omniture

Ekspo Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa SCO 2021 dilancarkan di Jiaozhou, Qingdao

Stadt Qingdao
2021-04-27 21:28 95

QINGDAO, China, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa SCO 2021 & Forum Qingdao SCO tentang Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Tempatan dilancarkan di Pusat Sukan Fangyuan, Jiaozhou, Qingdao pada 26 April. Sekumpulan tetamu dari dalam dan luar negara yang merangkumi delegasi dari 30 buah negara telah berkumpul untuk membincangkan tentang kerjasama dan pembangunan bersama.

Signing Ceremony of International Sister Cities and Parks
Signing Ceremony of International Sister Cities and Parks

Vladimir Norov, Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Shanghai (Shanghai Cooperation Organisation, SCO), Zhang Shaogang, Naib Pengerusi Majlis Negara China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa dan Pengerusi Majlis Perniagaan SCO Cawangan Nasional dari China dan Saidzoda Zohir Ozod, Duta Republik Tajikistan ke China, menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

Li Kuiwen, jurucakap dan Pengarah Jabatan Statistik dan Analisis, Pentadbiran Umum Kastam China mengeluarkan Indeks Perdagangan Ahli SCO China. Berikutan hubungan perdagangan yang semakin diperkukuhkan, statistik menunjukkan bahawa jumlah import dan eksport Ahli SCO China meningkat daripada AS$17.14 pada tahun 2001 kepada AS$244.85 bilion pada tahun 2020 dengan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 15%.

Pada acara ini, wakil-wakil daripada empat buah bandar berkembar dan 19 taman berkembar di 17 buah negara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pihak berkuasa Qingdao dan Organisasi Kerjasama Shanghai-China untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Tempatan di lokasi atau dalam talian bagi mewujudkan hubungan yang mesra dan melancarkan kerjasama dalam 20 buah projek dengan pelaburan yang berjumlah RMB66.8 bilion dalam sektor seperti perdagangan dan logistik, tenaga baharu, pembuatan mewah, pelancongan kebudayaan serta bioperubatan.

Liu Jianjun, ahli jawatankuasa tetap bagi Jawatankuasa Qingdao CPC, Setiausaha Jawatankuasa Jiaozhou CPC dan Setiausaha Jawatankuasa Kerja CPC serta Pengarah Jawatankuasa Pentadbiran bagi zon demonstrasi tersebut telah memberikan pengenalan tentang zon demonstrasi kepada para tetamu.

Gabit Koishybayev, Duta Republik Kazakhstan ke China, Moinul Haque, Duta Pakistan ke China dan beberapa orang tetamu lain menyampaikan ucapan utama tentang "meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan tempatan secara bilateral dan multilateral serta mempromosikan pembukaan di peringkat yang lebih tinggi dalam persekitaran antarabangsa baharu".

Xiang Zhiqiang, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pentadbiran bagi zon demonstrasi ini mengumumkan "Inisiatif Qingdao" untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan tempatan.

Inisiatif ini menunjukkan bahawa ahli-ahli SCO telah berjaya mencapai kejayaan yang luar biasa dalam memperkukuh pertukaran, meningkatkan kerjasama, memerangi keganasan serta memacu pembangunan ekonomi dan gabungan budaya sejak penubuhan SCO. Ia menyeru SCO—organisasi serantau yang terbesar di dunia dari segi liputan geografi dan populasi—untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan ahli-ahlinya dengan mempromosikan kerjasama ekonomi dan perdagangan tempatan, menyediakan saluran yang lebih baik dan lebih banyak kepada logistik antarabangsa serta mempercepat kemudahan pelaburan dan perdagangan.

Inisiatif ini ada menyatakan bahawa zon demonstrasi telah membuka fasa baharu untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan antara ahli-ahli SCO dan ekspo tersebut telah menjadi platform yang penting bagi memudahkan kerjasama ini.

Selepas upacara perasmian, para tetamu mengunjungi astaka pelbagai negara di zon pameran.

Menurut laporan, selain daripada upacara perasmian dan Forum Qingdao SCO, ekspo selama tiga hari ini akan turut merangkumi promosi ahli-ahli SCO serta pameran projek.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1496640/sco_forum_2021.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1245709/Qingdao_Logo.jpg?p=medium600

Hubungi:Zhu Yiling
Tel.:+86-532-85911619
Laman web:http://www.qingdaochina.org
Facebook:https://www.facebook.com/qingdaocity
Twitter:https://twitter.com/loveqingdao

 

Source: Stadt Qingdao
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Corporate Social Responsibility New products/services