omniture

Bank Persendirian Terbesar Myanmar Bank Kanbawza Tawar Perkhidmatan Western Union(R) di 100 Cawangan

Perkhidmatan Western Union kini ditawarkan di lebih 250 lokasi ejen di 13 daripada 14 negeri dan bahagian Myanmar
Western Union
2013-04-08 10:09 161

 

YANGON, Myanmar, 8 April 2013 /PRNewswire/ -- The Western Union Company (NYSE: WU), peneraju dalam perkhidmatan pembayaran global, hari ini mengumumkan bahawa perkhidmatannya kini boleh didapati di 13 daripada 14 negeri dan bahagian di Myanmar, dengan penambahan 100 cawangan Bank Kanbawza (Bank KBZ).

(Gambar: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/05/20130405170425356767.html )
(Gambar: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/05/20130405170631509725.html )

Sejak pelancaran Perkhidmatan Pindahan Wang (SM) Western Union® di enam Ejen bank pada Januari tahun ini, pelanggan dari 74 buah negara termasuk Australia, Kanada, Jepun, Malaysia, Singapura, Thailand, Emeriah Arab Bersatu, AS, UK dan negara-negara Eropah yang lain, telah menghantar wang masuk ke Myanmar melalui Western Union.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan bank persendirian terbesar di Myanmar untuk memperkembangkan lagi perkhidmatan wang-dalam-seminit ke seluruh negara, termasuk memperkenalkan perkhidmatan di negeri Kachin.  Pelanggan kini boleh menerima wang pindahan Western Union® di 13 daripada 14 buah negeri dan bahagian – satu lagi langkah besar yang membawa dunia ke setiap pelusuk Myanmar," Ly Nguyen, Pengarah Rantau Indochina, Western Union, berkata.

U Nyo Myint, Pengarah Urusan, Perbankan Antarabangsa, Bank KBZ, berkata, "Ramai pelanggan kami yang bergantung harap kepada keluarga dan rakan di luar negara dalam mendapatkan bantuan kewangan tetap.  Sebagai peneraju perbankan runcit dengan pangkalan pelanggan yang besar di Myanmar, kami berbangga dapat berganding bahu dengan Western Union – satu jenama hebat dengan nilai teras yang kukuh dan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang lebih baik - untuk menyediakan satu perkhidmatan penting yang menyambungkan pertalian antara warga Myanmar di sini dan di luar negara."

Dengan pertambahan Bank KBZ, Perkhidmatan Pindahan Wang Western Union kini ditawarkan melalui gabungan rangkaian 250 cawangan bank merentasi tujuh bahagian dan enam negeri di Myanmar.

Western Union merupakan pengendali pindahan wang global pertama yang menawarkan perkhidmatan pindahan wang antarabangsa di Myanmar selepas sekatan pelaburan dan perniagaan dilonggarkan pada tahun lepas.

[1] Dana mungkin tertunda atau perkhidmatan tidak dapat ditawar dalam keadaan urusniaga tertentu, termasuk jumlah yang dihantar, negara destinasi, ketersediaan mata wang, isu peraturan dan pertukaran wang asing, tindakan penerima yang diperlukan, keperluan pengenalan, masa lokasi ejen, perbezaan zon masa, atau pilihan menunda perkhidmatan.  Sekatan tambahan juga boleh dikenakan.  Sila lihat borang untuk maklumat terperinci.

Mengenai Western Union

Syarikat Western Union (NYSE:WU) adalah peneraju dalam perkhidmatan pembayaran global.  Bersama-sama dengan jenama perkhidmatan pembayaran Vigo, Orlandi Valuta, Pago Facil and Penyelesaian Perniagaan Western Union miliknya, Western Union menyediakan perkhidmatan menghantar dan menerima wang di seluruh dunia, menghantar pembayaran dan membeli wang kiriman dengan pantas, andal dan mudah.  Pada 31 Disember 2012, jenama perkhidmatan Western Union, Vigo dan Orlandi Valuta ditawarkan melalui gabungan rangkaian hampir 510,000 ejen tempatan di 200 buah negara dan rantau.  Dalam tahun 2012, syarikat Western Union melengkapkan 231 juta urusniaga pelanggan-dengan-pelanggan di seluruh dunia, menggerakkan wang sejumlah $79 bilion di kalangan pelanggan dan melibatkan 432 juta bayaran perniagaan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.westernunion.com.

Mengenai Bank KBZ

Bank Kanbawza (Bank KBZ) ditubuhkan pada 1 Julai 1994 di Taunggyi, Negeri Shan Selatan.  Pada awalnya, bank ini hanya menyediakan perkhidmatan bagi penduduk tempatan di Taunggyi.  Pada November 1999, pengurusan kami sekarang telah mengambilalih dan membuat pembaharuan organisasi menjadi sebuah bank komersil persendirian terbesar di Myanmar.

Pada November 2011, Bank Pusat Myanmar memberikan Lesen Pengedar Sah (ADL) kepada Bank KBZ sebagai langkah pertama mengendali perniagaan perbankan asing.  Bank KBZ akan mengekalkan perkembangan berterusan dalam industri kewangan sejajar dengan pembangunan Myanmar.  Pada Mac 2013, Bank KBZ telah menambah cawangan kepada 102 buah di seluruh Myanmar, mengekalkan kedudukannya sebagai bank peneraju dengan rangkaian cawangan dan pangkalan pelanggan terbesar dengan sepertiga bahagian pasaran.  Bahagian Perbankan Antarabangsa (IBD) KBZ menyediakan perkhidmatan yang andal kepada pelanggan seperti perdagangan, kiriman wang dan perbendaharaan dengan menjalinkan hubungan koresponden dengan bank serantau.  Tambahan pula, bermula dari Disember 2012, rangkaian mesin ATM kendalian Bank KBZ yang luas telah mula menerima kad VISA yang dikeluarkan oleh negara asing bagi aktiviti pengeluaran wang.  KBZ juga akan memulakan perkhidmatan dengan kad antarabangsa lain pada awal 2013.  Baru-baru ini, KBZ telah menandatangani satu perjanjian dengan Western Union, peneraju dunia dalam perkhidmatan pemindahan dan pembayaran wang.

SUMBER: Western Union

Source: Western Union
Related Stocks:
NYSE:WU
Keywords: Banking/Financial Service New products/services