omniture

Forum Pengurusan Projek Antarabangsa Kesembilan: Dalam Kebiasaan Baharu Pandemik, Perusahaan Perlu Melangkaui Ketangkasan

Project Management Institute (PMI) menjalin kerjasama dengan China International Talent Exchange Foundation untuk mempromosikan model pengurusan inovasi dan meningkatkan pemerkasaan bakat
PMI
2021-04-28 02:38 272

SHENZHEN, China, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Pada 24 April 2021, Forum Pengurusan Projek Antarabangsa Kesembilan (selepas ini dirujuk sebagai "Forum") telahpun diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Forum berkenaan dianjurkan oleh China International Talent Exchange Foundation (CITEF) dan disokong oleh PMI. Forum tersebut bertujuan untuk menghimpunkan tetamu Cina dan asing serta golongan profesional pengurusan projek untuk berkongsi pencapaian akademik dan perkembangan terkini dalam pengurusan projek antarabangsa. Sejak tahun 2011, forum berkenaan menjadi sub-forum yang penting untuk Persidangan Pertukaran Bakat Antarabangsa China yang merupakan aktiviti negara dalam inovasi sains dan teknologi antarabangsa serta pertukaran bakat di China.

Lebih daripada 600 orang mengambil bahagian di lapangan manakala 238,000 menonton melalui siaran langsung Forum Pengurusan Projek Antarabangsa Kesembilan.
Lebih daripada 600 orang mengambil bahagian di lapangan manakala 238,000 menonton melalui siaran langsung Forum Pengurusan Projek Antarabangsa Kesembilan.

Forum berkenaan yang bertema "Turning Crisis into Opportunities, Steadily Going Forward" ("Mengubah Krisis menjadi Peluang, Terus Melangkah Maju ke Depan") menjemput pakar dan ilmuwan dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pandangan mereka mengenai sejauh mana organisasi dapat menghadapi perubahan persekitaran luaran yang disebabkan oleh pandemik ini dan faktor-faktor lain serta bagaimana untuk melaksanakan model pengurusan inovasi, mempercepatkan transformasi melalui projek-projek yang berjaya dan mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi serta berterusan.

Sunil Prashara, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PMI, berkata dalam ucapan beliau, "Biarpun dengan kesemua cabaran unik untuk beroperasi dalam pandemik, kami menemui faedah-faedah yang tidak dijangkakan memandangkan banyak organisasi melaksanakan projek-projek yang luar biasa rumit dengan tahap kecekapan yang mengagumkan. Hampir 3/4 organisasi, atau 73% dapat memenuhi matlamat perniagaan mereka berbanding 69% pada tahun sebelumnya. Projek-projek juga lebih berkemungkinan untuk disiapkan mengikut belanjawan yang ditetapkan dan tepat pada masanya."

Sunil Prashara berkongsi pandangan beliau mengenai bagaimana organisasi dapat kekal berada di hadapan keluk.
Sunil Prashara berkongsi pandangan beliau mengenai bagaimana organisasi dapat kekal berada di hadapan keluk.

Sunil Prashara menyimpulkan, "Dalam dunia yang sentiasa mengalami perubahan, organisasi-organisasi perlu melangkah lebih jauh daripada sekadar ketangkasan dan menjadi apa yang kami gelar sebagai 'gimnastik' – berupaya untuk mengubah arah perniagaan dan membuat perubahan yang pesat serta menerima pelbagai pendekatan projek yang luas demi menyahut cabaran. Kami menyedari bahawa golongan profesional hari ini memerlukan set kemahiran dan alatan yang lebih luas untuk menjadi penggerak perubahan dalam menangani cabaran paling sukar yang dihadapi oleh organisasi-organisasi mereka. Pada masa akan datang, China akan terus menjadi keutamaan tertinggi dalam pembangunan global PMI dan kami akan terus memperluaskan penawaran kami untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada golongan profesional projek dan organisasi China, lalu memperkasa mereka untuk menukarkan lebih banyak idea menjadi kenyataan dalam Ekonomi Projek."

