omniture

Pameran Canton ke-129 Labuh Tirai dengan Negara-negara Sumber Pembeli Pecah Rekod, Bina Jambatan Lebih Kukuh untuk Perdagangan Global

Pameran Canton
2021-04-27 00:34 333

GUANGZHOU, China, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-129 (Pameran Canton) melabuhkan tirai pada 24 April dengan pembeli mendaftar dari 227 negara yang memecah rekod, menyediakan platform perdagangan yang cekap untuk pembeli global mencari produk Cina yang inovatif.

Pameran tersebut menganjurkan 44 aktiviti "Promosi di Awan" dalam 32 negara dan wilayah di seluruh dunia dan memeterai perkongsian dengan 10 institusi perindustrian dan komersial termasuk Chinese Chamber of Commerce of Brazil (CCCB) dan Chamber of International Commerce of Kazakhstan melalui penandatanganan perjanjian dalam talian, yang memperluaskan lagi jaringannya untuk menyokong pembeli dengan akses kepada perniagaan Cina.

Xu Bing, Jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre berkata: "Pameran Canton telah menggalakkan pembangunan perdagangan antarabangsa, malah ekonomi global. Nilai Pameran Canton terletak pada perkhidmatannya yang inovatif yang dapat menggalakkan kerjasama perdagangan antara China dan dunia. Ini termasuk menyediakan sumber pembekal dan pembeli yang andal dan menawarkan tinjauan yang komprehensif untuk industri."

Pameran Canton ke-129 telah melabuhkan tirai dengan jayanya.
Pameran Canton ke-129 telah melabuhkan tirai dengan jayanya.

Pameran Canton ke-129 memperkasa pembeli untuk berkomunikasi secara langsung dengan lebih 800 perniagaan China yang terkemuka dan kluster perindustrian yang penting melalui acara pemadanan untuk X5 Group Rusia, Kawan Lama Group Indonesia dan Kroger Amerika serta mengadakan aktiviti promosi kluster perindustrian seperti mainan Shantou, perkakas rumah kecil Guangdong, tekstil Zhejiang dan industri makanan Shandong.

Sebanyak 26,000 pempamer memuat naik lebih 2.76 juta produk, satu peningkatan sebanyak 290,000 berbanding sesi lalu termasuk 840,000 produk baharu dan 110,000 produk pintar. Produk baharu ini yang dihasilkan dengan teknologi direvolusikan menunjukkan kevitalan syarikat-syarikat Cina kepada dunia dalam inovasi dan imej serba baharu perusahaan dan jenama Cina.

Laman sesawang rasmi Pameran ini telah dikunjungi sebanyak 35.38 juta kali yang mengejutkan dengan 6.87 juta kunjungan ke dewan pameran maya termasuk 100 ribu lawatan ke 2662 reruai VR. Strim langsung ditonton sebanyak 880 ribu kali dengan tontonan bagi setiap strim langsung meningkat sebanyak 28.6 peratus hasil daripada sumber dimanfaatkan yang disediakan oleh Pameran bagi membantu pempamer berhubung secara berkesan dengan pembeli sasaran mereka dan memahami pasaran mereka dengan lebih baik.

Bersama-sama kerjasamanya dengan rakan kongsi domestik dan antarabangsa, Pameran ini telah memudahkan proses perundingan dan penyumberan sehenti untuk pembeli apabila berurus niaga dengan perniagaan di China yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan, pemeriksaan sehinggalah pensijilan kualiti, logistik dan pengangkutan.

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news