omniture

Maxthon Umum Pelancaran Pelayar "Real Madrid"

Maxthon
2013-04-08 20:00 175

SAN FRANCISCO, 8 April 2013 /PRNewswire/ -- Peneraju teknologi Awan Maxthon (www.maxthon.com) pertama kali memecahkan acuannya dengan mengumumkan Pelayar Web 1D bagi peminat sensasi pop Britian One Direction.  Kini, peminat Real Madrid, lagenda tiga puluh dua kali menjuarai Liga Sepanyol (La Liga) dan sembilan kali menaiki takhta Liga Juara, boleh melayari Web dikelilingi oleh Christiano Ronaldo, Xabi Alonso dan semua pemain Real Madrid kesukaan mereka, serta mendapat berita terkini daripada pasukan, hasil daripada kejayaan baru Maxthon dengan pelancaran Pelayar Web Real Madrid.

Pelayar Real Madrid oleh Maxthon boleh dimuat turun di sini: http://dl.maxthon.com/mx3/mx_RealMadrid_3.5.2.1000.exe

Pelayar Awan Maxthon memberikan anda pengalaman yang lancar merentasi peranti, menyegerakkan penanda buku, nota, penataran dan sejarah kepada sebarang pelayar Maxthon pada iOS, Windows, Android dan Mac.  Tiada lagi kerja penyalinan kepada pelbagai peranti, satu "kad kuning" sekiranya wujud bagi industri ini.  Bukan sahaja versi ini –Pelayar Real Madrid Maxthon – membolehkan peminat menikmati pelayaran web sambil ditemani pasukan kegemaran mereka, ia juga menampilkan ciri kelajuan, ketangkasan dan kuasa yang menjadikan Real Madrid itu Real Madrid.

Sama seperti Pelayar Awan Maxthon, Pelayar Real Madrid mengandungi susunan ciri-ciri hebat dan peningkatan prestasi:

  • Kelajuan – Pelayar Awan Maxthon mengatasi Google Chrome dalam beberapa ujian.  Seperti yang diketahui peminat, kelajuan adalah dalam prestasi Web sama pentingnya seperti dalam permainan bola sepak.
  • Serba boleh – Setiap laman web boleh berfungsi pada Maxthon.  Tiada lagi keperluan menggunakan pelayar khusus untuk mengoptimumkan prestasi laman web, tidak kiralah apa yang dimaklumkan oleh laman tersebut.  Terjemahan bolasepak: Ia sama mahir dalam menanduk dan menendang.
  • Pengalaman Terbaik Keluar dari Kotak – utiliti tangkap skrin, penghalang iklan, pecahan skrin – semuanya terbina dalam dan ia tidak didapati dalam pelayar lain yang ada di pasaran sekarang.
  • Prestasi video dan grafik yang hebat .  Ciri hebat "Penghidu Sumber" membolehkan pengguna memuat turun video YouTube dan menontonnya kemudian, satu lagi nilai unik Maxthon.
  • Sokongan penuh terbaik bagi HTML5 di dunia.  Apabila teknologi ini menjadi dominan dalam bidang pembangunan web, maxthon pasti akan berada di situ untuk mengambil peluang daripadanya.

"Satu perkara yang dijelaskan oleh komuniti global kami.  Mereka suka bola sepak," kata Karl Mattson, Naib Presiden usaha Antarabangsa Maxthon. "Pelayar Real Madrid kami ialah satu cara seronok untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan tersebut.  Ya, versi FC Barca dan Manchester United juga sedang diusahakan."

Muat turun Maxthon: http://www.maxthon.com

Mengenai Maxthon

Maxthon merupakan syarikat perisian inovatif yang membangunkan pelayar web canggih yang sentiasa menjadi standard baru bagi kelajuan, keselamatan, kesederhanaan dan ciri-ciri awanan. Ia boleh didapati pada platform Windows, Android, iOS dan Mac. Dengan pejabat di San Francisco, Los Angeles, Beijing, Shanghai dan Hong Kong, Maxthon mencapai komuniti global pengguna yang melebihi 120,000,000 orang setiap bulan di lebih 150 negara. Untuk maklumat lanjut tentang Maxthon sila layari http://www.maxthon.com

Hubungi:

Burson-Marsteller untuk Maxthon
Lowell Eschen
Lowell.Eschen@BM.com
212.614.4081

SUMBER  Maxthon

Source: Maxthon
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Web Site Licensing/marketing agreements New products/services