Chen Yongtao, Pengarah Urusan PMI (China) menyatakan, "Pandemik ini mempercepatkan evolusi cara dalam bekerja dan juga penyampaian nilai. Tatkala dunia terus dibuka semula, golongan profesional projek menjadi semakin penting dalam mendorong perubahan dan pemulihan dunia melalui pengurusan projek yang berkesan. Bakat-bakat Cina memacu projek-projek Cina manakala projek-projek Cina membentuk masa depan China, bahkan seluruh dunia."

Ucapan oleh Chen Yongtao memfokuskan bagaimana organisasi Cina dan individu boleh mendapatkan momentum baharu.
Ucapan oleh Chen Yongtao memfokuskan bagaimana organisasi Cina dan individu boleh mendapatkan momentum baharu.

Secara global, 2021 Pulse of the Profession® menunjukkan bahawa organisasi-organisasi dengan proposisi penerima sijil PMP® (Project Management Professionals) yang lebih tinggi mempunyai prestasi yang jauh lebih baik dan kapasiti yang lebih besar untuk menerima perubahan. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh PMI di China pada tahun 2020, 90% daripada responden melaporkan bahawa kadar kejayaan projek mereka bertambah baik setelah mereka memperoleh sijil PMP manakala 24% daripada kadar kejayaan projek PMP telah meningkat sebanyak lebih daripada 20%.

Chen Yongtao turut berkata, "Menjelang penghujung tahun 2021, jumlah pemegang sijil PMI tanah besar China dijangka melebihi 500,000 yang menyumbang sebanyak 1/3 daripada jumlah keseluruhan di dunia. Mereka dan juga generasi muda China akan menjadi teras bagi respons global terhadap COVID-19 dan lebih banyak cabaran yang tidak dijangkakan. Saya berharap agar golongan profesional pengurusan projek Cina dapat terus belajar dan menerima cara bekerja yang baharu. Dalam masa yang sama, saya juga berharap lebih banyak organisasi dapat memperkasa kakitangan mereka untuk bekerja dengan lebih pintar dan berperanan sebagai penggerak perubahan sebenar, dilengkapi dengan kemahiran hebat dan kepintaran perniagaan bagi menyokong organisasi mereka untuk mencari peluang baharu dalam perubahan yang besar."

Latar Belakang Project Management Institute 

Project Management Institute (PMI) ialah persatuan profesional yang terkemuka di dunia untuk komuniti yang terdiri daripada berjuta-juta ahli profesional projek dan penggerak perubahan yang semakin berkembang di seluruh dunia.

Sebagai pakar pengurusan projek yang utama di dunia, PMI memperkasa orang ramai untuk menjadikan idea suatu kenyataan. Melalui advokasi, perangkaian, kolaborasi, penyelidikan dan pendidikan global, PMI mempersiapkan organisasi dan individu untuk bekerja dengan lebih pintar dalam dunia yang sentiasa berubah dan dinamik ini.

Memanfaatkan legasi yang dibanggakan bermula dari tahun 1969, PMI ialah sebuah organisasi "bertujuan" yang berkhidmat hampir di setiap negara serata dunia untuk memajukan kerjaya, mengukuhkan kejayaan organisasi dan mendayakan penggerak perubahan dengan kemahiran serta cara baharu dalam bekerja bagi memaksimumkan impak mereka. Penawaran oleh PMI merangkumi standard, pensijilan, kursus dalam talian, kepimpinan pemikiran, alatan, penerbitan digital dan komuniti yang diiktiraf di seluruh dunia.

Kunjungi kami di www.pmi.org/, www.projectmanagement.com, www.linkedin.com/company/pminstitutewww.facebook.com/PMInstitute dan di Twitter.

Hubungi: Flora Chen, +86-010-84299191-107, Flora.Chen@pmi.org

Source: PMI
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Trade show news