omniture

Pengakhiran kepada Perisian Tebusan: RevBits Endpoint Security Diperakui oleh ICSA Labs

RevBits LLC
2021-05-03 21:00 3

Diuji terhadap ancaman yang terlepas daripada produk keselamatan tradisional, tiada perisian tebusan yang mampu melumpuhkan komputer yang dilindungi oleh RevBits Endpoint Security 

MINEOLA, New York, 3 Mei 2021 /PRNewswire/ -- RevBits mengumumkan bahawa ia telah lulus ujian pensijilan oleh ICSA Labs (Bahagian Bebas Verizon) untuk RevBits Endpoint Security (RevBits EPS). Ujian telah dilakukan di bawah protokol "Pengesanan Ancaman Lanjutan" yang memberi tumpuan dalam menilai produk keselamatan titik akhir untuk perlindungan terhadap ancaman baharu dan kurang diketahui pada semua jenis perisian hasad. Lebih lapan ratus ujian yang mengandungi sampel hasad dan aplikasi tidak berbahaya dilaksanakan dalam tempoh dua puluh satu hari berturut-turut. Dengan kadar pengesanan keseluruhan hampir seratus peratus dan positif palsu sifar, RevBits EPS secara jelas telah mengatasi kadar pengesanan sebanyak tujuh puluh lima peratus yang diperlukan untuk pensijilan.

Tested against threats missed by traditional security products, not a single ransomware was able to cripple computers secured by RevBits Endpoint Security
Tested against threats missed by traditional security products, not a single ransomware was able to cripple computers secured by RevBits Endpoint Security

"Berasaskan seni bina yang unik dan teknologi yang dipatenkan, RevBits Endpoint Security telah dibangunkan untuk memberi perlindungan yang terbaik," kata Mucteba Celik, Ketua Pegawai Teknologi. "Ia adalah menggembirakan untuk melihat ujian bebas itu kini telah mengesahkan bahawa kami telah mencapai matlamat ini. Kebanyakan penyelesaian titik akhir boleh mengesan ancaman yang dilaporkan sebelum ini. Tetapi perlindungan terhadap ancaman baharu dan tidak diketahui adalah penting untuk mengenal pasti dan menghentikan kod perisian tebusan yang berbahaya. Saya amat berbangga melihat laporan ujian ICSA yang menunjukkan bahawa RevBits EPS menyediakan perlindungan seratus peratus terhadap ancaman yang wujud kurang daripada satu jam."

"Lulus ujian pensijilan ini dengan cemerlang membuktikan bahawa pelanggan kami boleh menggunakan penyelesaian kami dengan yakin dan percaya bahawa mereka dilindungi sepenuhnya daripada perisian tebusan dan jenis kod hasad yang lain," kata David Schiffer, Ketua Pegawai Eksekutif. "Adalah amat mengecewakan apabila membaca tentang syarikat, agensi kerajaan dan bahkan pihak pentadbiran sekolah yang terus dijadikan tebusan oleh perisian tebusan kerana ia boleh dielakkan dengan mudah melalui penyelesaian kami."

Untuk mendapatkan laporan terperinci pensijilan ini dan maklumat lanjut tentang RevBits Endpoint Security, sila layari www.revbits.com

Hubungi: Neal Hesterberg, neal.hesterberg@revbits.com

Tentang RevBits
Ditubuhkan pada tahun 2018, RevBits ialah syarikat keselamatan siber inovatif yang berdedikasi untuk memberikan perlindungan unggul kepada pelanggannya berdasarkan pengetahuan pakar. RevBits beribu pejabat di Mineola, New York serta mempunyai pejabat di Princeton, New Jersey, Boston, Massachusetts, London, England dan Antwerp, Belgium. Untuk maklumat lanjut tentang RevBits, sila layari www.revbits.com/aboutrevbits.


Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1499352/icsa_atd_rgb__002.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1222447/revbits_logo__002.jpg?p=medium600

Source: RevBits LLC
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Hispanic-oriented news