omniture

Xinhua Silk Road: WELLE Group China jangkakan pembangunan baharu dalam rawatan sampah basah

Xinhua Silk Road
2021-04-28 16:52 116

BEIJING, 28 April 2021 /PRNewswire/ -- Memandangkan semakin giat usaha dilakukan terhadap pengisihan sisa di China, WELLE Group, salah sebuah perusahaan yang terkemuka di China dalam bidang rawatan sampah basah telah mencapai prestasi jualan yang luar biasa pada tahun 2020 dengan pendapatan meningkat 17.29 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala aliran tunai daripada aktiviti-aktiviti operasi melebihi 363 juta yuan.

WELLE Group, sebagai sebuah syarikat senaraian GEM yang mempunyai lebih daripada 2000 pekerja, terlibat dalam pelbagai bidang seperti rawatan bahan larut lesap tapak pelupusan, rawatan sampah basah, biogas dan gas bio-semula jadi, pemuliharaan tenaga industri, perniagaan rawatan VOC dan sebagainya.

Photo shows the booths of WELLE Group during the IE EXPO CHINA 2021 held in China's Shanghai from April 20 to 22.
Photo shows the booths of WELLE Group during the IE EXPO CHINA 2021 held in China's Shanghai from April 20 to 22.

Pada masa akan datang, WELLE Group akan terus memantapkan perniagaan utama rawatan sampah basahnya dan mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan teknologi bagi meningkatkan faedah-faedah ekonomi, kata Li Yao, naib presiden syarikat semasa IE EXPO CHINA 2021 yang berakhir pada Khamis lalu.

WELLE Group akan terus optimis mengenai peluang amat besar yang dibawa oleh penggalakan pengisihan sisa seluruh negara. Dengan pelaksanaan dasar pengisihan sisa secara berperingkat-peringkat di lebih banyak bandar di China, potensi pasaran akan terus diserlahkan, kata Li.

Memandangkan semakin banyak projek pelaburan berskala besar dilancarkan, WELLE Group memeterai kerjasama strategik dengan banyak perusahaan milik negara untuk menggabungkan kelebihan kedua-dua pihak dengan lebih baik. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, syarikat ini menandatangani perjanjian rangka kerja kerjasama strategik dengan SDIC Ecology dan Changzhou Hi-tech Group, seperti yang diperkenalkan oleh Li.

Dalam masa yang sama, WELLE Group akan menjalankan kajian secara bersungguh-sungguh mengenai cara untuk memperdalam penggunaan sumber daripada sampah basah dan bagaimana untuk mengintegrasikannya secara lebih baik dengan pertanian, agar dapat meningkatkan faedah-faedah ekonomi projek di bandar-bandar kecil dan kawasan-kawasan luar bandar dengan ekonomi projek tersebut menjadi salah satu pertimbangan yang penting.

Di samping itu, transformasi digital merupakan salah satu keutamaan pembangunan syarikat. WELLE Group aktif mempromosikan penubuhan pusat datanya sendiri, platform awan data raya dan juga sistem pintar.

Tatkala intensiti penguasaan undang-undang meningkat, keperluan perlindungan alam sekitar untuk perusahaan menjadi lebih ketat. Kekayaan pengalaman WELLE dalam rawatan bahan larut lesap tapak pelupusan boleh dipindahkan ke dalam industri rawatan air perindustrian dengan kos yang lebih rendah yang akan menarik perhatian pelanggan. Pada masa akan datang, sektor perindustrian mungkin dapat memberi sokongan yang padu demi pertumbuhan keuntungan syarikat, tambah Li.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/321173.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Publishing/Information Service Utilities Sales reports