omniture

XP-PEN Dijenamakan Semula dan Lancar Siri Baharu, Deco Fun

XP-PEN
2021-04-30 21:02 152

SHENZHEN, China, 30 April 2021 /PRNewswire/ -- XP-PEN, penyedia tablet pen dan paparan pen yang terkenal, mengusahakan penjenamaan semulanya bersama Siegel+Gale, perunding strategi jenama, reka bentuk dan pengalaman yang terkemuka pada bulan April 2021. Siegel+Gale merupakan sebahagian daripada Omnicom Group senaraian NYSE, kumpulan komunikasi bersepadu yang terbesar di dunia. Ia menggaji lebih daripada 75,000 orang di seluruh dunia dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5,000 jenama di lebih daripada 100 negara dan wilayah, manakala agensi-agensinya telah lama diiktiraf sebagai beberapa agensi pengiklanan dan penjenamaan yang paling kreatif di dunia. Dengan pengalaman selama lebih daripada 50 tahun, Siegel+Gale, sebagai perunding jenama terkemuka di bawah Omnicom, telahpun membantu banyak jenama yang tersohor di dunia dalam industri barangan elektronik pengguna, internet dan teknologi. Pelanggan-pelanggan mereka terdiri daripada Google, Adobe, Microsoft, AMD, HP, SAP dan banyak lagi. Kerjasama untuk penjenamaan semula jenama XP-PEN antara XP-PEN dan Siegel+Gale bertujuan untuk membangunkan jenama aspirasi dalam industri tablet pen dan paparan pen global.

Kerjasama XP-PEN dan Siegel+Gale bertujuan untuk membina masa depan jenama bersama-sama (PRNewsfoto/)
Kerjasama XP-PEN dan Siegel+Gale bertujuan untuk membina masa depan jenama bersama-sama (PRNewsfoto/)

Deco Fun yang baru dilancarkan disesuaikan untuk pengguna dalam pelbagai senario: pembelajaran dalam talian, mesyuarat jarak jauh, bermain permainan dan melukis.

Dengan menggunakan tablet pen Deco Fun untuk pembelajaran jarak jauh membolehkan pelajar mahupun guru berkongsi pandangan dan idea pada masa sebenar. Dengan pilihan berus, warna serta corak yang tidak terhingga, ia membolehkan pengguna menghasilkan dan berkongsi tutorial dan pembentangan dengan mudah. Dalam mesyuarat jarak jauh, Deco Fun membolehkan pengguna menyatakan perkara penting dengan lebih berkesan dengan menulis atau membuat lakaran mengenai kandungan yang dikongsikan dengan graf serta ulasan. Pengguna juga dapat menggunakan Deco Fun untuk menandatangani dokumen secara digital dengan pantas. Menggunakan Deco Fun untuk bermain OSU! dapat mengikut rentak dengan lebih baik dan tersenarai di kedudukan terbaik. Respons yang cepat dapat membantu pengguna mendahului tahap pemain dengan tetikus.

 

Deco Fun serasi dengan Android, Chrome OS, Linux, Windows dan Mac OS serta menyokong Microsoft Office, Zoom, Skype, Adobe, Photoshop, SAI dan banyak lagi. Ia boleh didapati dalam tiga saiz dan empat warna bagi memenuhi pilihan keutamaan dan keperluan peribadi pengguna.

Siri Deco Fun akan disediakan di Amazon.com dan melalui rakan kongsi disahkan XP-PEN yang lain pada bulan April.

Artist Pro 16 TP, XP-PEN bekerjasama dengan Artis terkenal SHAN JIANG yang pernah bekerjasama dengan jenama-jenama bertaraf dunia yang ternama. Paparan pen ini menampilkan kombinasi yang sempurna antara kawalan berbilang sentuhan dan skrin resolusi tinggi 4K bagi membawa pengalaman semula jadi dengan berbilang teknologi yang canggih dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

XP-PEN, melalui kolaborasinya dengan Siegel+Gale, perunding jenama global yang terkemuka akan menyampaikan imej baharu kepada penggunanya melalui siri produk dan perkhidmatan, merangkumkan kepercayaan jenamanya iaitu 'Dream ·Brave ·True' ('Impian ·Berani ·Benar), bagi menjadi jenama aspirasi dalam industri tablet pen dan paparan pen.

Latar Belakang XP-PEN:

XP-PEN ialah jenama yang terkenal di peringkat antarabangsa dan mengkhusus dalam pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan penjualan tablet pen, paparan pen dan pen stilus. Pasukan kami komited terhadap inovasi tanpa berkesudahan dengan matlamat untuk membawakan setiap artis menuju era digital dengan alat dan teknologi untuk disesuaikan dengan keperluan individu mereka.

Jangan keberatan untuk menghubungi kami melalui co-marketing@xp-pen.com

Source: XP-PEN
Keywords: Computer/Electronics Computer Accessories New products/services