omniture

Hari Jaz Antarabangsa 2021 Diakhiri dengan Konsert Bintang Terkenal Global (All-Star Global Concert) yang Menakjubkan dengan Menampilkan Persembahan dari Bandar-bandar di Seluruh Dunia

Herbie Hancock Institute of Jazz
2021-05-03 21:30

Konsert ini dihoskan oleh Michael Douglas di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Menandakan Sambutan Ulang Tahun ke-10 yang Luar Biasa dan Merangkumi Lebih 190 Buah Negara

WASHINGTON, 3 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Dengan penyertaan lebih 190 buah negara, sambutan Ulang Tahun ke-10 Hari Jaz Antarabangsa diakhiri dengan Konsert Bintang Terkenal Global yang menarik dan menjangkau jutaan peminat di seluruh dunia. Dihoskan oleh Michael Douglas serta dipimpin oleh Pengarah Seni, Herbie Hancock dan Pengarah Muzik, John Beasley, konsert ini menyatukan para artis terkenal daripada lebih 20 buah negara dan direalisasikan oleh Rakan Kongsi Utama, Toyota bersama-sama dengan United Airlines sebagai Rakan Penerbangan.

"Legendary jazz pianist Herbie Hancock and acclaimed vocalist Andra Day perform as part of the International Jazz Day 2021 All-Star Global Concert."  (Steve Mundinger for Herbie Hancock Institute of Jazz)
"Legendary jazz pianist Herbie Hancock and acclaimed vocalist Andra Day perform as part of the International Jazz Day 2021 All-Star Global Concert." (Steve Mundinger for Herbie Hancock Institute of Jazz)

Konsert Global 2021 ini menampilkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan yang menggambarkan kuasa penyatuan jaz. Dari New York, vokalis, Veronica Swift dan peniup trompet, Ingrid Jensen memulakan program dengan "Sing," suatu penghormatan yang meningkatkan perubahan positif yang dibawa oleh muzik ke seluruh dunia. Persembahan menakjubkan yang lain merangkumi pemain piano dan komposer, Jacob Collier di London, penyanyi Benin, Angélique Kidjo di Paris, pemain piano Jepun, Junko Onishi di Tokyo, Ivan Lins di Rio De Janeiro dan vokalis/peniup trompet, Mandisi Dyantyis di Cape Town. Penutup untuk persembahan yang luar biasa dari Los Angeles ialah suatu tafsiran sensasi "God Bless The Child" oleh vokalis Andra Day.

Dihoskan oleh pemenang Anugerah Akademi, Michael Douglas dari ibu pejabat PBB di New York, konsert 2021 ini menampilkan jaz sebagai suatu bentuk seni global sebenar. Sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres menyatakan, "Sepuluh tahun yang lalu, kami melancarkan Hari Jaz Antarabangsa yang pertama di Dewan Perhimpunan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui inisiatif UNESCO dan Herbie Hancock Institute of Jazz. Dengan setiap tahun yang berlalu, kali ini merupakan suatu sambutan yang amat menggembirakan – bukan sahaja disebabkan oleh muzik, tetapi juga disebabkan oleh kebebasan, kepelbagaian dan maruah manusia. Ini merupakan nilai-nilai yang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berusaha untuk melindungi dan mempromosikan di seluruh dunia."

UNESCO dan Herbie Hancock Institute of Jazz menyampaikan program pendidikan dan jangkauan secara percuma sepanjang hari tersebut. Dalam salah satu acara yang paling dinanti-nantikan, Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay dan Duta Muhibah UNESCO, Herbie Hancock terlibat dalam dialog bergerak tentang sejarah dan legasi Hari Jaz Antarabangsa.

Diraikan dengan ribuan konsert dan program yang berkaitan dengan jaz di seluruh dunia setiap tahun pada 30 April, Hari Jaz Antarabangsa menyatukan negara-negara dan komuniti di tujuh benua sebagai penghormatan kepada jaz iaitu suatu bentuk seni antarabangsa yang menonjolkan peranan pentingnya dalam mendorong dialog, memerangi diskriminasi dan mempromosikan maruah manusia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1501502/herbie_hancock_and_andra_day.jpg?p=medium600

 

Source: Herbie Hancock Institute of Jazz
Keywords: Entertainment Music Future Events