omniture

CAS melancarkan jenama baharu yang mencerminkan evolusi strategik untuk memperkasakan sains yang lebih pintar

CAS
2021-04-29 04:00 51

Memperluas portfolio penyelesaian dan keupayaan bagi menangani keperluan yang semakin meningkat untuk data saintifik yang lengkap dan kepakaran bagi mempercepat penemuan 

COLUMBUS, Ohio, 29 April 2021 /PRNewswire/ -- CAS, satu bahagian daripada Persatuan Kimia Amerika (American Chemical Society, ACS) yang mengkhusus dalam penyelesaian maklumat saintifik, hari ini melancarkan jenama baharu yang mencerminkan peluasan skop penyelesaian dan keupayaannya yang penting bagi memajukan penemuan saintifik. Jenama baharu ini mencerminkan evolusi berterusan organisasi tersebut untuk membolehkan penggunaan maklumat saintifik yang baharu dan pintar sebagai rakan kongsi kepada peneraju R&D yang mahukan model inovasi yang lebih cekap, kolaboratif dan tersuai.

The new CAS logo whose three colors represent the hindsight, insight and foresight that are foundational to scientific discovery.
The new CAS logo whose three colors represent the hindsight, insight and foresight that are foundational to scientific discovery.

"Evolusi jenama kami merupakan gambaran sebenar tentang CAS hari ini; sebuah organisasi yang dinamik yang memfokus kepada peluang di seluruh spektrum inovasi saintifik. Minat yang dikongsi oleh para pekerja CAS terhadap sains dan kebanggaan mereka terhadap sumbangan unik kami dalam memajukan penemuan telah menyatukan kami dengan para pelanggan dan rakan usaha sama kami melalui cara yang amat bermakna. Saya teruja untuk melihat ia direalisasikan melalui penghasilan jenama baharu ini," kata Manuel Guzman, Presiden CAS.

Pelancaran ini merupakan kemuncak penyelidikan dan perundingan global dengan pihak berkepentingan di seluruh segmen komersial, akademik dan kerajaan untuk menghasilkan elemen yang paling memberi impak yang diberikan oleh CAS sebagai rakan kongsi inovasi. Jenama baharu ini menampilkan peranan unik yang dimainkan oleh CAS dalam mewujudkan hubungan antara penemuan yang dibuat di seluruh dunia bagi mempercepat penemuan. Logo baharu ini diilhamkan daripada ikon molekul yang tiga warnanya mewakili pemahaman masa lalu, kini dan akan datang yang menjadi asas kepada penemuan saintifik.

Guzman menjelaskan lagi, "Pandemik ini telah menyebabkan orang ramai di seluruh dunia menghargai betapa pentingnya kepantasan dalam penemuan saintifik dan kekuatan kerjasama untuk mempercepat sesuatu penyelesaian terhadap masalah yang mencabar. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan organisasi penyelidikan di seluruh dunia yang menangani COVID-19 sepanjang tahun lalu dengan menyediakan penyelesaian maklumat, penerbitan pemahaman daripada para saintis kami dan pembinaan set data sumber terbuka."

"Kami terus memajukan kandungan, penyelesaian dan keupayaan kami untuk memastikan kami menyumbang dalam pelbagai cara kepada kejayaan pelanggan kami dalam landskap inovasi yang dinamik ini. Ini termasuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih tersuai, memperluas dan memperdalam penyelesaian dan koleksi kandungan kami serta melabur dalam teknologi dan bakat baharu dalam bidang seperti analitik, data raya dan pembelajaran mesin ramalan," ulas Guzman.

Legasi saintifik CAS merangkumi lebih satu abad. Sebagai perintis awal dalam digitalisasi maklumat saintifik pada tahun 1960-an, para saintis dan pakar teknologi CAS telah membangunkan algoritma pertama untuk mengekod maklumat struktur kimia dua dimensi ke dalam format yang boleh dibaca dan boleh dicari oleh komputer. CAS REGISTRY®, koleksi susunan maklumat yang terbesar di dunia tentang bahan kimia dan biojujukan, baru-baru ini telah memperoleh suatu pencapaian terbesar dengan menambah pendaftaran bahan yang ke-250 juta – iaitu oligonukleotida hibrid yang berpotensi untuk digunakan dalam kawalan kualiti bagi ubat-ubatan dan vaksin mRNA yang didedahkan dalam permohonan paten baru-baru ini daripada Moderna, Inc.

Gilles Georges, Ketua Pegawai Saintifik CAS menghuraikan evolusi organisasi dengan menyatakan "CAS telah menjadi lebih daripada sebagai sumber maklumat kimia. Hari ini, kami bekerjasama dengan organisasi yang bekerja dalam semua bidang sains daripada biologi molekul hinggalah kepada metalurgi. Data yang disusun khas oleh pasukan kami yang terdiri daripada beratus-ratus saintis, daripada penerbitan dalam lebih 50 bahasa, digunakan untuk melatih algoritma pembelajaran mesin canggih yang berpotensi untuk mengembangkan kapasiti inovasi secara drastik dalam segmen seperti farmaseutikal, kimia khusus dan sains bahan serta meningkatkan kecekapan pemeriksaan paten global."

Georges menyimpulkan, "Disebabkan penggandaan jumlah data saintifik pada anggaran setiap dua tahun, keinginan untuk memanfaatkan pembelajaran dengan berkesan di seluruh disiplin ini mungkin akan terkubur. Dengan menyusun, menghubung dan menganalisis data yang amat besar ini, para saintis CAS membawa kepada pemahaman yang membolehkan kemajuan yang lebih pantas dan meletakkan penyelesaian kami pada hujung jari para penyelidik."

Hubungan media:
Tina Tomeo
cas-pr@cas.org 
+1 614-447-3600

TENTANG CAS: CAS ialah peneraju dalam penyelesaian maklumat saintifik yang bekerjasama dengan para inovator di seluruh dunia untuk mempercepat penemuan saintifik. CAS mempunyai lebih 1,400 orang pakar yang menyusun, menghubung dan menganalisis pengetahuan saintifik untuk mendedahkan hubungan yang tidak kelihatan. Selama lebih 100 tahun, para saintis, profesional paten dan pemimpin perniagaan telah bergantung kepada penyelesaian dan kepakaran CAS untuk memberikan pemahaman masa lalu, kini dan akan datang yang diperlukan supaya mereka dapat membangunkan masa depan berdasarkan pembelajaran masa lalu. CAS merupakan satu bahagian daripada Persatuan Kimia Amerika. Berhubung dengan kami di cas.org.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1497114/CAS_Logo.jpg?p=medium600

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1498821/cas__hindsight_insight_foresight.jpg?p=medium600

Source: CAS
Related Links:
Keywords: Chemical Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)