omniture

Empire State Building akan Menyambut Ulang Tahunnya yang ke-90

Empire State Realty Trust, Inc.
2021-05-03 12:24 2707

Lawatan Bersejarah yang Baharu, Hadiah Percuma dan Sambutan Ulang Tahun Sepanjang Tahun yang Lain Dirancang

NEW YORK, 3 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Bangunan Terkemuka di Dunia, Empire State Building (ESB) akan menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada 1 Mei 2021.

Empire State Building 90th Anniversary
Empire State Building 90th Anniversary

"Empire State Building, sebuah ikon antarabangsa dan lambang sebuah impian merupakan pemecah rekod dan pencetus trend selama 90 tahun yang lalu," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "Hari ini, ia telah dimodenkan sepenuhnya mengikut reka bentuk abad ke-21, menerajui dunia dalam reka bentuk naik taraf kecekapan tenaga dalam persekitaran terbina, kualiti alam sekitar dalaman dan amalan kesihatan di bangunan."

"Sejak kali pertama kami beroperasi 90 tahun yang lalu, Balai Cerap Empire State Building telah dikunjungi oleh para pelancong dari seluruh dunia," kata Jean-Yves Ghazi, Presiden Balai Cerap. "Kami mengalu-alukan kedatangan semua, daripada Ratu England hinggalah kepada Ratu Krismas (Mariah Carey) melalui pintu-pintu kami dan pengunjung utama kami ialah tetamu Balai Cerap dari seluruh dunia yang kini mengunjungi balai cerap baharu kami, sebuah penciptaan semula pengalaman keseluruhan yang bernilai $165 juta. Memandangkan New York akan dibuka semula pada 1 Julai, kami menantikan kunjungan para peminat kami yang datang dari jauh dan dekat, yang mampu mengembara dengan selamat untuk meraikan ulang tahun penting ini."

Tawaran Baharu untuk Pengunjung

Bagi menandakan ulang tahun yang ke-90, Empire State Building akan melancarkan pelbagai tawaran baharu dengan banyak lagi pengumuman yang akan dibuat di sepanjang festival yang berlangsung selama setahun ini.

  • Pencahayaan Hari Ulang Tahun: Lampu menara ESB yang terkenal di dunia akan bersinar dengan cahaya berwarna putih disertai angka "90" istimewa yang menerangi tiang di sepanjang malam.
  • Jelajah Sejarah yang Baharu: 90 in 90 Tour yang baharu ini akan membawa para tetamu menelusuri perjalanan selama 90 tahun dalam masa 90 minit apabila mereka menerokai sejarah bangunan yang kaya ini. Para tetamu akan dilayan sebagai VIP dengan Duta ESB mereka di sisi dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat serta menuju ke 'di sebalik tabir' Empire State Building.
  • Koleksi Item Ulang Tahun ke 90: Kedai cenderamata Empire State Building akan menawarkan item edisi terhad Ulang Tahun ke-90 yang hanya tersedia di lokasi.
  • Hadiah Percuma Ulang Tahun: Dengan pembelian tiket Sunrise, Premium atau All Access ke Balai Cerap, para tetamu akan dihadiahkan dengan beg jinjing sempena ulang tahun ke-90 secara percuma.
  • Paparan Tingkap David Yurman: Bagi memperingati ulang tahun ke-90 ESB, jenama barang kemas mewah yang terkenal di Amerika, David Yurman akan melancarkan "Empire Collection", koleksi barang kemas wanita dan aksesori lelaki yang baharu – diilhamkan daripada seni bina Art Deco – dengan paparan tingkap di lobi Fifth Avenue yang terkenal di bangunan ini. Koleksi Empire ini akan tersedia secara eksklusif di outlet David Yurman serta di DavidYurman.com.
  • Pemandangan Luas dengan Starbucks Coffee: Sepanjang bulan Mei, para tetamu yang menunjukkan tiket Balai Cerap mereka kepada 34th Street Starbucks yang terletak di dalam ESB, sebelum atau selepas lawatan akan menerima kopi panas atau ais gelas tinggi dengan harga $0.90 dan sebiji cawan guna semula Starbucks selagi stok masih ada.

