omniture

Songtradr Mengambil Alih Platform Data Muzik Filem, TV Dan Permainan, Tunefind

Songtradr
2021-04-28 00:00 92

Perjanjian ini memperluas lagi sumber data dan teknologi Songtradr

LOS ANGELES, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Songtradr, pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih syarikat teknologi dan data muzik, Tunefind. Tunefind merupakan pangkalan data dan sumber maklumat dalam talian untuk muzik dalam televisyen, filem dan permainan video yang paling komprehensif di dunia.

"Tunefind ialah sumber industri utama yang dipercayai untuk penggunaan muzik dalam semua format hiburan utama. Pangkalan data dan liputannya yang meluas tidak dapat ditandingi," kata Paul Wiltshire, Ketua Pegawai Eksekutif Songtradr. "Seiring dengan hasrat kami yang berterusan untuk membangunkan kaedah terbaik bagi penciptaan muzik B2B, ensiklopedia muzik yang digunakan dalam TV, filem dan permainan Tunefind juga mempunyai nilai yang amat besar disertai dengan data kami yang luas daripada penggunaan muzik iklan yang akan memperluas penawaran Tunefind." 

Selain daripada komuniti yang aktif dengan jutaan pengguna bulanan, Tunefind turut bekerjasama dengan lebih 250 Penyelia Muzik terkemuka di dunia untuk menyumberkan data lagu secara langsung daripada pakar yang bertanggungjawab dalam memilih muzik untuk ditampilkan dalam rancangan TV, filem dan permainan video. Wawancara Tunefind dengan Penyelia Muzik menyerlahkan karya seni dan mengiktiraf peranan penting mereka dalam penceritaan.

"Kami sangat teruja dengan fasa baharu dalam perjalanan Tunefind ini," kata Amanda Byers, Pengarah Urusan Tunefind. "Dari perspektif produk dan data, ekosistem dan teknologi Songtradr mempercepat Tunefind untuk terus menyediakan sumber terbaik kepada industri."

Tunefind juga menyediakan perkhidmatan data API berdasarkan kontrak kepada pelanggan seperti Plex, Chartmetric dan rakan industri muzik utama yang lain. Selain itu, platform ini juga menguasakan Carta Muzik Billboard dan Carta Muzik TV Wartawan Hollywood (The Hollywood Reporter TV Music Chart).

Tunefind merupakan usaha data muzik kedua yang dilengkapkan oleh Songtradr setelah melabur dalam Jaxsta Limited pada bulan September 2020 yang lalu. Songtradr dan Jaxsta telah melengkapkan penyepaduan pertama mereka baru-baru ini yang menyediakan kelancaran akses kepada pengguna Jaxsta untuk menuntut Hak Cipta Berkaitan melalui jaxsta.com, sebuah pangkalan data kredit muzik yang terbesar di dunia. 

TENTANG SONGTRADR: 

Songtradr ialah pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia yang menyediakan pencipta muzik dan pemilik hak cipta dengan penyelesaian lengkap yang didayakan teknologi untuk menguruskan hak cipta dan pengewangan di samping menyediakan pengguna muzik B2B seperti jenama, pengiklan, pembuat filem, rangkaian langganan video atas permintaan (SVOD) dan syarikat penyiaran, permainan, penstriman dan platform media sosial dengan akses muzik yang dipandu AI serta berkecekapan tinggi. https://www.songtradr.com/

TENTANG TUNEFIND: 

Tunefind merupakan sumber maklumat yang paling komprehensif di Internet untuk muzik dalam TV, filem dan permainan video. Ditubuhkan pada tahun 2005 dan memberikan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pengunjung unik setiap tahun, Tunefind merupakan destinasi yang dicari oleh industri muzik dan penonton TV untuk data penggunaan muzik (segerak). Platform ini menawarkan komuniti pengguna yang aktif dan terlibat, pradengar lagu, penerangan babak dan banyak lagi serta API berkuasa kepada rakan industri. Data Tunefind menguasakan Carta Muzik bulanan Billboard/The Hollywood Reporter Top TV, fungsi aplikasi rakan penyiaran TV dan produk analisis industri muzik. https://www.tunefind.com/

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1085219/Songtradr_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Songtradr
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Music Television Acquisitions, mergers, takeovers