Pelabur Silicon Valley, Khosla Ventures menyertai kumpulan sokongan pelabur global yang terkenal
MOUNTAIN VIEW, California, 28 April 2021 /PRNewswire/ -- Turn Biotechnologies, sebuah syarikat yang membangunkan ubat-ubatan RNA baharu untuk kondisi berkaitan usia yang tidak dirawat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menutup pusingan pembiayaan terbarunya. Syarikat ini mempunyai sokongan pelabur yang memberi tumpuan dalam mengenal pasti dan menyokong perusahaan yang berpotensi untuk mengubah dunia dengan teknologi mereka yang luar biasa.
Khosla Ventures, sebuah syarikat yang mempunyai sejarah pelaburan dalam idea "Black Swan" dan menawarkan perubahan yang signifikan, muncul sebagai pelabur terkini Turn, menyertai Shanda Group dan Formic Ventures. Firma-firma ini mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat Asia, Eropah dan Amerika Utara dan diiktiraf kerana pelaburan dalam syarikat-syarikat kritikal di seluruh dunia.
"Turn berada pada pertembungan beberapa bidang inovasi dramatik terkini, iaitu penyampaian RNA sebagai terapi, pemahaman tentang kesenesenan selular dan pemprograman semula selular," kata Alex Morgan, MD, PhD, Rakan Kongsi di Khosla Ventures. "Teknologi dari Stanford University ini berada di landasan yang betul untuk mencipta terapeutik baharu bagi membantu memulih dan menyegarkan semula tisu yang rosak akibat penuaan."
Khosla, Shanda Group dan Formic Ventures menyertai pelabur peringkat awal Turn iaitu Methuselah Fund dan Methuselah Foundation yang mengkhusus kepada syarikat-syarikat yang komited untuk melanjutkan usia dengan sihat dan meningkatkan kualiti kehidupan ketika kita meniti usia.
"Pelaburan melalui dana dengan reputasi untuk memilih pemenang di seluruh dunia ini mengiktiraf inovasi, visi dan potensi Turn untuk mengubah pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Anja Krammer. "Apabila populasi semakin berusia, berjuta-juta warga tua terpaksa berhadapan dengan kondisi penuaan yang hanya boleh dirawat melalui rawatan simptomatik. Pelabur baharu kami membolehkan Turn membawakan suatu teknologi yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan mengubah ekonomi penjagaan kesihatan di seluruh dunia ke pasaran, seperti yang dijanjikan."
Turn memberi tumpuan kepada pembaikan tisu di peringkat selular menggunakan teknologi platform mRNA dengan paten yang belum selesai, ERA™, untuk mengatasi kesan penuaan dalam epigenom, lalu memulihkan ekspresi gen yang optimum dan membolehkan sel berfungsi sepertimana sel yang lebih muda. Ini akan memulihkan semula kemampuan sel-sel untuk mencegah atau merawat penyakit serta memulihkan atau menjana semula tisu.
Penggunaan mRNA yang mendorong perkembangan pantas dua vaksin COVID-19 yang diluluskan untuk digunakan di Amerika Syarikat ini berjanji untuk merevolusikan pembangunan terapeutik dengan menjadikannya sebagai pembangunan yang lebih selamat, lebih pantas, lebih berkesan dan boleh disesuaikan mengikut keperluan pesakit.
Teknologi pemprograman semula epigenetik Turn berpotensi untuk memberi kesan yang ketara pada pelbagai penyakit berkaitan usia dan syarikat tersebut kini sedang meneroka rawatan untuk kondisi dermatologik, osteoartritik, oftalmik dan muskular. Kerja-kerja dalam bidang ini juga telah menarik beberapa rakan kongsi yang berpotensi, yang kini sedang dalam perbincangan dengan Turn.
TENTANG TURN BIOTECHNOLOGIES
Turn ialah sebuah syarikat peringkat praklinikal yang memberi tumpuan kepada pembaikan tisu di peringkat selular. Teknologi mRNA proprietari ini memerangi kesan penuaan dalam epigenom, lalu memulihkan ekspresi gen yang optimum dan membolehkan sel berfungsi secara aktif sebagaimana ketika ia muda. Teknologi Turn menyediakan platform bagi memerangi pelbagai penyakit yang berkaitan dengan usia. Syarikat tersebut sedang menyelesaikan penyelidikan praklinikal tentang terapi yang disesuaikan yang menyasarkan indikasi dalam dermatologi, oftalmologi, osteoartritis dan kerosakan kartilaj serta muskulatur. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.turn.bio.
TENTANG KHOSLA VENTURES
Khosla Ventures menyediakan bantuan usaha sama dan nasihat strategik kepada usahawan yang sedang mengusahakan pencapaian teknologi. Firma ini diasaskan oleh Vinod Khosla, pengasas bersama Sun Microsystems dan memberi tumpuan kepada teknologi transformatif dalam pengguna, perusahaan, pendidikan, perkhidmatan kewangan, kesihatan, data raya, pertanian/makanan, tenaga lestari dan robotik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.khoslaventures.com.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Jim Martinez, rightstorygroup
jim@rightstorygroup.com atau (312) 543-9026
atau
Wendy Dolwig, Turn Biotechnologies
wendy.dolwig@turn.bio