omniture

General Dynamics Mediaware Optimumkan Penghasilan Kandungan dan Pertingkatkan Kecekapan Penyedia Televisyen Digital

General Dynamics Advanced Information Systems
2013-04-08 08:00 167

-- Encompass Digital Media Asia akan menyepadukan sistem kemasukan iklan dan penukaran program InStream Ad untuk menghasilkan pengalaman tontonan yang khas bagi setiap pelanggan

CANBERRA, Australia, 8 April 2013 /PRNewswire/ -- General Dynamics Mediaware mengumumkan bahawa ia telah membekalkan sistem pertukaran program dan kemasukan iklan InStream Ad kepada Encompass Digital Media Asia, penyedia utama khidmat pengurusan kandungan dan pengedaran yang berpangkalan di Singapura. InStream Insertion Server membolehkan kemasukan bahan pengiklanan serantau secara terus ke dalam program televisyen, membantu Encompass menghasilkan pengalaman tontonan yang khas untuk barisan pelanggannya yang unik.

InStream merupakan teknologi kemasukan dan pertukaran domain-termampat yang membolehkan penyiar dan pengendali pelbagai sistem mengkhaskan dan memancarkan kandungan mengikut pasaran dengan ketepatan bingkai yang sebenar dan pengekalan kualiti video asal. Binaan terasnya membolehkan pertukaran program yang lancar dalam masa nyata antara pancaran siaran video digital atau fail pada sebarang bingkai video dalam kumpulan rakaman definisi standard atau tinggi MPEG-2 atau H.264/AVC.

"InStream amat sesuai untuk pengendali seperti Encompass yang menyediakan siaran untuk pelbagai audiens," kata Garrick Simeon, pengarah urusan General Dynamics Mediaware. "Bagi menjayakan iklan televisyen dalam pasaran yang begitu majmuk, ia perlu mempunyai sasaran yang jelas dengan kandungan tempatan yang relevan, dan di sinilah InStream berperanan penting menyampaikan khidmatnya."

Encompass menggunakan InStream untuk mengedarkan siaran televisyen merentasi saluran televisyen standard dan berdefinisi tinggi bersama kandungan pengiklanan yang khusus bagi setiap rantau.Pengiklanan yang dikhususkan secara geografi ini memberikan penjimatan kos bagi organisasi untuk meningkatkan siaran serantau dengan cepat, semuanya menggunakan peranti IT standard. Tambahan pula, InStream mempunyai pustaka kandungan video untuk kemasukan terus ke dalam siaran langsung, menyahkan keperluan untuk server video berasingan dan infrastruktur jalur tapak yang mahal.

"Kami terus menarik pemilik kandungan untuk memperkembangkan capaian mereka di Asia dan baru-baru ini mengumumkan penghasilan dan pemancaran 100 saluran daripada kemudahan Singapura kami," kata Deepakjit Singh, pengarah urusan Encompass Digital Media Asia. "Dengan perkembangan pesat perniagaan kami merentasi Asia Pasifik,kami amat teruja untuk menyepadukan InStream ke dalam platform Encompass untuk mempertingkatkan kecekapan pengendalian, mengurangkan kos dan memperkayakan pengalaman pengguna dengan kandungan khusus."

General Dynamics Mediaware yang berpangkalan di Australia, sebahagian daripada General Dynamics Advanced Information Systems, merupakan penyedia utama teknologi video digital di peringkat global. Sila lawati www.mediaware.com.au untuk maklumat lanjut mengenai faedah pemprosesan video dan audio termampat mengikut standard dalam rangkaian digital sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut mengenai General Dynamics Advanced Information Systems sila lawati www.gd-ais.com.

General DynamicsMediaware diwakili oleh Gencom Technology, penyedia utama sistem penyiaran bersepadu, di Singapura dan rantau Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut, lawati www.gencom.com.

Mengenai Encompass Digital Media

Encompass, penyedia utama perkhidmatan media digital, mempunyai dan mengendali fasiliti penyiaran di seluruh Amerika Syarikat, United Kingdom dan Asia. Misi kritikal syarikat bagi perkhidmatan media menyediakan penyiar, rangkaian kabel, syarikat dan entiti kerajaan dengan penyelesaian khusus untuk pengurusan dan pengedaran kandungan. Encompass merupakan rakan kongsi kepada nama-nama besar dalam media, termasuk SingTel, CNBC, Discovery Networks, MTV dan BBC. Untuk maklumat lanjut, lawati www.encompass.asia.

Source: General Dynamics Advanced Information Systems
Related Stocks:
NYSE:GD
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet