SINGAPURA, 5 April 2013 /PRNewswire/ -- Rangkaian hospitaliti Asia Meritus Hotels & Resorts (MHR) telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Funtasy Island Development (FID) Pte Ltd untuk pengurusan pembangunan resort mewah melibatkan kondotel 200-bilik, hotel 230-suit, dan kira-kira 413 unit vila di Funtasy Island – yang dijangka akan menjadi taman tema eko yang terbesar dan komuniti pulau berpagar pertama di dunia.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130403/HK87231 )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/12/09/20111209194931399475-l.jpg )
Terletak di Kepulauan Riau, Indonesia dan dirancang akan dibuka pada 2014, Funtasy Island akan menempatkan suit hotel dan vila dilengkapi kemudahan runcit, konvensyen, makan dan rekreasi – merentasi 810 ekar pulau tropikal bersih yang terletak di antara Batam dan Singapura.
Hanya 16 kilometer dari pesisir pantai Singapura akan dapat dikunjungi melalui kapal layar mewah dalam perjalanan 20 minit, ataupun pelayaran feri daripada terminal feri Harbourfront. Pulau ini adalah kira-kira dua pertiga saiz Pulau Sentosa, dengan 70% kawasan keseluruhannya dirizabkan sebagai kawasan perlindungan alam sekitar. Aktiviti bertema alam semulajadi termasuk lawatan akuakultur di perairan persekitaran selain laluan alam semulajadi, membolehkan pelawat meneroka persekitaran semulajadi pulau itu yang tidak terjejas.
Setelah tamat proses pembangunan, Funtasy Island akan menjadi pembanguan pertama seumpanya berhampiran Singapura, menempatkan mereka yang bercuti dan pelancong korporat berhampiran tarikan seperti Universal Studios, Resorts World, Marina Bay Sands,dan Orchard Road, sambil menikmati keterpencilan semulajadi pulau persendirian.
Bercakap di majlis menandatangani memorandum itu, En. Chua Tian Chu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MHR, mengulas: "Kami teruja dapat bekerjasama dengan Funtasy Island Development dalam membawa pembangunan resort seumpama ini ke persada antarabangsa. Menambah kepada jenama terkenal kami dalam hospitaliti Asia dan lebih 40 tahun kepakaran pengurusan hotel yang terbukti, kami mempunyai kedudukan unik untuk memacu produk dan perkhidmatan hotel dan vila di Funtasy Island."
En. Michael Yong, Pengarah Urusan FID menambah: "Perkembangan penting ini merupakan respons pertama kami kepada permintaan yang bertambah bagi eko-pelancongan, selain memenuhi wawasan kami sendiri untuk taman tema eko terbesar di dunia – mendedahkan lebih ramai pelancong kepada pengalaman yang kaya dan tidak terbanding dengan kehidupan pulau semulajadi. Dari segi strategik, menggunakan sepenuhnya kepakaran hospitaliti Meritus sesungguhnya meningkatkan potensi Funtasy Island untuk mewujudkan nic yang kukuh sebagai destinasi eko-resort di peringkat global."
Turut menyaksikan majlis tandatangan itu adalah En. Ade Soehari, Pengerusi Funtasy Island Development Pte Ltd, dan En. Kay Ngee Tan, Ketua Arkitek Kay Ngee Tan Architects yang terkenal di serata dunia, pereka yang berada di belakang tabir rekaan Funtasy Island.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Meritus Hotels & Resort, lawati www.meritushotels.com. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Funtasy Island Development Pte Ltd, lawati www.funtasyisland.com.
Hubungan Berita:
Janice Azupardo
Naib Presiden Serantau, Penjenamaan dan Komunikasi
Meritus Hotels & Resorts
DID: +65-6831-6385
Email: janice.azupardo@meritushotels.com