![]() |
Bukti kukuh menunjukkan keberkesanan lensa yang berterusan dalam memperlahankan perkembangan miopia pada kanak-kanak pada tahun ketiga
BANGKOK, 28 April 2021 /PRNewswire/ -- HOYA Vision Care, peneraju dalam inovasi teknologi optik, berkongsi hasil kajian klinikal susulan selama tiga tahun tentang lensa cermin matanya, MiYOSMART yang memenangi anugerah dengan Teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S.) yang dipatenkan selepas membentangkan maklumat tersebut pada persidangan European Academy of Optometry and Optics (EAOO) '21 baru-baru ini. Kajian baharu yang diterbitkan pada bulan Mac 2021 dalam Jurnal Oftalmologi British ini telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Miopia di The Hong Kong Polytechnic University dan menyusuli kajian selama dua tahun yang sebelum ini telah menunjukkan bukti keberkesanan lensa dalam memperlahankan perkembangan miopia pada kanak-kanak yang berusia 8-13 tahun1.
Kajian susulan tiga tahun ini dijalankan pada 120 orang kanak-kanak di Asia yang terdiri daripada 65 orang kanak-kanak daripada kumpulan asal yang menggunakan lensa MiYOSMART yang mengambil bahagian dalam kajian sebelumnya dan 55 orang kanak-kanak yang bertukar daripada penggunaan lensa penglihatan tunggal selama dua tahun kepada lensa MiYOSMART pada tahun ketiga. Pada akhir tahun ketiga, keputusan kumpulan asal kanak-kanak yang menggunakan lensa MiYOSMART menunjukkan perkembangan miopia kekal perlahan dari masa ke semasa dan kumpulan yang bertukar daripada penglihatan tunggal yang biasa kepada lensa cermin mata MiYOSMART menunjukkan kadar perkembangan miopia diperlahankan secara serta-merta dan signifikan.
Dilancarkan di beberapa pasaran pada pertengahan tahun 2018, lensa cermin mata MiYOSMART telah dibangunkan secara kerjasama dengan The Hong Kong Polytechnic University bagi menangani miopia dan rabun dekat yang menjadi masalah kesihatan global yang semakin meningkat dengan pakar industri meramalkan hampir 50% daripada populasi dunia akan terjejas olehnya menjelang tahun 2050. Lensa ini menggunakan Teknologi D.I.M.S. yang dipatenkan memberikan penglihatan tajam kepada kanak-kanak dan boleh diletakkan dalam mana-mana bingkai kaca mata kanak-kanak serta kelihatan seperti lensa biasa. Berdasarkan kajian susulan selama tiga tahun ini, lensa MiYOSMART boleh memperlahankan malah menghentikan perkembangan miopia dalam beberapa kes melalui penggunaan 'myopic defocus' (miopik dikaburkan).
"Hasil kajian selama tiga tahun tentang lensa MiYOSMART adalah sangat positif dan lensa ini terus menangani masalah miopia yang semakin meningkat pada kanak-kanak," kata Griff Altmann, Ketua Pegawai Teknologi HOYA Vision Care. "HOYA Vision Care berbangga dapat menjadi peneraju dalam membangunkan kaedah yang selamat dan berkesan bagi menangani masalah yang semakin meningkat ini dan kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk terus melancarkan MiYOSMART di seluruh dunia."
Lensa MiYOSMART yang memenangi anugerah ini turut memenangi anugerah Grand Prize, Grand Award dan Gold Medal pada Pameran Penciptaan Antarabangsa Geneva kali ke-46 pada bulan April 2018 yang lalu. Pada bulan Oktober 2020, lensa tersebut telah dianugerahkan dengan Anugerah Silmo d'Or dalam Kategori Penglihatan pada pertunjukan Optikal Paris Silmo.
1Lam CSY, Tang WC, Tse DY, Lee RPK, Chun RKM, Hasegawa K, Qi H, Hatanaka T, To CH. Defocus Incorporated Multiple Segments (DIMS) spectacle lenses slow myopia progression: a 2-year randomized clinical trial. British Journal of Ophthalmology. Pertama Kali Diterbitkan Dalam Talian: 29 Mei 2019. doi: 10.1136/bjophthalmol-2018-313739
PENAFIAN PRODUK – MiYOSMART tidak diluluskan untuk pengurusan miopia di semua negara, termasuk A.S. dan buat masa ini tidak tersedia untuk jualan di semua negara termasuk A.S.
Tentang HOYA Vision Care
Selama lebih 60 tahun, HOYA Vision Care telah menjadi peneraju global yang amat berminat dalam inovasi teknologi optik. Sebagai pengeluar lensa kaca mata yang berkualiti dan berprestasi tinggi, HOYA terus mendorong inovasi teknologi optik dengan matlamat untuk mencari penyelesaian penjagaan penglihatan yang terbaik untuk para Profesional Penjagaan Mata. Syarikat ini membekalkan lensa ke 52 buah negara dan mempunyai rangkaian dengan lebih 18,000 orang pekerja dan 45 buah makmal di seluruh dunia.
Ikuti HOYA Vision Care di LinkedIn
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1497255/HOYA_Vision_Care_Logo.jpg?p=medium600