omniture

Windsor Brokers Mengumumkan Penyata Kewangan Yang Tinggi Untuk Tahun 2020 Walaupun Berlaku Pandemik COVID-19

Windsor Brokers
2021-04-29 17:47 41

LIMASSOL, Cyprus, 29 April 2021 /PRNewswire/ -- Salah sebuah firma pelaburan kewangan yang terkemuka dalam industri pertukaran mata wang asing, Windsor Brokers, telah mengumumkan bahawa operasinya pada tahun 2020 adalah amat berjaya berdasarkan penyata kewangan baru-baru ini walaupun menghadapi cabaran di seluruh dunia akibat pandemik COVID.

Windsor Brokers announces record-high results for 2020 despite COVID-19 pandemic.
Windsor Brokers announces record-high results for 2020 despite COVID-19 pandemic.

Syarikat tersebut mengumumkan tahun yang berjaya berdasarkan beberapa peningkatan dalam penunjuk prestasi utama; peningkatan sebanyak 68% dalam jumlah keseluruhan pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Tambahan pula apabila dibandingkan tahun 2020 dengan 2019, terdapat lonjakan peningkatan sebanyak 148% yang ditunjukkan dalam akaun berdana yang baharu serta lebih 65% dalam deposit dan lebih 120% dalam jumlah akaun aktif.

Pencapaian penting ini terhasil disebabkan oleh beberapa faktor penting yang merangkumi peningkatan prestasi perniagaan dari masa ke semasa; penstrukturan semula kedudukan pengurusan utama yang tertentu dan fungsi kumpulan, keadaan pasaran yang lebih tidak menentu menarik lebih banyak pelaburan dan kepelbagaian portfolio disertai dengan lebih keyakinan dan kepercayaan daripada pelabur terhadap Syarikat, terutamanya semasa tempoh sekatan pergerakan COVID yang tidak menentu.

Seperti kebanyakan syarikat besar dan firma kewangan di seluruh dunia, pekerja Windsor Brokers beroperasi di luar premis pejabat. 

"Disebabkan pengurusan risiko dan dasar dalaman kami, operasi diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan dan dengan lebih baik lagi yang membawa hasil yang menakjubkan untuk tahun 2020. Tahun lalu telah menjadi tahun yang mencabar untuk seluruh ekonomi dunia, namun disebabkan produk dan keadaan perdagangan kami yang kompetitif serta pandangan teknikal yang mendalam dan pasukan kami yang kukuh, pelabur dapat membezakan profesionalisme dan kini lebih mempercayai kami. Perkara ini membina hubungan yang lebih kukuh antara kami, para pelanggan dan rakan kongsi perniagaan kami.  Kami menjangkakan pertumbuhan dan pengembangan yang berterusan serta produk dan perkhidmatan yang akan datang untuk para pelabur pada tahun 2021", kata Andreas Kontos, Pengarah Operasi Global Windsor Brokers.

Tentang Windsor Brokers

Windsor Brokers ialah firma pelaburan yang diiktiraf di seluruh dunia dengan pengalaman selama 33 tahun dalam pasaran kewangan, menawarkan pelbagai instrumen kewangan termasuk Pertukaran Mata Wang Asing (Forex), Indeks CFD, Saham, Logam, Komoditi dan Tenaga melalui platform MT4. Selama bertahun-tahun, Syarikat ini telah menerima pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa untuk produk, perkhidmatan, sokongan pelanggan dan program perkongsiannya.

Nisbah Kecukupan Modal Windsor Brokers Ltd. pada tahun 2019 ialah sebanyak 22.51% iaitu dua kali ganda daripada peratusan minimum yang diperlukan mengikut ketetapan pengawal selia. Windsor Brokers Group dilesenkan dan dikawal selia di pelbagai tempat bidang kuasa.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1498975/wb_highrecord.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1498976/Wblogo_social_Media_circleshape_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Windsor Brokers
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mining/Metals Oil/Energy Utilities Investment opinions Financial Technology