omniture

Perbelanjaan komunikasi bersepadu dan kolaborasi teknologi akan gagal tanpa digunapakai oleh pekerja

Dimension Data
2013-04-09 03:00 182

-- Kajian Dimension Data menunjukkan keperluan untuk membuat kaji selidik dan pemprofilan pekerja bagi memastikan pulangan pelaburan.

JOHANNESBURG, 8 April 2013 /PRNewswire/ -- Pihak pengurusan IT di syarikat-syarikat besar dijangka akan membelanjakan US$ 53 juta dalam tempoh dua tahun akan datang hasil daripada penggunaan komunikasi dan kolaborasi bersepadu (UCC).  

Namun begitu, perbelanjaan ini berisiko tinggi sekiranya ia tidak diterima baik oleh pengguna,mengikut kajian yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan dan penyelesaian ICT global Dimension Data.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120402/NE80686LOGO )

Awal tahun ini, Dimension Data telah mengarahkan syarikat penyelidikan Ovum untuk mengendalikan tinjauan UCC global merangkumi rantau Amerika, Australia, Asia, Eropah dan Afrika Selatan. Lebih daripada 1320 pihak pengurusan ICT dan 1390 pekerja dalam spektrum menegak industri di 18 buah negara telah ditemuramah.

Menurut Kajian UCC Global Dimension Data 2013 lebih 78% daripada pembuat keputusan IT yang ditemuramah berkata mereka mempunyai pelan strategik dan bajet semasa untuk melaksanakan "komponen pilihan" UCC. Tambahan pula, 43% mempunyai bajet bagi 'kebanyakan komponen' UCC, manakala 42% pembuat keputusan membayangkan bahawa mereka mempunyai bajet bagi meneruskan pelaburan dalam "semua atau kebanyakan aspek" UCC.

"Ini merupakan satu peralihan menarik," kata Craig Levieux, Pengurus Besar Kumpulan bagi Komunikasi Tertumpu Dimension Data, "terutama dalam keadaan ekonomi serta keadaan operasi yang terhad kini akan menghentikan pelaburan komunikasi perniagaan. Kebiasaannya, UCC tidak termasuk dalam perancangan strategik ICT. Malahan, sehingga baru-baru ini, UCC disamakan dengan PBX (pertukaran cawangan peribadi) korporat, dan idea untuk memformulasi dan melaksanakan strategi UCC – hatta dalam organisasi yang besar – adalah sesuatu yang asing."

"Di kalangan pembuat keputusan IT yang telah membuat pelaburan besar UCC dalam dua tahun kebelakangan ini, 61% daripada mereka mencatatkan penjimatan kos, penerimaan pekerja dan peningkatan produktiviti pekerja yang ketara. Dapatan ini memberikan satu peringatan kepada organisasi yang tidak mengiktiraf komunikasi bersepadu sebagai senjata strategik produktiviti dan penjimatan kos."

Sementara itu, aspirasi UCC organisasi tidak sepadan dengan aspirasi pekerja mereka. "Kajian kami menunjukkan bahawa organisasi-organisasi ini gagal melaksanakan pemprofilan dan penilaian keperluan pekerja mereka," terang Levieux. "Kurangnya kesedaran terhadap keperluan pekerja ini boleh menghalang kejayaan pelaburan UCC yang menjadi agenda lembaga pengarah hari ini – terutamanya apabila pembuat keputusan menyatakan bahawa pelaburan UCC dibuat berasaskan peningkatan proses perniagaan dan produktiviti.

"Apabila kami menganalisa pendekatan strategik yang dibawa oleh perniagaan dalam UCC, trend BYOD (Bawa Peranti Sendiri), tumpuan kepada UC mudah alih dan kolaborasi sosial, serta matlamat aspirasi untuk meningkatkan ketangkasan perniagaan, kami terkejut kerana hanya 38% daripada perniagaan besar melaporkan bahawa mereka memprofil pengguna mereka. Di kalangan mereka yang tidak memprofil pengguna, 20% tidak pernah terfikir untuk melakukannya. Lebih mencemaskan lagi, 21% percaya bahawa semua pekerja mereka mempunyai keperluan yang sama, manakala 13% lagi tidak nampak nilai yang ada pada pemprofilan."

"Maklumbalas pekerja adalah kritikal bagi organisasi yang mahu merancang atau memperbaharui UCC. Dalam dunia di mana pekerja membawa peranti mereka sendiri ke tempat kerja, jurang kefahaman di antara pembuat keputusan dan pekerja akan memudaratkan organisasi. Penerimaan pengguna merupakan metrik pengukur kejayaan yang kritikal bagi pelaburan UCC, terutamanya apabila banyak aplikasi UCC diberikan kepada pekerja yang mengharapkan aplikasi dan sokongan peranti pelbagai yang memenuhi keperluan mereka. Jika tidak, penerimaan mereka terhadap UCC tidak akan menepati kehendak aspirasi, sama seperti keadaan aplikasi standard UCC yang ada sekarang ini," terang Levieux.

Untuk maklumat lanjut
Hilary King, Pengurus Perhubungan Awam Global
Dimension Data Holdings plc
Tel : +27-11-575-6728
Mudah alih: +27-82-414-9623
Email: Hilary.king@dimensiondata.com

Source: Dimension Data
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research