omniture

KIIT Tersenarai Pada Kedudukan ke-201 ke atas di Seluruh Dunia dalam Times Higher Education Impact Rankings

Kalinga Institute of Industrial Technology
2021-04-27 14:30 39

- Menduduki tempat ke-86 untuk 'Reduced Inequalities' di Seluruh Dunia

BHUBANESWAR, India, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Amal bakti merupakan jawapan terbaik terhadap kata-kata yang menyentuh hati. Dengan berpegang kepada prinsip tersebut, Kalinga Institute of Industrial Technology (KIIT) Deemed to be University Bhubaneswar, kekal menerajui perjuangan dalam kesamaan dan pencapaiannya sedia dimaklumi. KIIT telah disenaraikan antara universiti terbaik di dunia dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings-2021 ((Penarafan Impak 2021) yang diumumkan pada 21 April 2021. Komitmen KIIT terhadap kelestarian dan Kesaksamaan mendapat pengiktirafan daripada THE.

KIIT University Ranked 201-300
KIIT University Ranked 201-300

Setiap tahun, Times Higher Education melakukan penarafan terhadap institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia yang dinilai berdasarkan impak dan hubungan universiti terhadap komuniti. Disebabkan KIIT telah memenuhi semua kriteria Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, THE telah meletakkan KIIT pada tangga ke-201 ke atas dalam penarafan Impak tersebut secara keseluruhan. Penarafan Impak oleh Times Higher Education ini menilai tanggungjawab sosial universiti di seluruh dunia.

Ia juga turut menduduki tempat ke-86 untuk 'Reduced Inequalities' SDG. Bagi kategori ini, ia telah diletakkan bersama-sama dengan 100 buah universiti lain di dunia sekurang-kurangnya dalam satu parameter yang sama. KIIT telah memperoleh kedudukan di tempat 101 ke atas untuk 'Partnership for The Goals' dan 201 ke atas untuk 'Quality Education & Peace' serta untuk 'Justice & Strong Institutions'. Ia merupakan satu-satunya universiti di India timur yang mencapai penarafan yang amat mengagumkan itu. Pada tahun 2020, KIIT telah berada pada kedudukan 501 ke atas. KIIT juga merupakan pemenang 'Awards Asia 2020' bagi kategori 'Workplace of the Year' oleh Times Higher Education.

Times Higher Education Impact Rankings merupakan satu-satunya badan prestasi global yang menilai universiti berdasarkan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG). Times Higher Education melakukan perbandingan yang sangat komprehensif dan seimbang merangkumi empat bidang luas seperti penyelidikan, pengawasan, pembantuan dan pengajaran.

KIIT berkembang maju dengan mencapai kedudukan yang mengagumkan dalam pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan lain-lain. Yang lebih menakjubkan lagi ialah KIIT telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan penuh keikhlasan dan dedikasi sejak penubuhannya.  

Dr. Achyuta Samanta, Pengasas KIIT & KISS berkata, "Beberapa buah institusi dan universiti telah ditampilkan dalam penarafan dunia ini yang menjadi kebanggaan negara. Kami gembira kerana KIIT Deemed to be University memperoleh kedudukan antara yang terbaik dalam Impact Rankings oleh Times Higher Education (THE) ini, kerana ia telah berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan dalam tanggungjawab sosial."

Hubungan Media: 
Dr. Shradhanjali Nayak
Pengarah Perhubungan Awam
KIIT Deemed to be University
Tel- +91 674 2725113
director.pr@kiit.ac.in

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1495197/kiit_university_ranked_201_300.jpg?p=medium600
 

 

 

Source: Kalinga Institute of Industrial Technology
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Feature News Releases Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)