omniture

Bola Sepak untuk Persahabatan mencabut undi untuk membentuk pasukan "Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan"

Football for Friendship
2021-04-27 17:01 30

MOSCOW, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- 32 buah Pasukan Persahabatan Antarabangsa yang bakal menyertai "Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan" (eF4F) tahun ini di bawah anjuran Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom iaitu Bolasepak untuk Persahabatan, kini telah dibentuk melalui undian. Pemain Muda dari 211 buah negara bersaing bagi mendapatkan tempat untuk menyertai Kejohanan eF4F mulai daripada 27hingga 29 Mei. 

Football for Friendship draws teams for this year’s “Football for Friendship eWorld Championship”
Football for Friendship draws teams for this year’s “Football for Friendship eWorld Championship”

Undian Terbuka ini diadakan dalam satu majlis dalam talian pada 25 April bersempena dengan Hari Bola Sepak dan Persahabatan Antarabangsa. Duta Muda untuk projek tersebut iaitu Anayna Kamboj dari India, Joseph Moazzam dari Pakistan, Sheqayli Ascencion dari Aruba dan Alinur Gabidenuiy dari Kazakhstan, mengundi untuk membentuk 32 Pasukan Persahabatan Antarabangsa. Pasukan-pasukan telah disusun semula menjadi lapan kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada empat pasukan. Setiap pasukan dinamakan dengan nama spesis haiwan yang jarang ditemui. Undian ini boleh ditonton di YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=1WtKefJnfas.

eF4F dilaksanakan pada simulator berbilang pemain "Bola Sepak untuk Persahabatan Sedunia" (F4F World) yang dibangunkan khas untuk F4F dan tersedia secara percuma pada MS Windows, Apple macOS, Android dan iOS. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain dan perlawanan berlangsung secara dua sebelah dengan 3.5 minit setiap satunya. Akademi bola sepak di seluruh dunia boleh mencalonkan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 hingga 14 tahun hingga 1 Mei ini.

Perlawanan pusingan awal eF4F 2021 akan berlangsung pada 27 dan 28 Mei. Perlawanan akhir akan diadakan pada 29 Mei. Pada hari yang sama, Duta F4F kebangsaan akan bertemu dalam Forum Duta Kebangsaan di Istanbul bersempena dengan acara Liga Akhir Kejuaraan UEFA. Pada forum tersebut, mereka akan membincangkan tentang perkembangan bola sepak kanak-kanak.

Ivan Galayev, Pemain Muda Latvia, 12 tahun: Peserta acara F4F 2021 yang dihormati, selamat datang ke dunia yang berprinsipkan sembilan nilai. Saya berasa amat sukacita kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam "Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan" tahun 2020. Ini merupakan tempat yang paling baik untuk menjalinkan persahabatan, merasai keamanan dan meningkatkan semangat dalam permainan bola sepak. Saya mendoakan semoga anda berjaya dan menikmati pengalaman yang menyeronokkan dalam perlawanan 2021. Selamat bergembira!

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1497095/football_for_friendship.jpg?p=medium600

Source: Football for Friendship
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Children-related news