omniture

SHEBA® melancarkan Hope Reef: Program Pemulihan Karang Terbesar di Dunia Diumumkan

Mars, Incorporated.
2021-05-05 12:01 142

SHEBA®  melancarkan Hope Reef

  • Jenama makanan kucing terkemuka, SHEBA®  telah memulakan usaha dalam program pemulihan karang terbesar di dunia yang bermatlamat untuk memulihkan terumbu karang di seluruh dunia yang berkeluasan lebih 185,000 meter persegi menjelang tahun 2029
  • Terumbu karang ini yang boleh dilihat di Google Earth, telah disusun semula untuk mengeja perkataan HOPE bagi mendorong kesedaran dan menunjukkan tentang perubahan positif yang boleh berlaku dalam seumur hidup kita
  • Kunjungi Saluran YouTube yang pertama seumpamanya di mana dengan setiap tontonan video, pendapatan pengiklanan disumbangkan kepada The Nature Conservancy untuk menyokong inisiatif pemulihan terumbu ini 

LONDON, 5 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Hope Reef, permulaan program pemulihan terumbu karang terbesar di dunia telah dilancarkan di pantai Sulawesi, Indonesia. Terumbu karang ini yang boleh dilihat di Google Earth, telah disusun untuk mengeja perkataan H-O-P-E dan merupakan suatu simbol untuk menunjukkan kepada dunia tentang perubahan positif yang boleh berlaku dalam seumur hidup kita.

SHEBA Hope Reef, which can be seen on Google Earth, has been regrown to spell the word ‘HOPE’ to drive awareness and show how positive change can happen within our lifetime; Salisi' Besar, Indonesia; AUG 2020
SHEBA Hope Reef, which can be seen on Google Earth, has been regrown to spell the word ‘HOPE’ to drive awareness and show how positive change can happen within our lifetime; Salisi' Besar, Indonesia; AUG 2020

Para saintis menganggarkan bahawa sekiranya dunia tidak berbuat apa-apa, 90% daripada terumbu tropika dunia akan pupus menjelang tahun 2043 yang akan memberi kesan kepada hampir 500 juta orang yang bergantung kepadanya untuk makanan, pendapatan dan perlindungan pantai[1]. Usaha untuk menyelesaikan perkara ini memerlukan kerjasama global pada skala besar-besaran dan SHEBA® berharap dapat memainkan peranan sebagai pemangkin yang membantu untuk memastikan masa depan yang mempunyai terumbu karang dan ikan.

Walaupun Hope Reef dilancarkan pada hari ini, namun usaha pemulihannya telah bermula dua tahun yang lalu. Sejak itu, kawasan karang telah meningkat daripada 5 kepada 55%, kelimpahan ikan telah meningkat dan kami telah melihat kepulangan spesies seperti jerung dan penyu. Menjelang akhir tahun 2029, hasrat SHEBA® adalah untuk memulihkan terumbu karang yang berkeluasan lebih 185,000 meter persegi di lokasi di seluruh dunia – kira-kira seluas 148 buah Kolam Renang Olimpik.

Penonton yang menonton kisah Hope Reef SHEBA®, "The Film That Grows Coral" di You Tube akan membantu mengumpul dana untuk pemulihan terumbu. Dengan setiap tontonan, wang pengiklanan yang dijana akan dilaburkan ke dalam pemulihan terumbu karang melalui rakan kempen, The Nature Conservancy. Ini merupakan pertama kalinya, 100% dana daripada saluran YouTube telah dijanakan untuk usaha kelestarian.

Memberikan penyelesaian yang mudah tetapi berkesan, Hope Reef menggunakan teknologi 'Reef Star' yang inovatif – struktur keluli berbentuk bintang dan mempunyai kelebaran 90 sm, buatan tangan oleh masyarakat tempatan di Indonesia. Setiap bintang digabungkan di bawah air untuk menghasilkan jaring kukuh yang menutupi dasar laut dan menyediakan dasar yang stabil untuk serpihan karang tumbuh semula.

