omniture

TenCate Protective Fabrics mengalu-alukan Maria Gallahue-Worl sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

TenCate Protective Fabrics
2021-05-04 21:02

UNION CITY, Georgia, 4 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Lembaga Penyelia TenCate Protective Fabrics dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Maria Gallahue-Worl sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

TenCate Protective Fabrics CEO, Maria Gallahue-Worl
TenCate Protective Fabrics CEO, Maria Gallahue-Worl

Setelah berkhidmat dalam pelbagai spektrum peranan yang luas – daripada kejuruteraan kepada pembuatan, kemudian pembangunan pasaran dan seterusnya pengurusan perniagaan – pengalaman Gallahue-Worl yang luas mempamerkan keunikan kawalannya dalam rantaian nilai bahan-bahan khusus dan canggih. Beliau menyertai TenCate Protective Fabrics selepas 21 tahun berkhidmat dengan Solvay SA, dengan memegang peranan sebagai Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pertumbuhan Strategik baru-baru ini.

"Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan Maria untuk memimpin syarikat dan memacu pasukan ke hadapan dengan jayanya dalam misi kami untuk membangunkan strategi yang menguntungkan dan mewujudkan nilai." - Kees Verhaar, Pengerusi Lembaga Penyelia, TenCate Protective Fabrics

Berpangkalan di kawasan Atlanta, Gallahue-Worl akan memenuhi peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari ibu pejabat global syarikat itu di Union City, Georgia.

Mengenai TenCate Protective Fabrics: Sebagai pengeluar fabrik pelindung global yang terkemuka, TenCate Protective Fabrics mendayakan berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk mencapai kejayaan yang hebat dalam apa yang mereka lakukan. Para profesional yang berkhidmat dalam pasaran kebakaran, perindustrian, ketenteraan, polis dan penjagaan kesihatan bergantung pada fabrik kami untuk keselamatan, keselesaan dan keyakinan. Menyokong dunia dengan keperluan yang terus berkembang, inovasi kami menerajui reka bentuk, teknologi dan kelestarian yang berpusatkan pengguna. Ketahui lebih lanjut di https://us.tencatefabrics.com

Hubungan Media:
Michael Laton
m.laton@tencatefabrics.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1502203/tencate_protective_fabrics.jpg?p=medium600

Source: TenCate Protective Fabrics
Keywords: Aerospace/Defense Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Personnel announcements