omniture

Solaire Ubah Industri Pelancongan Manila

Solaire Resort and Casino
2013-04-07 16:43 171

MANILA, Filipina, 7 April 2013 /PRNewswire/ -- Pada 2:28 petang, Enrique Razon, Jr.  telah membuka pintu ke Solaire Resort and Casino baharu di Entertainment City berhampiran Mall of Asia. Projek utama Bloomberry Resorts Corporation (PSE: BLOOM) merupakan yang pertama daripada empat hartanah utama di Entertainment City Manila. Dengan penginapan mewah ala resortnya, pilihan tempat makan yang berbeza dan kemudahan perjudian yang mengkagumkan Solaire telah mengubah pandangan masyarakat terhadap kasino resort di Manila.

"Kami amat teruja untuk berkongsi fasa pertama Solaire dengan penduduk Manila," kata Enrique Razon, Jr. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bloomberry Resort Corp. "Kami pasti ini akan memberikan impak yang besar kepada pelancongan di Manila."

Penginapan Solaire terdiri daripada  500 bilik yang dihias mewah, suit dan vila di pinggir teluk yang menawarkan suasana yang selesa dan sofistikated. Vila resort itu berukuran 600 meter persegi hingga 1000 meter persegi setiap satu, dengan pemandangan indah matahari terbenam Teluk Manila. Setiap Vila juga mempunyai kolam, Jacuzzi, dan kawasan hijau untuk golf individu. Dua ruang ketibaan dan daftar masuk yang berbeza memanjakan tetamu dan mempamerkan ketelitian pereka resort dan kasino terkenal dunia, Paul Steelman, kesemuanya dilengkapi dengan karya seni kontemporari Artis-artis Filipina.

"Saya rasa orang ramai akan kagum dengan tahap perhatian dan perincian yang diberikan kepada pembinaan Solaire. Kecantikan keseluruhan hartanah ini merupakan satu pengalaman yang tersendiri," kata Mike French, Ketua Pegawai Operasi Solaire.

Hiasan dalaman Solaire dicantikkan dengan pengalaman perjudian yang tiada bandingan bagi mereka yang ingin menambah sedikit tuah ke dalam kehidupan mereka. Solaire mempunyai hampir 300 meja judi bagi permainan Baccarat, Blackjack. Craos, Roulette dan lain-lain permainan kegemaran, selain 1,200 daripada mesin slot paling popular. Tentang layanan VIP, terdapat tidak kurang daripada 6,000 meter persegi salon perjudian VIP premium.

Untuk melengkapkan hari yang penuh kejayaan di meja perjudian, Solaire menawarkan lapan pilihan untuk menjamu selera yang dijamin memuaskan citarasa semua. Paling menyerlah dalam kumpulan ini ialah empat restoran makanan mewah milik Solaire: Red Lantern, Yakumi, Finestra dan Strip. Untuk suasana lebih kasual Lucky Noodles, Fresh Buffet dan Food Court menawarkan hidangan lazat daripada seluruh dunia 24 jam setiap hari. Eclipse dan Dragon Bar menghidangkan koktel dan hiburan untuk memulakan malam di luar.

Bagi mereka  yang mencari ketenangan dalam percutian mereka, kemudahan spa Solaire, kolam gaya resort dan pemandangan matahari terbenam Teluk Manila yang menakjubkan akan memberikan pengalaman yang menyegarkan hatta kepada tetamu yang paling lesu.

Perkhidmatan pengurusan bagi Solaire disediakan oleh Global Gaming Asset Management ("GGAM"), terdiri daripada veteran industri dengan pengalaman tergabung melebihi 100 tahun dalam pembangunan dan operasi perjudian global. Sebelum menubuhkan GGAM tiga pengasas itu, Bill Weidner, Brad Stone dan Garry Saunders, telah memegang jawatan kanan dalam Las Vegas Sands Corp (NYSE: LVS). Ketika bersama Las Vegas Sands Corp, mereka bertanggungjawab secara langsung terhadap pembangunan resort seumpamanya seperti Venetian Las Vegas, Palazzo Las Vegas, Sands Macau, Venetian Macau dan Marina Bay Sands di Singapura. GGAM juga menjadi rakan kongsi ekuiti dalam syarikat induk Solaire, Bloomberry Resorts Corporation.

Dalam pada itu, Bloomberry (PSE: BLOOM) adalah syarikat dagangan awam yang tersenarai dalam Bursa Saham Filipina dan majoriti pegangan dimiliki oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Enrique Razon, Jr. adalah salah seorang pemimpin industri negara itu yang paling menonjol, dan merupakan kuasa penggerak di belakang pengendali pelabuhan International Container Terminal Services Inc., ("ICTSI")(PSE:ICT), salah satu daripada syarikat terbesar di Filipina. Untuk maklumat lanjut tentang Solaire Resort & Casino, lawati www.solairemanila.com 

Mengenai: Bloomberry Resorts Corporation & Solaire Resort Casino.

Bloomberry Resorts Corporation (PSE: BLOOM) merupakan syarikat awam yang tersenarai di Bursa Saham Filipina yang membangunkan resort destinasi dengan penginapan premium, perjudian dan hiburan, dan restoran bertaraf dunia dan kemudahan-kemudahan lain.

Hartanah utama syarikat itu, Solaire Resort & Casino, merupakan resort destinasi bersepadu bernilai USD $1.0 Bilion di atas tapak seluas 8.3 hektar di Manila, Filipina dan akan menjadi yang pertama dibuka di kawasan zon pembangunan ekonomi tajaan kerajaan (Philippine Amusement dan Gaming Corporation) yang dikenali sebagai Entertainment City.

Fasa 1 Solaire akan mempunyai 500 bilik mewah, suit dan vila pinggir bukit, 18,500 meter persegi kawasan perjudian, barisan restoran istimewa, bar & lounge, dan tempat letak kereta bertingkat.

SUMBER Bloomberry Resorts Corporation

(www.bloomberry.ph)

Source: Solaire Resort and Casino
Related Stocks:
Manila:BLOOM
Keywords: Banking/Financial Service Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services