Profesor David Smith, Ketua Saintis Marin Mars Inc. berkata: "Kami teruja untuk melancarkan Hope Reef dan menunjukkan bahawa sebenarnya ada harapan untuk lautan kita. Usaha kami di seluruh dunia dalam memulih dan menjana semula ekosistem berharga ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan dan memberikan kesan positif kepada masyarakat tempatan yang kami berasa amat gembira untuk melihatnya. Kami berharap usaha kami akan memberikan inspirasi kepada orang lain untuk menyertai kami supaya kita semua dapat memainkan peranan dalam membantu menghalang kepupusan terumbu karang kita." 

Dr. Elizabeth McLeod, Ketua Sistem Terumbu Global The Nature Conservancy berkata: "Terumbu karang merupakan jantung lautan kita yang menyokong lebih seperempat daripada hidupan laut. Terumbu juga membekalkan makanan, mata pencarian, ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa dan perlindungan terhadap ribut kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Ia penting untuk kita meningkatkan usaha dalam melindungi dan memulihkan kesihatan jangka panjang ekosistem yang penting ini serta menangani ancaman yang telah menyebabkan pengurangan dan membangun kebingkasannya terhadap perubahan iklim." 

Sejak tahun 2008, syarikat induk SHEBA® iaitu Mars, Incorporated telah melabur lebih $10 juta dalam penyelidikan, pemulihan dan penglibatan komuniti sebagai sebahagian daripada program terumbu karang ini. Selain itu, syarikat tersebut telah melabur sebanyak $1 bilion untuk mendorong tindakan bagi melindungi dan memulihkan planet ini dan penduduknya melalui Sustainable In A Generation Plan.

Tracey Massey, Presiden Global Mars Pet Nutrition berkata: "Ini merupakan suatu simbol untuk harapan – harapan untuk masa depan lautan kita dan permulaan bagi suatu pergerakan untuk memulihkan ekosistem penting ini. The Nature Conservancy dan rakan lama kami yang lain dalam pemulihan karang di seluruh dunia memastikan permulaan yang berpotensi untuk mendorong tindakan seterusnya, bertindak sebagai pemangkin untuk memberikan inspirasi kepada orang lain serta membantu mewujudkan planet yang sihat dan berkembang maju kepada manusia dan juga haiwan peliharaan."

Untuk memainkan peranan dalam pemulihan terumbu supaya kita mempunyai lebih banyak karang pada masa ini dan lebih banyak ikan pada masa hadapan, sila tonton dan kongsi video ini #hopegrows: The Film That Grows Coral

Tentang SHEBA® 

Jenama SHEBA® tahu bahawa pemilik kucing menyayangi kucing disebabkan semangat, personaliti dan pemilihan selera mereka yang bebas. Itulah sebabnya jenama SHEBA® meletakkan kucing sebagai keutamaan dalam segala yang dilakukan, mencipta resipi premium dengan daging asli yang lazat, tanpa pengawet atau perisa tiruan serta direka untuk membuka selera dan keinginan unik kucing. Jenama SHEBA® menghargai hubungan antara kucing dan pemiliknya serta menggunakan pemahaman tersebut untuk meraikan dan memupuk ikatan unik mereka. Dapatkan makanan kucing premium dan makanan ringan kucing SHEBA® di peruncit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sheba.com.

Tentang The Nature Conservancy 

The Nature Conservancy ialah sebuah organisasi pemuliharaan global yang dikhususkan untuk memulihara tanah dan air yang semua kehidupan bergantung padanya. Dengan berpandukan sains, kami menghasilkan penyelesaian asas yang inovatif untuk menghadapi cabaran paling sukar di dunia agar alam semula jadi dan manusia dapat berkembang maju bersama-sama. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, air dan lautan pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara lestari serta membantu menjadikan bandar-bandar yang lebih lestari. Berusaha di 72 buah negara dan wilayah: 38 buah negara melalui kesan pemuliharaan langsung dan 34 buah negara melalui rakan kongsi, kami menggunakan pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti, kerajaan, sektor swasta dan lain-lain rakan kongsi tempatan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.

