omniture

C6 Intelligence sertai Usahasama dengan AA International Malaysia

C6 Intelligence Information Systems
2013-04-08 16:46 162

SINGAPURA, 8 April 2013 /PRNewswire/ -- C6 Intelligence Information Systems ("C6 Intelligence", "C6") menyertai Usahasama dengan AA International ("AA") Malaysia yang membolehkan pemasaran dan pemenuhan permintaan produk C6 Intelligence di rantau Asia Pasifik (APAC).

Logo bagi C6 Intelligence Information Systems: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130318/601628-a

Logo bagi AA International: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130318/601628-b

Pengarah Urusan C6 Intelligence, Richard Bensberg berkata, "Kami memilih untuk menyertai usahasama dengan AA kerana pengalaman dan kemampuan infrastruktur mereka yang mengkagumkan dalam pasaran Asia."

Produk C6 Intelligence terdiri daripada seksyen Pangkalan Data, Kajian dan Siasatan C6 termasuk Usaha Wajar Dipertingkat (EDD), Kenali Pelanggan Anda (KYC), dan Pemeriksaan Anti Pemalsuan Wang (AML) serta penyelesaian bagi syarikat dan pemeriksaan Saringan Pekerja.

En. Bernsberg menyambung, "Dengan mempunyai pejabat di Bangkok, Manila, Jakarta, Singapura, Hong Kong, Seoul dan Taipei, AA International dapat menawarkan klien tempatan mereka capaian kepada rangkaian perkhidmatan KYC dan Usaha Wajar yang mempunyai nilai tambah daripada rakan kongsi dipercayai yang berada di seluruh dunia. Kami teruja untuk mencapai kejayaan berterusan dengan rakan kongsi usahasama kami dan menyediakan penambahan penyelesaian yang berkualiti tinggi tetapi menjimatkan kos kepada pelanggan kami."

Mengenai AA International

AA International ("AA") merupakan rakan kongsi teras di Malaysia kepada International Assistance Group (IAG). AA berhubung di 46 negara di seluruh dunia setiap hari dan menyokong lebih 90 juta individu di seluruh dunia dengan perhubungan International Assistance Group (IAG).

Bekerja terutamanya dengan syarikat korporat dan insurans, AA International menawarkan perkhidmatan tambah nilai dalam bentuk keselesaan dan keselamatan dengan memastikan para pelanggan dapat menerima bantuan terbaik dengan segera.

Laman Web: www.aa-international.com

Mengenai C6 Intelligence Information Systems Limited

C6 Intelligence Information Systems Limited ("C6 Intelligence", "C6") merupakan penyedia maklumat perisikan global utama dunia bagi individu dan syarikat melalui Pangkalan Data C6 dan projek-projek kajian yang ditempah. C6 Intelligence menawarkan khidmat Usaha Wajar Dipertingkat (EDD), Kenali Pelanggan Anda (KYC), dan Pemeriksaan Anti Pemalsuan Wang (AML) dan penyelesaian untuk syarikat-syarikat di seluruh dunia, dan berada di rantau Amerika, EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Asia) dan APAC.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk C6 Intelligence, hubungi:

Pejabat EMEA (Eropah, Timur Tengah, Asia)
Vita House, London Street
Basingstoke, RG21 7PG
United Kingdom
Telefon: +44-(0)1256-301510
Email: info@c6-intelligence.com

Pejabat APAC (Asia Pasifik)
No 1, Block N,
Jaya One,
72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya,
Malaysia
Telefon: +6(03)-7958-2660

Laman Web : www.c6-intelligence.com

Hubungan Media:
Email: pr@c6-intelligence.com

KATA KUNCI:

C6 Intelligence, pangkalan data C6, C6 Singapura, C6 intelligence Asia, Usaha Wajar Dipertingkat (EDD), Kenali Pelanggan Anda (KYC), dan Pemeriksaan Anti Pemalsuan Wang (AML)

Source: C6 Intelligence Information Systems
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Joint ventures