omniture

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peabody Energy Sampaikan Ucapan di Forum Pembangunan Cina Mengenai Faedah Ekonomi dan Alam Sekitar Batu Arang Abad ke 21

Peabody Energy
2013-04-04 13:36 146

ST. LOUIS, 4 April 2013 /PRNewswire/ -- Dalam satu ucapan di Sidang Kemuncak Ekonomi Forum Pembangunan Cina di Beijing, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Peabody Energy, Gregory H. Boice berkongsi pandangan beliau tentang bagaimana Batu Arang Abad ke 21 dapat memajukan objektif tenaga, ekonomi dan alam sekitar Cina.

"Di saat pembandaran Cina sedang pesat membangun, batu arang memberikan laluan holistik yang diperlukan negara ini untuk menghasilkan tenaga mampu milik dan banyak yang memacu perkembangan sosial dan ekonomi sambil memenuhi sasaran alam sekitar negara," kata Boyce.

Konsep Batu Arang Abad ke 21 telah diperkenalkan oleh kerajaan Cina dan Amerika Syarikat pada 2009 untuk memajukan perkembangan penyelesaian tenaga bersih daripada batu arang. Diminta untuk memberikan pendapat peribadinya dan saranan polisi mengenai pembangunan Cina, Boyce membuat tiga saranan penting tentang bagaimana China dapat mencapai objektif ekonomi dan alam sekitar melalui penggunaan Arang Abad ke 21 dengan:

  • Terus menuntut haknya untuk memacu pembangunan ekonomi dan sosial, demi peningkatan hidup rakyatnya, melalui penggunaan sumber batu arang yang banyak di negara tersebut.
  • Mengikuti model yang terbukti di Amerika Syarikat untuk menyelesaikan masalah kualiti udara bandar, dengan meningkatkan usaha untuk melaksanakan teknologi kawalan pembebasan bagi kenderaan Cina yang dipacu batu arang.
  • Mengambil prinsip Batu Arang Abad ke 21 dengan melaksanakan standard tertinggi bagi keselamatan pekerja, pemulihan sumber, pemulihan tanah dan air yang digunakan dalam sektor perlombongan.

Sumbangan Peabody kepada Batu Arang Abad ke 21 telah dimasukkan dalam Inisiatif Tenaga & Alam Sekitar Yayasan Penyelidikan Pembangunan Cina, sebuah laporan yang disediakan oleh beberapa syarikat multinasional yang dihantar minggu lalu kepada Pemimpin Cina Li Keqiang.

"Cina kini berada pada detik penentuan," kata Boyce. "Semasa pembandaran yang pesat berterusan, pemimpin-pemimpin negara yang besar ini menyedari bahawa pembangunan berterusan mestilah seiring dengan penjagaan kualiti udara dan air."

"Saya mengkagumi China kerana mengambil pendekatan komprehensif terhadap polisi tenaga – pendekatan yang memajukan capaian tenaga, pertumbuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar. Dalam dekad-dekad mendatang, China berada di kedudukan yang sesuai untuk kembali memimpin dunia dalam memberikan garis panduan membina masa depan tenaga lestari berdasarkan penggunaan Batu Arang Abad ke 21."

Peabody Energy merupakan syarikat batu arang swasta terbesar dunia dan peneraju dunia dalam penyelesaian perlombongan lestari dan batu arang bersih. Syarikat ini memberi perkhidmatan kepada pelanggan batu arang metalurgi dan termal di lebih 25 negara di enam benua.

HUBUNGI: 
Kirsty McDonald 
+1-314-342-7562

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/CG87870)

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120724/CG44353LOGO)

Source: Peabody Energy
Related Stocks:
NYSE:BTU
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities Economic news, trends, analysis Environmental Policy Trade show news