Tentang Mars Petcare  

Mars Petcare ialah sebuah perniagaan yang pelbagai dan berkembang dengan 85,000 Rakan Bersekutu merentasi lebih 50 buah negara yang dikhususkan untuk satu tujuan: A BETTER WORLD FOR PETS™. Dengan pengalaman selama 75 tahun, portfolio kami yang terdiri daripada hampir 50 jenama yang memberikan keperluan kesihatan dan pemakanan haiwan peliharaan di dunia – merangkumi jenama PEDIGREE®WHISKAS®ROYAL CANIN®,  NUTRO™,  GREENIES™,  SHEBA® ,  CESAR®IAMS™ dan EUKANUBA™ serta  Pusat Pemakanan Haiwan Peliharaan WALTHAM™ yang mempunyai penyelidikan canggih dalam pemakanan dan kesihatan haiwan peliharaan selama lebih 50 tahun. Mars Petcare juga merupakan penyedia kesihatan veterinar terkemuka melalui rangkaian yang terdiri daripada lebih 2,000 buah hospital haiwan peliharaan seperti  BANFIELD™,  BLUEPEARL™PET PARTNERS™,  VCA™,  LINNAEUS™ dan ANICURA™.  Kami juga aktif dalam inovasi dan teknologi untuk haiwan peliharaan, dengan WISDOM PANEL™   pemeriksaan kesihatan genetik dan ujian DNA untuk anjing,  WHISTLE™ penjejak anjing GPS dan LEAP VENTURE STUDIO pemecut serta program COMPANION FUND™ yang mendorong inovasi dan perubahan dalam industri penjagaan haiwan peliharaan. Sebagai sebuah perniagaan keluarga dan berpandukan prinsip-prinsip kami, kami diberi hak keistimewaan dengan fleksibiliti untuk memperjuangkan apa yang kami percayai – dan kami memilih untuk berjuang bagi: DUNIA YANG LEBIH BAIK UNTUK HAIWAN PELIHARAAN.

Tentang Mars, Incorporated 

Selama lebih satu abad, Mars, Incorporated telah didorong oleh kepercayaan bahawa dunia yang kita mahukan esok bermula dengan cara kita menjalankan perniagaan pada hari ini. Idea ini menjadi keutamaan kepada syarikat kami yang sentiasa merupakan perniagaan milik keluarga dan global. Hari ini, Mars berubah, berinovasi dan berkembang dalam cara yang mengesahkan komitmen kami untuk memberi kesan positif kepada dunia di sekeliling kita. 

Di seluruh portfolio kami yang pelbagai dan luas dalam perkhidmatan dan produk konfeksioneri, makanan dan penjagaan haiwan peliharaan, kami melantik 133,000 Rakan Sekutu khusus yang semuanya bergerak ke arah yang sama: ke hadapan. Dengan jualan tahunan sebanyak $40 bilion, kami menghasilkan beberapa jenama popular di dunia seperti DOVE®, EXTRA®, M&M's®, MILKY WAY®, SNICKERS®, TWIX®, ORBIT®, PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, SKITTLES®, BEN'S ORIGINAL™, WHISKAS®, COCOAVIA® dan 5™; serta menjaga separuh daripada haiwan peliharaan di dunia melalui perkhidmatan kesihatan haiwan iaitu AniCura, Banfield Pet Hospitals™, BluePearl®, Linnaeus, Pet Partners™ dan VCA™.

Kami tahu bahawa kami hanya boleh benar-benar berjaya sekiranya rakan kongsi dan komuniti tempat kami beroperasi turut maju. Lima Prinsip Mars — Kualiti, Tanggungjawab, Kebersamaan, Kecekapan dan Kebebasan — memberi inspirasi kepada Rakan Sekutu untuk mengambil tindakan pada setiap hari bagi membantu mewujudkan masa depan dunia di mana planet ini, manusia dan haiwan peliharaannya dapat berkembang maju. Untuk maklumat lanjut tentang Mars, sila layari mars.com.

Untuk maklumat lanjut tentang Mars, sila layari www.mars.com. Sertai kami di Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.

[1] IPPC Special Report (2018): https://report.ipcc.ch/sr15/pdf/sr15_spm_final.pdf

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1501768/mars_inc_hope_reef.jpg?p=medium600

sheba@freuds.com 

 

 

Source: Mars, Incorporated.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Food/Beverages Multimedia/Online/Internet Animal Welfare Animals/Pets Corporate Social Responsibility Environmental Issues Joint ventures New products/services