omniture

Silixa Diiktiraf atas Kejayaan Mempelopori Penyelesaian Data Didayakan Gentian

Silixa
2021-04-29 20:15 39

LONDON, 29 April 2021 /PRNewswire/ -- Silixa Ltd., penggiat utama penyelesaian data didayakan gentian, telah memenangi 'Queen's Award for Enterprise: Innovation 2021' atas pengkomersialan Sistem Pengesanan Carina® miliknya yang inovatif. Sistem ini membawa liputan berkepadatan tinggi sensor teragih melebihi tahap yang boleh dicapai oleh sensor titik dengan mentakrifkan semula kemungkinan penggunaan sistem tersebut dalam sektor tenaga, infrastruktur, perlombongan dan alam sekitar. Ini membolehkan hasrat untuk memperhalusi semula proses sedia ada dan membangunkan penggunaan baharu dilaksanakan demi memperbaiki kemampanan, mengurangkan kos dan mempertingkatkan keselamatan pengendalian.

Queen's Award for Enterprise mengiktiraf inovasi dan kejayaan komersial. Pada 2018 hingga 2020, Silixa melaporkan pertumbuhan terkumpul tahunan melebihi 40% dengan hasil jualan sebanyak £22.42 juta pada 2020.

Glynn Williams, Ketua Pegawai Eksekutif Silixa berkata, "Dengan pelancaran Sistem Pengesanan Carina pada 2019, kami menggandakan strategi kepelbagaian kami, menembusi sektor yang kurang diberi perhatian yang memerlukan penyelesaian pemantauan yang tepat. Pertumbuhan luar biasa yang terhasil daripada strategi ini menggambarkan manfaat yang mampu diberikan oleh teknologi ini dalam penggunaan seperti pengambilan karbon dan penyimpanan bawah tanah, sistem geoterma yang dipertingkatkan dan pemantauan integriti empangan, selain telaga minyak dan gas bawah laut".

Sistem Pengesanan Carina, iaitu sensor akustik gentian optik teragih (DAS) menggunakan reka bentuk rangkaian gentian jenis Constellation dengan tahap kepekaan 100 kali lebih baik berbanding gentian biasa. Tahap kepekaan yang lebih tinggi ini mampu menangani cabaran pengukuran kritikal yang muncul secara pantas dan merintis pemantauan berterusan yang mampu dimiliki dalam pasaran Silixa.

Mahmoud Farhadiroushan, Pengasas merangkap Pengarah Eksekutif Silixa menambah, "Ini adalah detik yang mendebarkan bagi syarikat kami dan kami berbesar hati menerima anugerah berprestij yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini, ia menggambarkan semangat berpasukan Silixa yang hebat di seluruh pusat operasi antarabangsa kami. Sistem Pengesanan Carina dibangunkan dengan sokongan para pelabur kami iaitu Chevron Technology Ventures, Lime Rock Partners dan Equinor Ventures dan telah digunakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat minyak yang besar. Kami percaya bahawa keupayaan pemantauan pasif sistem tersebut akan mewujudkan potensi yang besar merangkumi pelbagai sektor peralihan tenaga baharu yang semakin banyak."

Sistem Pengesanan Carina membolehkan pembangunan penyelesaian digital baharu yang sebelum ini mustahil untuk dilakukan serta membantu menyelesaikan beberapa cabaran teknikal dan alam sekitar yang paling sukar di dunia.

Pautan Berkaitan:
Tentang Silixa 
Imej 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1499363/Silixa_Logo.jpg?p=medium600

Source: Silixa
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Mining Mining/Metals Oil/Energy Utilities Awards