omniture

Peneraju Pesanan Mudah Alih Acision Mengambil Pengurus Besar Serantau Eropah untuk Ketuai Operasi di Amerika Utara dan Mantan Eksekutif Mavenir untuk Ketuai Eropah & Rusia

Acision
2013-04-10 10:13 168

READING, England, 10 April 2013 /PRNewswire/ -- Sebagai langkah menghadapi peluang yang muncul dalam industri mudah alih, Acision, pemimpin dunia dalam pesanan mudah alih, hari ini mengumumkan ia telah memantapkan pasukan pengurusannya dengan dua lantikan Ketua Serantau. Mantan Eksekutif Mavenir, Glen Murray, telah menyertai Acision sebagai Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar serantau bagi Eropah dan Rusia, dengan Russell Grahame, mantan Ketua Eropah dan Rusia Acision mengambil peranan Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar operasi Acision di Amerika Utara.

"Dengan pelantikan eksekutif ini, kami mengambil langkah yang bertujuan untuk mempercepatkan peluang yang baru dan mengujakan di dua rantau utama bagi Acision dan industri mudah alih," kata Jorgen Nilsson, Ketua Eksekutif di Acision. "Rantau Amerika Utara, Eropah dan Rusia merupakan kawasan di mana terdapatnya beberapa pengendali utama dunia – yang memacu pembangunan dan penghasilan komunikasi dan perkhidmatan yang kaya IP, dan pelancaran inisiatif penggunaan mudah alih yang baru."

Acision dilihat berupaya memainkan peranan sebagai pemimpin industri ketika pesanan mudah alih berkembang dalam tahun-tahun mendatang, dipandu oleh percambahan perkhidmatan pesanan IP, over-the-top (OTT) dan rangkaian sosial yang menembusi industri. Para penyelidik meramalkan pendapatan daripada pesanan mudah alih global akan meningkat kepada $195.9 bilion menjelang 2016, dengan trafik pesanan daripada perkhidmatan baru ini berkemungkinan meningkat sekali ganda dalam tiga tahun akan datang. Acision menawarkan portfolio produk dan perkhidmatan yang mantap untuk membantu pengendali menyesuaikan diri dengan pasaran pesanan yang berubah dan melancarkan perkhidmatan baru yang mengubah industri.

Grahame akan bekerja dengan pasukan serantau untuk membangunkan dan membina organisasi yang menyokong produk tradisional Acision sambil mewujudkan permintaan bagi perkhidmatan mudah alih yang baru dan inovatif. Grahame membawa pengalamannya yang luas merentasi beberapa rantau seluruh dunia kepada peranan barunya di Amerika Utara. Selain mengetuai rantau E&R bagi syarikat sejak 2010, Grahame telah memegang peranan pemasaran kanan dalam syarikat teknologi peneraju yang lain, termasuk IBM, BT, dan HP, selain Motorola, di mana beliau membangunkan organisasi pemasaran global berpusat di Amerika Utara.

Berpangkalan di Ibupejabat Acision di Reading, Murray menyertai Acision daripada HMCA Partners, sebuah syarikat perundingan yang ditubuhkannya bagi menyokong penubuhan syarikat teknologi baru di Eropah, Timur Tengah dan Asia. Sebelum ini, Murray merupakan Naib Presiden Serantau Mavenir bagi EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Asia), di mana beliau berusaha untuk memfokus semula organisasi pemasaran selepas pengambilaliham Airwide. Ketika di Mavenir, Murray telah menandatangani kontrak besar dengan beberapa kumpulan pengendali besar di Eropah.Sebelum berkhidmat di Mavenir, beliau telah memegang peranan pemasaran global kanan di Neustar NGM, Anam, Openwave dan Netscape.

"Kami sedang memasuki tempoh yang mengujakan bagi Acision dan industri ini keseluruhannya," kata Grahame. "rangkaian LTE dengan khidmat pesanan yang lebih kaya, seperti RCS, dan model penggunaan mudah alih yang baru semakin mendapat tempat di Amerika Utara, dan merupakan antara inisiatif strategik tumpuan kami. Saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan di sini bukan sahaja untuk memperkukuhkan hubungan kami dengan pelanggan tetapi memastikan mereka terhubung kepada Pusat Inovasi IP kami di Richmond, sambil meneruskan peranan kami sebagai pemimpin dalam ekosistem mudah alih dengan memberikan khidmat pengguna dan model penggunaan baru ke pasaran."

"Matlamat saya dalam mengetuai pasukan ini di E&R adalah untuk menghasilkan lebih banyak pertumbuhan dan perkembangan di rantau ini, dengan mengembangkan kejayaan Acision dan kedudukan sebagai peneraju pasaran," kata Murray. "Saya benar-benar terdorong oleh peluang yang kami miliki untuk memajukan kedudukan kami dalam pesanan IP yang lebih kaya,untuk memacu strategi Awan kami dan meningkatkan kedudukan relevan Acision dengan para pengendali dan jenama dalam melaksanakan perkhidmatan pesanan mudah alih baru."

Acision baru-baru ini membuat beberapa pengumuman yang menyokong perkembangan ini dan perkembangan lain dalam pesanan mudah alih, termasuk pelancaran kajian baru mengenai sikap penggunaan pesanan ringkas pengguna; pelancaran khidmat global yang menyokong keseluruhan kitar hayat pesanan; dan ketersediaan perkhidmatan Rich Communication Suite (RCS) sebagai penyelesaian berhos daripada persekitaran Awan Acision. Acision turut memperkukuhkan perkongsian dengan rakan kongsi pemasaran mudah alihnya Soli International.

NOTA KEPADA EDITOR

Mengenai Acision

Sebagai peneraju global dalam pesanan ringkas, Acision menghubungkan dunia dengan memberikan perkhidmatan pesanan yang lancar  dan relevan, yang memperkayakan pengalaman komunikasi mudah alih dan membina peluang baru untuk pembawa dan perniagaan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut lawati Acision di http://www.acision.com 

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services