omniture

Teknologi pendidikan terkemuka global, upGrad memperoleh USD120 juta

upGrad Education Private Limited
2021-04-27 12:59 39

- Modal baharu untuk meningkatkan operasi di pasaran antarabangsa, mengejar peluang M&A dan memperluas portfolio pengajian siswazah dan pascasiswazah

MUMBAI, India, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- upGrad, syarikat pendidikan tinggi dalam talian terbesar di Asia Selatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh USD120 juta daripada Temasek iaitu sebuah syarikat pelaburan global yang beribu pejabat di Singapura. Ini merupakan pembiayaan luaran pertama yang diperoleh oleh teknologi pendidikan terkemuka tersebut. Sejak penubuhannya pada tahun 2015, upGrad merupakan 100% dimiliki, dibiayai dan dikendalikan oleh pengasas bersamanya sebagai sebuah perniagaan modal cekap.

UpGrad_Team
UpGrad_Team

upGrad merancang untuk menggunakan modal baharu tersebut bagi mengukuhkan pasukannya, meningkatkan operasi pasaran global, memperkukuh keupayaan teknologi dan produknya, meraih peluang M&A, memperluas portfolio pengajian siswazah dan pascasiswazah di India serta meningkatkan operasi bagi mencapai matlamat pendapatan sebanyak USD2 bilion menjelang tahun 2026 yang akan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi pendidikan tinggi di India. 

Pengasas Bersama upGrad, Ronnie Screwvala, Mayank Kumar dan Phalgun Kompalli menyatakan dalam suatu pernyataan bersama, "Kami mengalu-alukan Temasek dalam misi kami untuk memperkasakan kejayaan kerjaya setiap tenaga kerja global sebagai rakan Pendidikan Sepanjang Hayat mereka yang dipercayai dan memacu hasil kerjaya yang bermakna. Modal ini akan memperkukuhkan lagi komitmen kami terhadap pengembangan global serta penembusan ke pasaran India dengan lebih meluas, sambil kami melangkah ke hadapan dengan matlamat untuk menjadikan India sebagai ibu kota pengajaran dunia."

Credit Suisse bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada upGrad dan Rajaram Legal bertindak sebagai penasihat undang-undang.

Tentang upGrad

upGrad ialah sebuah syarikat teknologi pendidikan tinggi dalam talian di Asia Selatan yang menawarkan lebih 100 jenis kursus melalui kerjasama dengan universiti global terkemuka seperti Duke Corporate Education (AS), Michigan State University (AS), Liverpool John Moores University (UK), Deakin Business School (Australia), Swiss School of Business Management (Geneva), IIT Madras (India), IIM Kozhikode (India) dan banyak lagi. Ditubuhkan pada tahun 2015, peneraju teknologi pendidikan antarabangsa ini telah memberi impak kepada lebih 1 juta pelajar berdaftar di lebih 50 buah negara di seluruh dunia.

upGrad menduduki tempat Pertama dalam senarai Top Startups India 2020 LinkedIn. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut upGrad ditampilkan dalam senarai Top Startup LinkedIn selepas tahun 2018 dan 2019. Ia juga merupakan antara GSV Global EdTech 50 dan telah menduduki tempat ke-50 Terbaik dalam senarai Syarikat Pertumbuhan Tinggi Asia Pasifik FT 2021.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari: www.upgrad.com

Sila hubungi:
Neha Prasad
neha.prasad@upgrad.com  

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1496188/upGrad_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1496189/upgrad_team.jpg?p=medium600

 

 

Source: upGrad Education Private Limited
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Financing agreements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)