Pengalaman Tetamu yang Diolah Semula

Sejak pembinaannya, Empire State Building gah dengan statusnya sebagai Bangunan Terkemuka di Dunia – yang menjadi simbol antarabangsa dalam teknologi, imaginasi dan impian. Pengubahsuaian baru-baru ini dan pengalaman pengunjung yang diolah semula menjadi contoh kepada bangunan dan tarikan lain di seluruh dunia.

  • Olahan Semula Pengalaman Balai Cerap : Projek lima tahun bernilai $165 juta yang memperbaharui perjalanan pengunjung ke Balai Cerap di Tingkat 86 ini telah disiapkan pada tahun 2019 dan memperkenalkan pintu masuk khusus untuk tetamu di 34th Street, sebuah muzium berkeluasan 10,000 kaki persegi dan pameran tambahan di Tingkat 80 yang direka semula. Sebuah Balai Cerap baharu di Tingkat 102 dengan tingkap daripada lantai ke siling melengkapkan pengubahsuaian ini. ESB juga meningkatkan kualiti udara dalaman di seluruh bangunan khususnya di seluruh Observatory Experience dengan penapis MERV 13 yang terkemuka dalam industri dan ionisasi bi-polar AtmosAir. Bangunan yang terletak dalam portfolio hartanah Empire State Realty yang lebih luas ini merupakan yang pertama di Amerika mencapai WELL Health-Safety Rating berdasarkan bukti dan disahkan pihak ketiga untuk kesihatan dan keselamatan keseluruhan.
  • Reka bentuk Naik Taraf yang Lestari : Sejak 10 tahun yang lalu, Empire State Building telah menjalani reka bentuk naik taraf tenaga dan kecekapan yang menakjubkan sebagai sebahagian daripada program Pembinaan Semula Empire State bernilai $550 juta yang telah mengubahnya menjadi salah sebuah mercu tanda bersejarah yang paling cekap pada masa ini. Bangunan ini menduduki senarai 20 peratus aset komersial Kelas A terbaik di negara ini dan telah diiktiraf oleh lebih sepuluh organisasi bebas kerana kepimpinannya yang lestari. Hasil daripada usaha ini, ESRT memperoleh pengiktirafan 5 Star Rating dan Green Star GRESB tertinggi untuk prestasi kelestarian hartanah serta dinobatkan sebagai Fitwel Champion untuk bangunan yang bercirikan kesihatan dan berprestasi tinggi. ESB menantikan masa depan yang lebih lestari dengan sasaran untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2030 seperti yang diumumkan baru-baru ini.
  • Lampu Menara yang Diperbaharui : Pada tahun 2012, Empire State Building menaik taraf lampu menaranya yang terkenal di dunia untuk memaparkan lebih 16 juta warna yang ada pada masa ini. Pencahayaan baharu ini dilancarkan bersama-sama dengan pertunjukan muzik ke cahaya Girl on Fire dan Empire State of Mind oleh Alicia Keys yang pertama kali di adakan di bangunan ini. Baru-baru ini, ia membawakan kembali pertunjukan klasik tahun 2020 untuk menceriakan seluruh warga New York ketika berlakunya pandemik.
  • Pemulihan Art Deco Klasik : Pada tahun 2009, mural siling berbentuk cakerawala di lobi Fifth Avenue Empire State Building telah dipulihkan sepenuhnya. Projek tersebut menggunakan daun aluminium dan emas 23 karat, bahan yang sama seperti yang digunakan pada tahun 1931 dengan penggunaan lebih 20,000 jam tenaga manusia. Pada tahun lalu, bebayang bentuk Empire State Building turut dipulihkan kepada reka bentuknya yang asal yang mempengaruhi pelbagai gaya seni bina. Dengan pengalihan keluar pelbagai antena dan tambahan lapisan cat perak kalis air, ESB bersinar seperti baharu.

"Sepanjang 90 tahun yang lalu, Empire State Building telah menjadi mercu tanda yang tiada tandingan di latar langit Bandar Raya New York dengan cahaya menaranya yang ikonik bersinar sebagai simbol harapan, kekuatan dan ketabahan," kata Encik Malkin. "Kami akan terus berinovasi dan memajukan teknologi, kelestarian dan pelancongan untuk memastikan Empire State Building kekal sebagai Bangunan Kegemaran Amerika juga untuk tempoh 90 tahun yang akan datang."

