omniture

Presiden Xi berkata CPC hormati komitmennya, tidak meninggalkan sesiapa pun dalam pembasmian kemiskinan

CCTV+
2021-04-30 18:58 226

BEIJING, 30 April 2021 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CCTV+:

Presiden Cina Xi Jinping berkata pada hari Selasa bahawa rakyat Cina, Parti Komunis China (CPC) dan kepimpinan CPC telah menghormati dan akan terus menghormati komitmen mereka, tidak meninggalkan sesiapa atau penduduk minoriti di belakang dalam perjuangan membasmi kemiskinan dan ia akan tetap setia pada komitmennya ketika China memulakan perjalanan baharunya ke arah pemodenan sosialis.

Xi, yang juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC, memulakan lawatan pemeriksaan di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China mulai hari Ahad dan melawat Muzium Antropologi Guangxi di bandar Nanning pada pagi Selasa.

"Guangxi telah melakar kemajuan yang luar biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan lebih daripada 6.3 juta orang dibebaskan daripada belenggu kemiskinan. Saya pernah berkata begini: 'Tiada sesiapa pun yang patut ditinggalkan dalam laluan perjuangan negara ini membasmi kemiskinan'. Apa yang dikatakan oleh rakyat Cina, Parti Komunis China (CPC) dan kepimpinan CPC penting. 'Tiada seiapa pun mahupun kumpulan etnik minoriti yang akan ditinggalkan sepanjang perjuangan negara ini membasmi kemiskinan. Kini, orang ramai daripada kesemua 56 kumpulan etnik di China telah menghapuskan kemiskinan. Ini merupakan komitmen penuh kami. Kami tidak boleh berhenti. Seterusnya, kami akan memulakan perjalanan baharu untuk mencapai matlamat seratus tahun kedua. Ayuh kita bekerja keras dan mari mulakan perjalanan baharu," kata Presiden Xi kepada khalayak di luar muzium.

"Dua matlamat seratus tahun" tersebut adalah: untuk menyiapkan pembangunan sebuah negara dengan kemakmuran awal dalam segenap aspek apabila CPC menyambut ulang tahun keseratusnya pada tahun 2021 dan mengubah China menjadi sebuah negara sosialis moden yang sejahtera, kuat, demokratik, maju dari segi budayanya dan harmoni apabila Republik Rakyat China menyambut ulang tahun keseratusnya pada tahun 2049.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=fjyWaaWaJmo

Source: CCTV+
Keywords: Publishing/Information Service Broadcast feed announcements