omniture

631 MW Genius Tracker™ GameChange Solar Sedang Dibangunkan di Texas Selatan

GameChange Solar
2021-05-05 19:06

NORWALK, Connecticut, 5 Mei 2021 /PRNewswire/ -- GameChange Solar mengumumkan bahawa sistem 631 MW Genius Tracker™ sedang dibangunkan dengan pesat di selatan Texas. Sistem ini akan menjadi projek PV solar terbesar di negeri ini dan seterusnya akan menjadi salah satu yang terbesar di negara ini apabila siap kelak. Projek ini terdiri daripada 1.4 juta modul solar di sebuah kawasan seluas 4,000 ekar di Wharton County (di luar kawasan Metropolitan Houston). Kapasiti ini akan menjana 500 MWac / 631 MWdc tenaga boleh diperbaharui dan diunjurkan untuk membekalkan kuasa kepada lebih 100,000 buah rumah setiap tahun. Untuk memenuhi permintaan serantau yang semakin meningkat, kuasa yang dijana di tapak projek akan dibeli secara dalam talian dalam bentuk blok dan dijual ke pasaran borong ERCOT pada tahun 2021. EPC meramalkan bahawa projek ini akan disiapkan pada pertengahan tahun 2022.

GameChange Solar 631 MW Genius Tracker™ Rising Up in Southern Texas
GameChange Solar 631 MW Genius Tracker™ Rising Up in Southern Texas

Allison Larson, Pengarah Pembangunan Perniagaan GameChange Solar menyatakan: "Kami memberi tumpuan terhadap sokongan logistik dan latihan yang cemerlang untuk memastikan projek 631 MW Texas ini berjalan dengan lancar dan berjaya bagi EPC dan pemilik projek. Sistem ini menggunakan Genius Tracker™ yang terbukti dan dipasang dengan pantas bersama-sama prapemasangan SpeedClamps™ yang meningkatkan kelajuan pemasangan berbanding pesaing biasa. Kami menantikan lebih banyak projek utiliti berskala besar seperti ini di Texas dan di tempat lain."

Max Johnson, Pengarah Pembangunan Perniagaan GameChange Solar menyatakan: "Kemudahan loji kuasa PV yang tiada tandingan ini terletak di Pesisir Teluk Texas dan berdekatan dengan beberapa projek pembangunan solar utama yang lain. Genius Tracker™ GameChange Solar telah dipilih bagi projek yang penting ini disebabkan oleh reka bentuk dan keupayaannya yang kukuh untuk bertahan di kawasan angin kuat. Pasukan kejuruteraan kami dan wakil-wakil di tapak yang berdedikasi bersedia untuk menyokong pembangun dan pemilik menggunakan Genius Tracker™ di tapak-tapak sekitarnya yang dijadualkan akan bermula pada akhir tahun ini."

Untuk hubungan dan pertanyaan media, sila hubungi Derick Botha +1 (302) 528-2125 
e-mel: derick.botha@gamechangesolar.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1502560/gamechange_solar.jpg?p=medium600  

Source: GameChange Solar
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services