omniture

GSMA Menuntut Penilaian Semula dan Pengurangan Levi Dana Perkhidmatan Universal

GSMA
2013-04-10 16:30 151

-- Pasa Masa Kini Sebanyak 11 Bilion USD Terbiar dan Tidak Digunakan Dalam Dana Perkhidmatan Universal, Dengan 4.1 Bilion USD Dalam Dana India Sahaja.

NEW DELHI, 10 April 2013 /PRNewswire/ -- Ekoran daripada kajian menyeluruh yang dijalankan, GSMA hari ini menuntut pihak kerajaan dan penguasa untuk menilai semula pendekatan mereka terhadap levi Dana Perkhidmatan Universal (USF).  Dalam satu laporan baru yang dikeluarkan hari ini, GSMA menyimpulkan bahawa kebanyakan dana gagal memenuhi matlamat yang ditetapkan dalam memperluaskan akses perkhidmatan telekomunikasi.  Kajian ini juga menunjukkan bahawa penyelesaian alternatif berasaskan pasaran adalah lebih berkesan.

Laporan ini menganggarkan lebih daripada satu pertiga daripada 64 dana yang ditinjau masih belum mengagihkan sumbangan yang telah dikutip dan lebih daripada 11 bilion USD masih lagi belum diagihkan, sedangkan ia boleh digunakan untuk memperluaskan liputan luar bandar atau mengurangkan kos pemilikan mudah alih.  Di India, Dana Wajib Perkhidmatan Universal (Universal Service Obligation Fund (USOF)) masih mengenakan lebih kurang lima peratus levi kepada pendapatan pengendali, walaupun pada hakikatnya ia memiliki lebih 4 bilion USD dana terkumpul.  Bukan India sahaja yang mengutip jumlah kutipan yang besar daripada industri mudah alih, sebagai contoh, di Cote D'Ivoire dan Paraguay, USF mewakili lebihan 0.6 peratus dalam KDNK negara tersebut.

"Kajian kami menunjukkan bahawa, walaupun pada hakikatnya terdapat jumlah wang terkumpul yang semakin meningkat dalam dana tersebut, pihak kerajaan masih terus mengutip sumbangan ini daripada pengendali mudah alih.  Keadaan ini memerlukan kajian semula dan perhatian segera daripada kerajaan, kerana jumlah dana yang terkumpul kini melebihi jumlah yang diperlukan bagi memastikan akses sejagat," kata Tom Phillips, Ketua Pegawai Penguasa dan Hal Ehwal Kerajaan GSMA.  "Hakikatnya kini ialah dana ini sudah menjadi satu cara pencukaian yang mudah dilaksanakan ke atas industri telekomunikasi dan dalam kebanyakan kes, dana ini sepatutnya diberhentikan dan lebihan kutipan itu digunakan bagi memperluaskan capaian perkhidmatan mudah alih kepada mereka yang kurang berkemampuan atau mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Dapatan penting kajian:

  • Daripada 64 dana yang ditinjau, kurang daripada satu per lapan mencapai sasaran mereka;
  • Dana ini tidak selalunya diperuntukkan dengan cara berkecuali yang berdaya saing dan berteknologi;
  • Tiada bukti Dana Perkhidmatan Universal ini merupakan satu cara yang berkesan mencapai matlamat perkhidmatan sejagat malah ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak produktif, kerana pencukaian pelabur komersil sebegini tidak menggalakkan mereka membuat pelaburan di luar bandar; dan
  • Penyelesaian alternatif, contohnya perkongsian swasta/kerajaan seperti yang ditubuhkan di Finland menunjukkan hasil yang lebih baik dan lebih berkesan.

Di kalangan dana yang ditinjau di seluruh dunia, Colombia menampilkan contoh amalan terbaik dalam pentadbiran USF.  Pihak berkuasa Colombia baru-baru ini telah menyusun semula pendekatan USF bagi mengurangkan beban yang dipikul oleh pengendali.  Ia telah disusun supaya berautonomi dalam pengurusan kewangannya, dan wang untuk melaksanakan projek dianugerahkan dengan telus melalui proses pembidaan awam yang terbuka kepada semua pihak yang berminat.  Kajian ini memperkukuhkan lagi hakikat bahawa penyelesaian berasaskan pasaran telah membuktikan bahawa ia adalah cara paling berkesan dalam merapatkan 'jurang digital'.

Liberalisasi pasaran, pelaburan sektor swasta dan inovasi pengendali mudah alih telah meluaskan perkhidmatan telekomunikasi kepada sebahagian besar penduduk dunia.  Dengan bilangan pelanggan mudah alih kini berada pada kadar 3.2 bilion, hampir separuh daripada penduduk dunia kini menggunakan komunikasi mudah alih[1].  Dijangkakan terdapat pertambahan seramai 700 juta pelanggan menjelang 2017 dan 4 bilion pelanggan akan dicapai pada 2018.

Phillips menyimpulkan, "GSMA menuntut setiap kerajaan untuk melaksanakan moratorium segera mengenai kutipan lebih banyak dana perkhidmatan universal ini dan memikirkan semula peranan mereka di masa hadapan."

Laporan ini boleh didapati di: www.gsma.com/publicpolicy/tax/research-and-resources.

Nota kepada Editor:

[1] Penembusan pelangganan mudah alih berada pada paras 45 peratus di seluruh dunia, manakala penembusan keterhubungan mudah alih berada pada 94 peratus.  Varians antara bilangan pelanggan mudah alih  dan bilangan keterhubungan mudah alih adalah berkaitan dengan pemilikan berbilang SIM serta SIM tidak aktif.  GSMA Wireless Intelligence.

Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia.  Beroperasi dalam lebih daripada 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 buah pengendali mudah alih di seluruh dunia, dengan lebih 230 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan, syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti.  GSMA juga menguruskan acara terkemuka industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Atau Mobile World Live, portal dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Survey, Polls & Research