omniture

Tuan Hsing Yun Menyeru pada Kejujuran dan Integriti di Forum Boao

Secretariat of the Boao Forum
2013-04-10 18:39 159

BEIJING, 10 April 2013 /PRNewswire/ -- Sementara Asia makin menyedari akan kuasa halusnya, nilai kejujuran dan integriti pula dilanda krisis. Tuan Hsing Yun, pengasas Persatuan Antarabangsa Buddha's Light telah dijemput bersama En. Liu Changle, Pengerusi Phoenix TV bagi membincangkan kekuatan kejujuran dan integriti di Forum Boao Asia 2013 (BFA) pada 6 April. Mereka cuba menjawab persoalan seperti mengapakah kita telah mengabaikan sifat-sifat ideal dan idealisme yang dahulunya dipegang kukuh, apakah kesilapan yang dilakukan dan apakah jalan penyelesaiannya.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130408/CN90025 )

Tuan Hsing Yun percaya bahawa kehilangan sifat jujur dan integriti bakal membawa padah pada masyarakat. "Perkataan Cina untuk jujur (cheng) terdiri daripada ;kata-kata' dan ' kejayaan'. Ini menunjukkan bahawa jika kita mahu berjaya, maka kita mesti menepati kata-kata kita. Dalam erti kata lain, kata-kata kita harus dipercayai", katanya. Kebanyakan ahli falsafah Cina, termasuk Confucius, Mencius dan Laozi percaya pada kebaikan bersikap jujur dan penuh integriti, sama seperti kepercayaan penganut agama Buddha. Tuan Hsing Yun berasa semua orang harus cuba menjadi seseorang yang jujur terlebih dahulu sebelum meminta orang lain bersikap sedemikian. Beliau menekankan lagi sikap kejujuran dan integriti menunjukkan nilai seseorang manusia.

Sebuah tinjauan yang dijalankan baru-baru ini mendapati masyarakat kini sukar untuk mempercayai sesama sendiri. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kes-kes ketegangan dan konflik antara pihak polis dan masyarakat, doktor dan pesakit, perusahaan dan pelanggan adalah sesuatu yang sudah tidak asing lagi.

Kemajuan sesebuah negara bukan sekadar bergantung pada pertumbuhan ekonomi. Tarikan budayanya, iaitu kuasa halusnya, kadang-kadang memberi kesan yang lebih besar. Kehilangan sifat kejujuran dan integriti, menurut En. Liu, dibahagikan pada tiga kumpulan: hubungan antara kerajaan dan rakyat, perusahaan dan pelanggan, dan individu dalam sebuah masyarakat. Contohnya, kepercayaan umum terhadap kakitangan kerajaan, para guru atau doktor yang dahulunya dipandang tinggi, kini semakin menurun. Amalan rasuah telah merosakkan kepercayaan masyarakat. Liu turut membincangkan integriti media massa sendiri yang bermasalah dan menekankan betapa seriusnya masalah ini.

Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan, BFA membawa suara Asia ke seluruh dunia dan mendorong ribuan pemimpin dalam kerajaan, perniagaan dan pendidikan di Asia dan benua-benua lain untuk berkongsi visi isu-isu yang sangat penting dalam wilayah dinamik ini dan juga ke seluruh dunia.

SUMBER: Secretariat of the Boao Forum

Source: Secretariat of the Boao Forum
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news