SINGAPURA, 10 April 2013 /PRNewswire/ --
17 - 18 Sep 2013
www.fpsoasia.com
IQPC berbesar hati mengumumkan bahawa En. Thyl Kint, Ketua Pegawai Teknologi BW Offshore merupakan wakil tahap C (ketua) terkini yang akan memberikan ucapan utama pada Kongres FPSO Tahunan ke 14, pada 17-18 September di Singapura.
Bercakap mengenai 'Realiti Komersil masa Kini Pasaran FPSO', En. Kint akan membincangkan faktor kritikal dan pemacu utama dalam pasaran FPSO, memberikan analisis kualitatif dan kuantitatif.
"Kongres FPSO tahun ini akan menjadi peluang yang baik bagi mereka yang berkepentingan dan pemain industri di pasaran untuk bersama-sama membincangkan kedua-dua aspek teknikal dan komersil FPSO," En. Kint mengulas. Turut menyertai Kongres pada tahun ini, Encik Carl Arnet, Ketua Pegawai Eksekutif BW Offshore.
Encik Thyl Kint juga turut berada dalam Lembaga Penasihat Kongress FPSO ke 14 IQPC tahun ini dan akan disertai pemilik kepentingan berpengaruh termasuk:
Lembaga Penasihat 2013 akan memberi pendapat dan pandangan penting yang akan membentuk halatuju Kongres tahun ini.
Kongres FPSO ke 14 akan menampilkan lebih 500 pemilik kepentingan kanan daripada seluruh komuniti FPSO, termasuk pemilik kapal, pengendali minyak dan gas, pusat pembinaan kapal, organisasi kewangan, EPC, dan penyedia penyelesaian. Dipecahkan kepada aliran komersil dan teknikal setiap hari, Kongres ini akan menyelami setiap sudut pasaran FPSO dan siap siaga untuk pertumbuhan lebih daripada 20% berbanding pencapaian tahun lalu.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Cik Rani Kuppusamy
Pengarah Pemasaran
Kongres FPSO
Tel: +65 6722 9399
Email: rani.kuppusamy@iqpc.com.sg
Web: http://www.fpsoasia.com