omniture

Enterprise Berkembang ke Seluruh APAC, EMEA dan LAC sebagai Sebahagian Daripada Pelaburan Berterusan Syarikat dalam Rangkaian Global

Enterprise Holdings, Inc.
2021-05-05 18:50

ST. LOUIS, 5 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Enterprise Holdings hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuka lebih 100 lokasi cawangan baharu di 20 buah negara di seluruh Asia Pasifik (APAC), Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) serta Amerika Latin dan Caribbean (LAC) dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Pembukaan ini merupakan sebahagian daripada pelaburan berterusan syarikat dalam membangunkan rangkaian cawangan global dengan lebih banyak cawangan baharu yang dirancang sepanjang tahun 2021.

The tri-branded Enterprise Rent-A-Car, Alamo Rent A Car and National Car Rental branch in Cebu, Philippines, is part of the company’s continued investment in APAC
The tri-branded Enterprise Rent-A-Car, Alamo Rent A Car and National Car Rental branch in Cebu, Philippines, is part of the company’s continued investment in APAC

Pembukaan di LAC termasuk lokasi pertama Enterprise Rent-A-Car di Aruba, Panama, St. Barts dan St. Martin serta sejumlah 50 lokasi baharu di Brazil. Lokasi Enterprise yang baharu ini menyertai jenama National Car Rental dan Alamo Rent A Car di kelima-lima kawasan LAC. Enterprise Holdings memiliki ketiga-tiga jenama tersebut.

Di EMEA, Enterprise telah menambah cawangan baharu di 16 buah negara termasuk Austria, Perancis, Jerman, Itali, Lithuania, Arab Saudi, Sepanyol, Switzerland, Turki dan United Kingdom. Pembukaan di APAC termasuk cawangan baharu di Australia, Guam dan Jepun.

Pelaburan ini bukan sahaja menyokong permintaan terhadap pilihan mobiliti yang selamat dan boleh dipercayai semasa krisis COVID-19, malah menunjukkan komitmen Enterprise dalam menyokong ekonomi di seluruh dunia ketika ia keluar daripada sekatan perjalanan.

"Krisis kesihatan global telah memberi impak yang besar terhadap keseluruhan sektor pengangkutan, tetapi dengan menjadi berani dan berdaya tahan, kami telah dapat melabur dalam rangkaian kami, meningkatkan kehadiran kami di seluruh APAC, EMEA dan LAC dan memastikan kami bersedia untuk menyokong lebih ramai pelanggan ketika mereka telah bersedia untuk kembali memulakan perjalanan perniagaan atau percutian," kata Peter Smith, Naib Presiden Francais Global Enterprise Holdings. "Kehadiran kami di hab pengangkutan utama dan rangkaian cawangan tempatan yang luas memberi maksud bahawa kami berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian pengangkutan bersepadu yang lebih luas yang sedang dibangunkan di kebanyakan negara. Pengembangan rangkaian kami mewujudkan peluang pekerjaan yang baik dengan prospek kerjaya yang cemerlang dan kami komited untuk meneruskan pelaburan dan teknologi yang menyokong perniagaan ini."

Bagi mengukuhkan komitmennya untuk mengekalkan standard kebersihan tertinggi dalam industri penyewaan kereta, Enterprise memperkenalkan Complete Clean Pledge (Ikrar Bersih Sempurna) pada tahun 2020. Ikrar tersebut meningkatkan lagi protokol pembersihan di seluruh jenama syarikat dan portfolio pilihan pengangkutan yang komprehensif. Ini termasuk cucian kenderaan, vakum, pengelapan dan sanitasi menggunakan disinfektan yang memenuhi keperluan pihak berkuasa kesihatan terkemuka dengan memberi perhatian khusus terhadap lebih 20 titik sentuhan tinggi.

Tentang Enterprise Holdings 

Enterprise Holdings, Inc. merupakan penyedia penyelesaian mobiliti terkemuka yang memiliki dan mengendalikan jenama Enterprise Rent-A-Car, National Car Rental dan Alamo Rent A Car melalui rangkaian global bersepadu anak syarikat serantau dan francais bebas. Enterprise Holdings dan sekutunya menawarkan khidmat sewaan kereta, perkongsian kereta, sewaan trak, pengurusan armada, jualan kereta secara runcit serta pengurusan perjalanan dan perkhidmatan pengangkutan lain yang meluas untuk menjadikan perjalanan lebih mudah dan lebih selesa buat para pelanggan. Dimiliki secara persendirian oleh keluarga Taylor di St. Louis, Missouri, Enterprise Holdings menguruskan pelbagai armada dengan hampir 1.7 juta buah kenderaan melalui rangkaian yang mengandungi lebih 9,500 lokasi khidmat sewaan di kejiranan dan lapangan terbang yang lengkap dengan kakitangan di hampir 100 buah negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut tentang Enterprise Holdings Inc., sila layari www.enterpriseholdings.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1502389/cebu.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/557711/Enterprise_Holdings_Corporate_Brands_Logo.jpg?p=medium600


 

Source: Enterprise Holdings, Inc.
Keywords: Auto Transportation Travel Corporate Expansion