omniture

UAE Water Aid melanjutkan tarikh akhir permohonan bagi Anugerah Air Global Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang ke-3 hingga akhir bulan Mei

UAE Water Aid (Suqia UAE)
2021-05-04 10:00 98

DUBAI, UAE, 4 Mei 2021 /PRNewswire/ -- UAE Water Aid Foundation (Suqia) telah melanjutkan tarikh akhir permohonan bagi Anugerah Air Global Mohammed bin Rashid Al Maktoum ke-3 yang menawarkan hadiah berjumlah USD 1 juta, hingga akhir bulan Mei 2021. Tempoh lanjutan ini akan memberi peluang yang lebih baik kepada para peserta untuk melengkapkan permohonan mereka serta menarik syarikat, pusat R&D, institusi penyelidikan, inovator dan golongan muda dari seluruh dunia mempromosikan teknologi inovatif mereka dan menyumbang untuk mencari penyelesaian yang lestari dan inovatif dalam menangani kekurangan air.

 

"Memandangkan cabaran global yang diakibatkan oleh pandemik COVID-19 ini, kami memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir bagi penerimaan permohonan supaya semua peserta yang ingin mengambil bahagian mempunyai peluang untuk melengkapkan pendaftaran mereka dan menyumbang untuk menghasilkan teknologi inovatif dan lestari bagi menyediakan air minuman yang selamat kepada mereka yang memerlukan walau di mana sahaja mereka berada," kata TYT Saeed Mohammed Al Tayer, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Suqia UAE.

Pusingan ke-3 Anugerah Air Global Mohammed bin Rashid Al Maktoum ini memperluas skopnya bagi memasukkan teknologi baharu yang menghasil, mengedar, menyimpan, memantau, menyahmasin dan menulenkan air dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui, selain daripada menambah Anugerah Penyelesaian Krisis Inovatif kepada tiga kategori anugerah sebelum ini: Anugerah Projek Inovatif, Anugerah R&D Inovatif dan Anugerah Individu Inovatif.

Syarikat-syarikat, pusat penyelidikan, institusi R&D, para inovator dan belia dari seluruh dunia yang telah membangunkan teknologi inovatif yang berupaya menangani cabaran kekurangan air adalah digalakkan untuk mendaftarkan permohonan bagi Anugerah ke-3 tersebut pada 31 Mei 2021. Para pemohon mesti mendaftar melalui laman web: https://www.suqia.ae/ar/awards

Video: https://mma.prnasia.com/media2/1494452/UAE_Water_Aid_Suqia_UAE_Video.mp4
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1494428/uae_water_aid_suqia_uae.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1083707/UAE_Water_Aid_Foundation_Suqia_Logo.jpg?p=medium600

UAE Water Aid extends application deadline for 3rd Mohammed bin Rashid Al Maktoum Global Water Award to end of May
UAE Water Aid extends application deadline for 3rd Mohammed bin Rashid Al Maktoum Global Water Award to end of May
Source: UAE Water Aid (Suqia UAE)
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities Awards Conservation/Recycling Environmental Issues Not for profit