Imej dan sedutan rakaman untuk arkib bahan visual Empire State Building, Pengalaman Balai Cerap dan pencahayaan istimewa boleh didapati di sini. Terdapat banyak lagi berita dan pengumuman yang akan menyusul, pastikan anda mengikuti Empire State Building di LinkedIn, Instagram, Twitter dan Facebook untuk mengikuti perkembangan terkini. Untuk maklumat lanjut dan membeli tiket, sila layari https://www.esbnyc.com/90.

Tentang Empire State Building
Empire State Building, "Bangunan Terkemuka di Dunia" dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE), menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Pusat Bandar Manhattan daripada dasar hingga ke antenanya. Pengubahsuaian Observatory Experience Empire State Building bernilai $165 juta mencipta pengalaman serba baharu dengan pintu masuk tetamu yang khusus, sebuah muzium interaktif yang mempunyai sembilan galeri dan Balai Cerap di Tingkat 102 yang direka semula dengan tingkap daripada lantai ke siling. Perjalanan ke Balai Cerap di Tingkat 86 yang terkenal di dunia sebagai satu-satunya balai cerap 360 darjah yang terbuka dengan pemandangan New York serta kawasan sekitarnya ini memukau pengunjung dengan keseluruhan pengalaman Bandar Raya New York dan merangkumi segala-galanya daripada sejarah bangunan yang ikonik hinggalah kepada kedudukannya dalam budaya pop masa kini.  Ketahui lebih lanjut di www.esbnyc.com.  Tahun 2021 merupakan tahun sambutan ulang tahun ke-90 bangunan ini yang dibuka secara rasmi pada 1 Mei 1931. Diisytiharkan sebagai "Bangunan Kegemaran Amerika" oleh American Institute of Architects, destinasi pelancongan paling popular di dunia oleh Uber dan tarikan #1 Bandar Raya New York oleh Lonely Planet, ia mengalu-alukan kedatangan lebih 4 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun.

Sejak tahun 2011, bangunan ini telah dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui dan premis bertingkat ini menempatkan pelbagai penyewa pejabat seperti LinkedIn, Shutterstock dan Global Brands Group serta pilihan kedai seperti STATE Grill and Bar, Tacombi dan Starbucks. Untuk maklumat lanjut dan tiket Observatory Experience, sila layari esbnyc.com atau ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Weibo, YouTube atau TikTok bangunan ini.

Tentang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) memiliki, mengurus, mengendali, memperoleh dan menempatkan semula hartanah pejabat dan peruncitan di Manhattan dan kawasan metropolitan New York, termasuk Empire State Building, "Bangunan Terkemuka di Dunia." Setakat 31 Disember 2020, portfolio pejabat dan peruncitan syarikat merangkumi 10.1 juta kaki persegi ruang sewaan yang terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi ruang sewaan di 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi ruang sewaan dalam portfolio peruncitan. 

Empire State Realty Trust ialah peneraju kecekapan tenaga dalam alam sekitar dan kelestarian ruang terbina, dengan 76 peratus portfolio berkelayakan ENERGY STAR yang diperakui dan 100 peratus dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh diperbaharui. Sebagai portfolio hartanah komersial pertama di Amerika yang memperoleh WELL Health-Safety Rating untuk kesihatan dan keselamatan, berdasarkan bukti dan disahkan pihak ketiga, ESRT juga memperoleh pengiktirafan 5 Star Rating dan Green Star GRESB tertinggi untuk prestasi kelestarian dalam hartanah dan dinamakan sebagai Fitwel Champion untuk bangunan-bangunan berprestasi tinggi dan bercirikan kesihatan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Empire State Realty Trust, sila layariempirestaterealtytrust.com dan ikuti ESRT di Facebook,Instagram,Twitter dan LinkedIn.  

Sumber: Empire State Realty Trust, Inc.
Kategori: Empire State Building

Empire State Building 90th Anniversary
Empire State Building 90th Anniversary

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1500293/empire_state_realty_trust_inc_90th_anniversary.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1500294/empire_state_building_90th_anniversary.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/479871/Empire_State_Realty_Trust_Inc_Logo.jpg?p=medium600

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Real Estate Future Events