omniture

AIA Philam Life Bekerjasama dengan Platform Data Pelanggan Lemnisk untuk Mempercepat Transformasi Digital

Lemnisk
2021-05-04 09:30 2127

MANILA, Filipina, 4 Mei 2021 /PRNewswire/ -- AIA Philam Life telah bekerjasama dengan Lemnisk untuk melaksanakan Platform Data Pelanggan (Customer Data Platform, CDP) bagi menyampaikan pengalaman pelanggan yang disusun dan disesuaikan secara pintar kepada para pelanggannya. Lemnisk menawarkan suatu penyelesaian automasi pemasaran masa nyata yang didorong oleh A.I sebagai tambahan kepada CDP yang mendasarinya. Semasa penglibatan rintis, Lemnisk akan mencipta nilai untuk memperkukuhkan saluran urus niaga digital AIA Philam Life dan meningkatkan penglibatan pelanggan yang sedia ada pada ciri-ciri digitalnya.

Leo Tan, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Philam Life: "AIA Philam Life berada pada fasa yang menarik kerana pandemik telah mendorong kami untuk mempercepat pembangunan keupayaan digital kami. Perintisan CDP merupakan langkah pertama ke arah pendekatan yang lebih berpusatkan pelanggan dalam menjana urus niaga dan kami teruja untuk mengalu-alukan penyertaan Lemnisk ke dalam program pengurusan urus niaga yang lebih relevan dan kukuh secara kolaboratif yang akan memberi manfaat kepada pelanggan berpotensi."

Subra Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif Lemnisk: "Kami amat teruja kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan AIA Philam Life dalam perjalanannya untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang luar biasa serta memperkukuh objektif perniagaannya. Pandemik ini telah menghasilkan suatu asas strategi data yang kukuh kepada nilai pelanggan jangka panjang dan cara jenama seperti AIA Philam Life bertindak balas, benar-benar telah membuat perbezaan. Kami berharap dapat berinovasi bersama-sama dan meneroka kes penggunaan yang berharga."

Tentang AIA Philam Life 

Philippine American Life and General Insurance Company (AIA Philam Life) merupakan syarikat insurans hayat utama negara. Ditubuhkan pada 21 Jun 1947, AIA Philam Life telah meraih kepercayaan pelanggan kerana kedudukan kewangan dan jenamanya yang kukuh serta keupayaan untuk memenuhi janji-janjinya.

AIA Philam Life memiliki sejumlah aset yang bernilai PHP291.38 bilion pada 31 Disember 2019 serta turut memberikan perkhidmatan kepada lebih 500,000 pemegang polisi individu dan lebih 1,500,000 ahli insurans berkelompok.

AIA Philam Life memahami keperluan pelanggannya dan menyediakan penyelesaian menyeluruh yang merangkumi perlindungan hayat, insurans kesihatan, simpanan, pendidikan, persaraan, pelaburan, insurans hayat kredit dan berkelompok. Ia juga menawarkan produk dan perkhidmatan bankasurans dan pengurusan dana melalui anak-anak syarikatnya—BPI-Philam Life Assurance Company (BPLAC) dan Philam Asset Management Inc. (PAMI).

AIA Philam Life ialah ahli AIA Group Limited, kumpulan insurans hayat Pan Asia terbesar dalam penyenaraian awam.

Tentang Lemnisk 

Penyelesaian personalisasi dan automasi pemasaran masa nyata Platform Data Pelanggan Lemnisk memberikan pengalaman pelanggan yang unggul yang meningkatkan penukaran, pengekalan dan pertumbuhan untuk perusahaan. Keupayaan utama ini merangkumi:

  • Menyelesaikan pengguna secara unik dalam masa nyata pada pelbagai sumber data dan saluran yang berbeza
  • Mencipta pengalaman peribadi 1:1 untuk setiap pengguna di pelbagai saluran pemasaran
  • Menyusun perjalanan pelanggan individu di saluran yang betul pada masa yang tepat menggunakan proprietari enjin AI terbina dalam yang dikenali sebagai Ramanujan

Beribu pejabat di Bangalore, Lemnisk juga mempunyai pejabat di Singapura, Dubai dan Boston. Lemnisk mempunyai pensijilan ISO 27001 dan ISO 27018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.lemnisk.co

 

Source: Lemnisk
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Contracts Data Analytics