omniture

Amp Energy Mengumumkan Penubuhan Hab Tenaga Boleh Diperbaharui Australia Selatan

Amp Energy
2021-05-04 19:12

MELBOURNE, Australia, 4 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Amp Power Australia Pty Limited, syarikat Australia yang mengendalikan pembangun global, Amp Energy ("Amp"), telah mengumumkan penubuhan Hab Tenaga Boleh Diperbaharui Australia Selatan ("REHSA"); sebuah portfolio strategik untuk aset Penyimpanan PV Solar, Angin dan Tenaga Bateri ("BESS") bersepadu berskala besar yang terletak di Australia Selatan.  Hab Tenaga Boleh Diperbaharui Australia Selatan ini turut merangkumi Ekopleks Tenaga Hidrogen Spencer Gulf yang membentuk sebahagian daripada Pelan Tindakan Hidrogen Kerajaan Australia Selatan.

The Future of Energy
The Future of Energy

Portfolio yang diperoleh daripada EPS ini merangkumi tiga projek PV Solar yang besar dengan jumlah penjanaan melebihi 1.3 GW yang terletak di Robertstown (636 MW), Bungama (336 MW) dan Yoorndoo Ilga (388 MW) dengan jumlah kapasiti BESS hingga 540MW di keseluruhan portfolio.

Dengan kelulusan pembangunan dan tanah yang diperoleh, projek Robertstown dan Bungama dijangka akan memulakan penjanaan tenaga secara berperingkat pada akhir tahun 2022. Kedua-dua projek ini akan mencipta hingga kira-kira 550 kerja-kerja pembinaan sepenuh masa termasuk tenaga kerja serantau dan akan menjana pengeluaran elektrik untuk membekalkan kuasa kepada kira-kira 230,000 buah rumah setiap tahun. Jumlah pelaburan dalam Hab Tenaga Boleh Diperbaharui Australia Selatan akan melebihi $2 bilion.

Dua tapak ini menawarkan nilai strategik tambahan dengan pembangunan sebuah kemudahan pengeluaran hidrogen bersepadu yang dirancang bagi memenuhi kedua-dua pasaran domestik dan antarabangsa dari Spencer Gulf ke Asia, tempat operasi sedia ada Amp.

Penubuhan portfolio strategik ini meneruskan inisiatif pengembangan Amp di Australia yang pada masa ini merangkumi aset PV solar yang sedang beroperasi atau dalam pembinaan dengan kapasiti 158 MW yang terletak di NSW.  Aset NSW Amp merangkumi Ladang Solar Molong 39 MW berhampiran Orange di NSW yang telah mencecah penjanaan 100% pada bulan Disember 2020, hanya dua bulan selepas penjanaan pertama.

"Nilai strategik portfolio Australia Selatan adalah signifikan dalam sebuah jajahan yang sedang mengalami salah satu peralihan tenaga terpantas di dunia," kata Dean Cooper, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Amp Australia.

Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia Selatan, Stephen Patterson mengalu-alukan berita tentang Hab Tenaga Boleh Diperbaharui Australia Selatan.

"Australia Selatan mempunyai jisim tanah dan sumber angin serta sumber solar bertaraf dunia yang signifikan dengan aspirasi untuk mencapai 100 peratus penjanaan tenaga boleh diperbaharui bersih menjelang tahun 2030.

"Kami telah menyaksikan lebih $7 bilion dilaburkan ke dalam projek dengan $20 bilion lagi yang sedang dirancang. Hab Tenaga Boleh Diperbaharui Australia Selatan adalah penting dalam menyepadukan aset penyimpanan tenaga boleh diperbaharui di negara kami dan membina keupayaan kami serta menyokong peralihan tenaga yang bergerak pantas yang sedang kami alami."

Pengembangan Amp di Australia akan merangkumi pelaksanaan Amp X, sebuah platform tenaga digital proprietari 100% milik Amp yang menyediakan pelbagai portfolio penyelesaian pinggir grid saling kendali dan baharu. Amp X merangkumi sebuah transformer pintar yang canggih yang mendayakan pengurusan autonomi masa nyata serta penghantaran optimum semua bentuk penjanaan dan beban teragih ke seluruh grid. 

Tentang Amp 

Amp ialah sebuah platform peralihan tenaga global. 

Kami membangunkan, memiliki dan mengendalikan aset tenaga bersih di kesemua pasaran utama kami di seluruh dunia bersama-sama Amp X, sebuah platform teknologi pinggir grid kami yang canggih menggunakan kepakaran kecerdasan buatan proprietari. Syarikat ini beribu pejabat di Toronto dengan operasi global yang terletak di seluruh Australia, India, Jepun, Sepanyol, Republik Czech, UK dan Amerika Utara

Ditubuhkan pada tahun 2009, Amp merupakan pemaju teknologi yang berkembang pesat pada skala dengan sokongan pelaburan utama daripada rakan kongsi modal institusi termasuk yang terkini, Carlyle Group, yang telah melabur sebanyak USD374 juta ke dalam syarikat pada akhir tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari amp.energy

Fraser Hall, fhall@amp.energy, +1 647 283 0790

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1501408/amp_energy_amp_energy_announces_the_establishment_of_the_renewab.jpg?p=medium600

 

Source: Amp Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities