan pengurusan maklumat global, dengan produk dan penyelesaian yang digunakan di seluruh dunia.

"Penggabungan Orbis dan InfoPros menyatukan dua pemimpin pasaran untuk menyediakan organisasi dengan cara baharu dalam menguruskan kandungan mereka," kata Brian Ippolito, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Orbis. "Ia adalah tentang penambahan nilai dan pengurangan kos buat para Pelanggan kami dan perkhidmatan serta rangkaian produk perisian pengurusan kandungan komponen Orbis hanya melakukan yang tersebut, menjadikannya lebih mudah bagi Pelanggan kami untuk membangun dan menggunakan kandungan yang sangat penting kepada operasi harian perniagaan mereka."

InfoPros yang berpangkalan di Colorado memberi tumpuan kepada pembangunan dokumentasi teknikal, e-Pembelajaran, kandungan animasi 3-D dan kandungan dokumentasi dan latihan lain untuk Fortune 500, dengan pejabat yang terletak di seluruh A.S. "Dengan menjadi sebahagian daripada Orbis, kami terus meningkatkan skala untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat di seluruh dunia," kata Bernie Schneider, Presiden InfoPros dan kini merupakan Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Pelanggan Orbis. "Keupayaan yang bukan hanya terhad kepada penciptaan kandungan – e-Pembelajaran, dokumentasi produk, penyelesaian dalam talian – tetapi juga untuk mengurus dan menerbitkan kandungan menggunakan platform CCMS RSuite Orbis, mampu menambah nilai perkhidmatan yang kami bawakan kepada pelanggan kami."

Syarikat gabungan ini mempunyai sejarah sokongan Pelanggan di 20 buah negara, dengan senarai Pelanggan yang merangkumi syarikat Fortune 500, entiti ketenteraan dan organisasi kerajaan yang lain. Orbis mempunyai pejabat yang terletak di seluruh A.S. serta di Australia dan India.

Tentang Orbis Technologies, Inc.

Orbis Technologies, Inc. merupakan peneraju global yang terkenal dalam menyampaikan teknologi inovatif kepada syarikat-syarikat yang terdiri daripada Fortune 500 hinggalah kepada Kerajaan Persekutuan A.S. Kami adalah satu-satunya Penyedia Perkhidmatan Terurus Kandungan Global – perkhidmatan penciptaan kandungan dan platform kandungan – semuanya dalam sebuah syarikat. Orbis mempunyai ibu pejabat di Annapolis (Maryland) dengan pejabat-pejabat yang terletak di Audubon (Pennsylvania), Orlando (Florida), Colorado Springs (Colorado), Durham (Newcastle), Milwaukee (Wisconsin) dan Rochester (New York) serta anak-anak syarikat yang berpangkalan di Chennai, India dan Sydney, Australia.

Hubungan Media: Andrew Hughes, ahughes@orbistechnologies.com, (443) 569-6706

Source: Orbis Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion