omniture

Syarikat Pemecutan Jualan, Vymo, melantik veteran Industri Perkhidmatan Kewangan, Rajesh Sabhlok, sebagai Pengarah Urusan - Asia Pasifik

Vymo
2021-04-27 19:32 76

- Vymo digunakan oleh 200,000 pengguna jualan di lebih 60 institusi kewangan seperti AIA, AXA, Generali, FE Credit dan HDFC Bank dengan memberikan perkhidmatan terhadap proses industri yang mendalam melalui dorongan dan buku permainan 

SINGAPURA dan BANGALORE, India, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Vymo, sebuah Platform Pecutan Jualan yang menjadi pilihan institusi kewangan, telah melantik Encik Rajesh Sabhlok sebagai Pengarah Urusan - Asia Pasifik, untuk mengetuai pertumbuhan dan inovasi jualan perkhidmatan kewangan Vymo di Asia. Dengan berpangkalan di Singapura, Rajesh akan menyelia pertumbuhan syarikat di rantau ini dan membangunkan kerangka kerja keceriaan pelanggan yang lebih kukuh. Rajesh menyertai Vymo pada bulan Ogos 2019 untuk menubuhkan & membangunkan Organisasi Pelanggan di Vymo setelah berkhidmat di Willis Towers Watson selama lebih 12 tahun. Dalam jawatan semasanya, beliau akan terus melapor kepada Cik Yamini Bhat, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Vymo.

Rajesh Sabhlok has been appointed as Managing Director - Asia Pacific of Vymo.
Rajesh Sabhlok has been appointed as Managing Director - Asia Pacific of Vymo.

Setelah bekerja selama lebih dua dekad dalam industri kewangan, Rajesh membawa pengalaman yang luas dalam menyampaikan standard emas bagi strategi jualan & pengedaran kepada bank & syarikat insurans global. Beliau telah mengalami peningkatan tanggungjawab dalam jawatan sebelumnya di Vymo sebagai Ketua Pegawai Pelanggan yang menguruskan semua aspek perjalanan pelanggan, bermula daripada penyertaan mereka ke dalam Vymo hinggalah kepada pencapaian pertumbuhan perniagaan.

e4;./5Mengulas tentang jawatan baharunya, Rajesh berkata, "Saya amat gembira apabila dilantik sebagai Pengarah Urusan Asia Pasifik yang 'pertama' untuk Vymo dan mengendalikan rantau ini dengan sokongan pasukan yang sangat komited dan berbakat di pelbagai Pasaran Asia. Setelah membina kerangka kerja, sistem dan proses untuk memastikan pelanggan kami menikmati pengalaman yang menyeronokkan pada setiap masa, saya kini sangat teruja untuk menjalankan peranan dalam membantu lebih ramai pelanggan prospektif di Asia untuk memanfaatkan peningkatan nilai yang boleh dibawakan oleh Vymo kepada perniagaan mereka." 

Vymo telah melabur dengan banyak di Asia Pasifik & Jepun selama bertahun-tahun untuk memperluas saiz pasukan dan ekosistem rakan kongsinya bagi menyokong pangkalan pelanggan yang semakin meningkat. Baru-baru ini, Vymo melantik veteran pemimpin industri IT yang juga mantan Pengurus Negara DataRobot iaitu Shigeru Harasawa, sebagai Presiden di Jepun.

Yamini Bhat, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Vymo berkata, "Walaupun telah melalui tahun COVID yang teruk, Asia menunjukkan pertumbuhan yang sangat sihat dan terus kekal sebagai pasaran yang strategik untuk Vymo. Pelanggan kami iaitu AIA, AXA, FE Credit, HDFC Bank dan institusi kewangan global yang lain mempercayai kami dalam menyampaikan penyelesaian jualan yang inovatif. Pelantikan Rajesh sebagai Pengarah Urusan merupakan komitmen kami untuk memupuk hubungan ini lebih awal dan menetapkan penanda aras transformasi digital baharu di Asia."

Sejak berlakunya penularan pandemik pada bulan Mac 2020, syarikat-syarikat mempercepat program transformasi digital untuk menyelesaikan cabaran terdekat mereka seperti pendigitalan bahagian hadapan dan memperkasakan tenaga kerja jarak jauh. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa implikasi yang perlu dipertimbangkan oleh institusi kewangan selain tindak balas krisis segera, seperti mendorong perhubungan pelanggan / rakan kongsi, kebolehlihatan jualan jarak jauh & pengurusan kecekapan dan banyak lagi. Vymo bekerjasama rapat dengan para pelanggannya untuk melaksanakan inovasi jualan berasaskan data dan menjadikan interaksi pelanggan secara digital lebih pintar dan diperibadikan.

Tentang Vymo 

Vymo (www.getvymo.com) ialah Platform Pemecutan Jualan yang menjadi pilihan Institusi Kewangan terkemuka di seluruh dunia dan dipercayai oleh lebih 200,000 orang jurujual merentasi lebih 60 buah perusahaan global seperti AIA, Allianz, AXA, Sunlife dan HDFC Bank. Platform ini menawarkan penyelesaian untuk kakitangan barisan hadapan, pengurus jualan dan pemimpin perniagaan melalui mobiliti, pemahaman dan buku permainan industri.  Vymo diiktiraf oleh Gartner sebagai Cool Vendor dan dibiayai oleh Emergence Capital dan Sequoia Capital.

Pautan Berkaitan 

Laman web: https://www.getvymo.com

Logo: https://goo.gl/i6sEpi

Hubungan Media
Gunjan Saha
Vymo, Inc. 
pr@getvymo.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1496609/md_vymo.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1026997/Vymo_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Personnel announcements Financial Technology