omniture

GZS Umumkan Pelancaran Sedunia bagi Penyelesaian Daftar Pesakit EHR Hemaglobal™ bagi Hemofilia dan Penyakit Pendarahan

GZS, Inc.
2013-04-03 20:28 162

-- Perisian WebTracker-Hemophilia digunakan sebagai Infrastruktur Maklumat Kebangsaan Diberikan Jenama Baru HemaGlobal bagi pasaran luar negara

SAN FRANCISCO, 3 April 2013 /PRNewswire/ --GZS, Inc., peneraju pembangunan Rekod Kesihatan/Perubatan Elektronik mengikut penyakit dan mengikut keadaan serta penyelesaian daftar pesakit, telah mengumumkan pelancaran di seluruh dunia penyelesaian daftar pesakit EHR WebTracker Hemofilia di bawah jenama baru HemaGlobal™.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/LA86901LOGO)

Dengan pelancaran HemaGlobal, kajian hasil dapat dijalankan pada skala global untuk kali pertamanya. Sistem daftar pesakit EMR/EHR digunakan oleh hampir semua Pusat Rawatan Hemofilia (HTC) di AS untuk merawat pesakit dengan masalah pendarahan dan pembekuan darah serta bagi melaporkan data pesakit tanpa identiti kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

HemaGlobal merupakan sistem daftar pesakit EMR/EHR yang berfungsi sebagai platform yang stabil dan boleh diskala untuk menyepadukan data daripada pelbagai sumber, seperti farmasi, makmal, klinik dan arkib rekod, dan dalam format standard industri termasuk perisian pengurusan pejabat dan aplikasi kerangka utama dengan kebolehsambungan antara muka HL-7.

HemaGlobal merupakan penyelesaian berasaskan jaringan yang amat selamat yang boleh digunakan di internet mahupun intranet persendirian, dan disasarkan kepada agensi kerajaan, kementerian kesihatan, organisasi bukan kerajaan, universiti, pusat rawatan dan penyedia khidmat penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

"Setelah bertahun-tahun berkerjasama erat dengan doktor dan universiti untuk membangunkan daftar pesakit EHR yang kukuh  untuk penyakit pendarahan di Amerika, kami berbesar hati dan gembira untuk berkongsi kejayaan kami dengan seluruh dunia dan dapat meningkatkan pemahaman global kami terhadap keadaan ini," kata Dan Davis, Ketua Pegawai Eksekutif GZS, Inc. "Kami bertuah kerana telah menemui sokongan industri yang tak berbelah bahagi terhadap usaha untuk menaiktaraf dan melaraskan standard bagi aplikasi daftar pesakit EHR global."

Konsortium Amerika Syarikat  bagi Pusat Rawatan Hemofilia menggunakan sistem daftar pesakit EHR sebagai infrastruktur maklumat nasional untuk menghasilkan dan menghantar laporan tinjauan untuk Pengumpulan Data Universal CDC (UDC), Data Hemofilia Berkaitan Kesihatan Maternal dan Bayi (MCHB), hasil Healthy People 2020 dan laporan kejadian buruk kepada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

HemaGlobal merentasi spektrum penyakit pendarahan dan pembekuan darah termasuklah penyakit von Willebrand, afibrinogenemia kongenital, thrombasthenia Glanzmann, sindrom Bernard-Soulier, hemofilia dan lain-lain faktor defisiensi.

HemaGlobal memudahkan pusat rawatan hemofilia untuk menyusun, menganalisis dan mengurus maklumat pesakit dengan teliti menggunakan nomenklatur standard. Ia mengadakan pertukaran maklumat yang selamat dan tepat pada waktunya. Ini membolehkan doktor melangkaui halangan tradisional IT dan sekatan Prosedur kerana mereka berkongsi bersama maklumat pesakit dengan ahli-ahli kumpulan yang pelbagai bidang. Antaramuka penggunanya berintuisi dan hanya memerlukan sedikit kemahiran asas komputer.

Mengenai GZS

Pada awal 1980an, CDC merujuk kepada San Francisco sebagai "Ground Zero" dalam jangkitan AIDS. Kami menggunakan "Perisian Ground Zero" dan melancarkan * Lab Tracker™ untuk HIV, rekod perubatan kesihatan elektronik (EMR) pertama kami pada 1993.

Sejak itu, GZS telah menjadi peneraju dan pemimpin dalam menghasilkan penyelesaian perisian pendaftaran pesakit EMR/EHR yang khusus-penyakit dan khusus-keadaan untuk industi penjagaan kesihatan dunia. Produk terkini syarikat itu adalah khusus bagi Hemofilia dan penyakit pendarahan, Spina Bifida, dan sedia disesuaikan bagi lain-lain penyakit dan keadaan. GZS mmpunyai barisan pelanggan yang besar di universiti, organisasi kerajaan dan bukan-kerajaan, penyedia farmaseutikal, diagnostik dan penjagaan kesihatan pelbagai saiz di Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Afrika.

www.HemaGlobal.com
info@hemaglobal.com

* Lab Tracker-HIV telah diambil alih oleh Virco Labs, Inc. (kini Janssen Diagnostics, Inc.) pada December, 2009

HemaGlobal™ dan HemoGlobal™ merupakan tandaniaga berdaftar Ground Zero Software, Inc.

Untuk maklumat lanjut:
John Hollis
Komunikasi Korporat GZS
+1-760-327-2333
www.hemaglobal.com 
info@hemaglobal.com

Source: GZS, Inc.
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Medical/Pharmaceuticals New products/services