omniture

YF Life Percepat Pendigitalan dengan Pelancaran Rasmi Platform Sistem Teras eBaoTech

eBaoTech Corporation
2021-04-29 11:02 232

HONG KONG, 26 April 2021 /PRNewswire/ -- eBaoTech Corporation (eBaoTech), penyedia penyelesaian insurans digital yang terkemuka di dunia dan YF Life Insurance International Ltd. (YF Life), sebuah syarikat insurans Hong Kong yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan kejayaan pelancaran sistem pengurusan polisi baharu mereka untuk YF Life bagi menggantikan sistem teras legasi yang telah digunakan selama bertahun-tahun. Sistem teras baharu tersebut, eBaoTech®LifeSystem Suite, kini digunakan bagi menyokong kesemua rangkaian perniagaan YF Life yang berpangkalan di Hong Kong dan Macau.

YF Life ialah sebuah syarikat insurans dan pengurusan kekayaan yang ditingkatkan oleh teknologi dan anggota Yunfeng Financial Group, sebuah syarikat senaraian HKEX. Syarikat ini beroperasi dalam pasaran insurans Hong Kong selama lebih 40 tahun dan komited untuk menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan perundingan pengurusan risiko dan kekayaan sehenti selain perkhidmatan MPF. YF Life menawarkan penyelesaian insurans yang fleksibel dan inovatif seperti pelan anuiti sepanjang hayat yang memenangi anugerah. Lantaran kelebihan produknya yang unik, YF Life merupakan satu-satunya syarikat di Hong Kong yang diiktiraf sebagai Pencapai Terbaik-dalam-Kelas/Cemerlang untuk Pelan Anuiti dan Produk Persaraan dalam BENCHMARK Wealth Management Awards selama sembilan tahun berturut-turut.

Dengan visi jangka panjang Yunfeng Financial untuk inovasi teknologi kewangan yang berterusan dan demi memacu transformasi digital, YF Life telah menerima pakai pelbagai teknologi baharu termasuk pengkomputeran awan, kecerdasan buatan, data raya, saluran jualan inovatif dan khidmat pelanggan pintar. Daryl Cheng, Naib Presiden Kanan Sistem Maklumat Pengurusan di YF Life mengulas, "Selain daripada peningkatan kecekapan operasi, sistem teras baharu ini juga akan membolehkan YF Life berhubung dengan teknologi dan ekosistem luaran dengan cekap, mengintegrasikan saluran dalam talian dan luar talian serta meningkatkan pengalaman pengguna untuk pemegang polisi mahupun ejen, lalu meletakkan asas teknologi yang kukuh bagi penyediaan produk dan perkhidmatan insurans yang fleksibel dan inovatif pada masa depan."

Semasa dua bulan awal operasi, sistem teras baharu tersebut telahpun membawa nilai perniagaan yang mantap, beroperasi dengan lancar dan berkesan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan YF Life. Ini merupakan bukti keandalan dan kematangan eBaoTech sebagai penyedia sistem teras insurans dan penyelesaian digital yang utama.

Beberapa data penting adalah seperti berikut:

  • Ujian Penerimaan Pengguna diselesaikan pada Oktober 2020. Seluruh sistem beroperasi pada Februari 2021 bagi menggantikan sistem teras legasi dan terhubung sepenuhnya dengan 26 subsistem di YF Life.
  • Memindahkan kira-kira 1 juta polisi sejak sistem baharu beroperasi dengan lancar
  • Menyokong lebih 80 penyelesaian insurans dan pengurusan kekayaan, meliputi insurans hayat, insurans hayat sejagat, insurans berkaitan pelaburan, anuiti, insurans kemalangan, insurans perubatan, insurans penyakit kritikal dan sebagainya
  • Masa tunggu pelancaran produk baharu dikurangkan kepada 5-7 hari

"Kami komited untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik melalui penggunaan teknologi kewangan dan penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi," kata Daryl Cheng. "Sistem teras yang canggih merupakan kunci untuk kekal mendahului dalam industri insurans yang kompetitif. Penggantian teras ialah pelaburan yang diinginkan dan berharga. Kami percaya bahawa sistem baharu ini akan dapat menyuntik momentum baharu ke dalam perniagaan dan meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan. Kami gembira dapat menerima pakai sistem teras eBaoTech sebagai sebahagian daripada projek pengoptimuman kami dan akan terus menggalakkan pendigitalan dan meningkatkan keupayaan teknologi kami dengan eBaoTech sebagai rakan kongsi kami."

Dr. Woody Mo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden eBaoTech Corporation menambah, "eBaoTech telah menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat insurans di Hong Kong selama bertahun-tahun lamanya. Kami berbangga untuk menyediakan perisian dan perkhidmatan kepada 8 syarikat insurans di Hong Kong. Melalui projek pendigitalan sistem teras YF Life, kami di eBaoTech turut meningkatkan keupayaan produk kami untuk menyokong barisan produk, fungsi dan proses tempatan dengan lebih baik dalam pasaran Hong Kong. Kami berbesar hati dipilih sebagai rakan teknologi jangka panjang YF Life untuk terus menyokong pendigitalan dan penglibatan teknologi mereka pada masa akan datang."

Latar Belakang YF Life Insurance International Limited

YF Life Insurance International Limited ialah anggota Yunfeng Financial Group, sebuah syarikat senaraian HKEX yang mana pemegang saham utamanya terdiri daripada Yunfeng Financial Holdings Limited dan Massachusetts Mutual Life Insurance Company, salah satu daripada "Lima Syarikat Insurans Hayat AS Terbesar". Memanfaatkan keandalannya yang mantap dan latar belakang kewangan yang kukuh, YF Life komited untuk mencipta masa depan yang lebih cerah buat pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan perundingan pengurusan risiko dan kekayaan sehenti yang profesional dan ditingkatkan oleh teknologi selain perkhidmatan MPF.

Catatan: Yunfeng Financial Holdings Limited dan Massachusetts Mutual Life Insurance Company mempunyai pegangan saham tidak langsung dalam Yunfeng Financial Group Limited. "Lima Syarikat Insurans Hayat AS Terbesar" diberi kedudukan mengikut keputusan agregat "Insurans: Hayat, Kesihatan (Bersama)" dan "Insurans: Hayat, Kesihatan (Stok)" bagi jumlah pendapatan tahun 2019 dan adalah berdasarkan Fortune 500 seperti yang diterbitkan pada 18 Mei 2020.

Latar Belakang eBaoTech
eBaoTech® ialah penyedia penyelesaian teknologi untuk industri insurans global. Misi kami dari awal adalah untuk "menjadikan insurans mudah". Kami menjalankan perniagaan di lebih daripada 30 negara merentas kesemua benua, menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat insurans, ejen, broker, syarikat pemula Teknologi Insurans (InsurTech) dan lain-lain dalam ekosistem insurans. eBaoTech menawarkan dua kumpulan penyelesaian: eBao® Cloud termasuk penyelesaian SaaS dan PaaS serta eBao® Software untuk sistem teras pembawa insurans tradisional. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ebaotech.com.

Source: eBaoTech Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Contracts Financial Technology