omniture

'Smiling China' Mulakan Naiktaraf Perkhidmatan

Air China
2013-04-04 11:13 177

--Bermula 31 Mac, Air China meningkatkan perkhidmatannya bagi penerbangan Beijing-New York daripada 7 ke 11 kali seminggu, menggunakan pesawat B777-300ER

BEIJING, 4 April 2013 /PRNewswire/ -- Pesawat "Smiling China" Air China, yang mempunyai corak wajah-wajah yang tersenyum, telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kennedy New York pada jam 10:40 pada 31 Mac 2013. B-2035, salah satu daripada pesawat dalam angkatan B777-300ER Air China, merupakan permulaan kepada usaha untuk menaiktaraf operasi Beijing-New York.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO)

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/CN87049)

Majlis itu telah dihadiri oleh Konsul Besar Republik Cina di New York, En. Sun Guoxiang, Pengurus Besar Air China Amerika Selatan, En. Chi Zhihang, Pengarah Pejabat Pelancong Kebangsaan Cina di New York, En. Xue Yaping, dan Timbalan Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa JFK, Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, En. Jeff Pearse, serta penumpang penerbangan sulung itu.

Laluan Beijing-New York Air China – laluan terpenting dan paling sibuk antara Cina dan Amerika Syarikat – meningkat daripada tujuh ke 11 kali seminggu bermula 31 Mac. Penerbangan yang baru ditambah adalah CA989/990. Pesawat yang digunakan untuk laluan itu telah dinaiktaraf kepada B777-300ER, jenis yang popular dengan penumpang kelas perniagaan.

Pada 2012, Cina merupakan pasaran sumber kedua terbesar dunia bagi aliran pelancong ke luar negara, dan Amerika Syarikat merupakan destinasi paling popular bagi penumpang Cina. Polisi baru Beijing juga membolehkan penumpang daripada 45 negara, termasuk Amerika Syarikat, untuk tinggal di Beijing selama 72 jam semasa pemindahan  penerbangan tanpa visa. Selepas kajian pasaran dan pemahaman mendalam mengenai keperluan penumpang perniagaan, Air China telah menambah empat lagi penerbangan mingguan Beijing-New York pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu.

Cekap dan andal, B777-300ER merupakan pesawat jarak jauh Air China yang menjadi pilihan. Ia mempunyai ruang dalaman kabin terbaik dalam sejarah Air China, yang menggalakkan pengalaman perjalanan yang merehatkan dan bebas tekanan. Kelas Pertama dan Perniagaan mempunyai tempat duduk yang boleh dibaringkan dan soket elektrik serta AVOD terdapat untuk semua kelas perkhidmatan untuk hiburan penumpang.

Buat masa ini. Air China mengendalikan empat laluan ke Amerika Utara termasuk Beijing ke New York, Los Angeles,San Francisco dan Vancouver. Untuk mengukuhkan kedudukannya di Amerika Utara, Air China juga merancang untuk memulakan penerbangan terus Beijing-Houston pada 11 Julai 2013, perkhidmatan pertama dalam sejarah yang menyambungkan Beijing dengan bahagian selatan Amerika Syarikat.

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Transportation Travel New products/services