omniture

Hasil USD LTI untuk Tahun Fiskal 2021 meningkat pada kadar 9.5%; Keuntungan Bersih meningkat 27.5%, Hasil USD Suku Tahun Ke-4 Tahun Kewangan 2021 meningkat pada kadar 9.1% Dari Tahun ke Tahun

LTI
2021-05-05 19:08 108

MUMBAI, India, 5 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global, mengumumkan hasil Suku Tahunan Keempat Tahun Kewangan 2021 (S4 TK21) dan hasil tahunan penuh Tahun Kewangan 2021 (TK21) hari ini.

Suku Tahunan Ke-4 Tahun Kewangan 2021 

Dalam Dolar AS: 

  • Hasil berjumlah USD447.4 juta; pertumbuhan pada kadar 4.6% QoQ (Suku Tahunan ke Suku Tahunan) dan 9.1% YoY (Tahun ke Tahun)
  • Pertumbuhan Pendapatan Mata Wang Malar pada kadar 4.4% QoQ dan 7.1% YoY

Dalam Rupee India: 

  • Hasil berjumlah INR32,694 juta; pertumbuhan pada kadar 3.7% QoQ dan 8.5% YoY
  • Pendapatan Bersih berjumlah INR5,457 juta;  Pertumbuhan Pendapatan Bersih pada kadar 5.1% QoQ dan 27.6% YoY

TK 21 penuh 

Dalam Dolar AS: 

  • Hasil berjumlah USD 1,670.1 juta; pertumbuhan 9.5% YoY
  • Pertumbuhan Pendapatan Mata Wang Malar pada kadar 8.8% YoY

Dalam Rupee India: 

  • Hasil berjumlah INR123,698 juta; pertumbuhan pada kadar 13.7% YoY
  • Pendapatan Bersih berjumlah INR 19,382 juta;  pertumbuhan Pendapatan Bersih pada kadar 27.5% YoY

Pulangan Modal 

  • Dividen Akhir dengan nilai INR25 sesaham; Nisbah bayar balik dividen pada kadar 36.1% untuk tahun tersebut
  • Pulangan Ekuiti pada kadar 30.5% untuk tahun tersebut

"Disokong oleh ST4 yang kukuh, TK21 merupakan satu lagi tahun pertumbuhan pasaran yang utama. Kami dengan sukacitanya melaporkan pertumbuhan pendapatan pada kadar 9.5% dan pertumbuhan keuntungan bersih pada kadar 27.5% untuk tahun ini. Pada ST4 ini, kami juga telah memenangi dua urus niaga besar dengan Jumlah Kontrak Baharu Bersih Bernilai (TCV) USD66 juta, memecahkan rekod TCV yang besar untuk TK21.

Prestasi unggul kami adalah hasil usaha yang menakjubkan 35,000 orang warga LTI yang bersatu ketika berada dalam salah satu tempoh yang paling mencabar bagi memastikan perkhidmatan disampaikan kepada pelanggan. Kami akan terus melabur dalam kekuatan perniagaan kami sambil kami kekal komited dengan pertumbuhan pada TK22."

- Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan

Urus Niaga yang Diperoleh Baru-baru Ini 

- LTI telah dipilih sebagai rakan kongsi strategik jangka panjang dalam urus niaga penyatuan vendor untuk pengurusan platform insurans teras bagi sebuah syarikat insurans Fortune 500 yang besar. Ini merupakan perjanjian unik yang merangkumi penggabungan vendor dan beberapa program pemodenan dalam pelbagai bidang teras dalam sektor insurans hartanah dan kecederaan di Amerika Utara.

-  Sebuah bank serantau terkemuka dengan logo baharu, telah memilih LTI untuk program transformasi perbankan teras yang melibatkan pelaksanaan Temenos. Sebagai sebahagian daripada program tersebut, LTI akan menjadi penyepadu sistem utama dan akan menggantikan platform peminjaman sedia ada Bank menggunakan platform Temenos T24 serta mengendalikan penghijrahan data daripada sistem legasi. Pelaksanaan program ini akan membolehkan bank memperkenalkan produk pinjaman baharu, mengurangkan kerumitan, memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggannya yang semakin meningkat dengan cara yang lebih cepat dan cekap sambil menurunkan jumlah kos pemilikan. Diperkasakan dengan fungsi tempatan yang telah dikonfigurasi terlebih dahulu, transformasi ini akan membolehkan bank memenuhi keperluan kawal selia dalam jangka masa yang agak singkat dan memudahkan.

-  LTI telah dipilih oleh konglomerat pembuatan peralatan berat yang berpangkalan di AS untuk aplikasi urus niaga perkhidmatan terurus perniagaan alat gantinya bagi mendorong pengurangan dalam jumlah kos pemilikan dan meningkatkan kecemerlangan operasi.

-  Sebuah syarikat insurans hartanah dan kecederaan bersama milik Amerika Utara telah bekerjasama dengan LTI untuk menggantikan sistem teras legasi di premis sedia adanya dengan penyelesaian SaaS Duck Creek. Penglibatan ini akan mempercepat transformasi digital pelanggan untuk mendorong pengalaman dan sokongan pelanggan yang lebih baik. Ia juga akan mengoptimumkan kos operasi dan membolehkan pengembangan perkhidmatan yang pesat ke rantau lain.

-  Sebuah perbadanan farmaseutikal multinasional Fortune 500 Global telah memilih LTI sebagai rakan penasihat untuk transformasi fungsi kewangan. LTI akan memainkan peranan penting dalam memenuhi objektif perniagaan seperti konsistensi data dengan melaksanakan pemantauan data yang berkesan dan proses penyelarasan untuk operasi perniagaan global mereka.

-  Konglomerat kejuruteraan multinasional yang berpangkalan di Jerman telah memilih LTI untuk projek pemindahan SAP HANA Data Lake kepada Snowflake bagi syarikat perniagaan tenaganya untuk memastikan penjimatan kos yang signifikan dengan meningkatkan penskalaan dan analisis data serta kecekapan dalam bentuk pembuatan keputusan yang lebih pantas.

-  Sebuah syarikat pengedaran tenaga Fortune 500 Global telah memilih LTI untuk menyokong pelaksanaan SAP Customer Information System untuk salah satu entiti yang diperolehinya. Matlamat program ini adalah untuk mendigitalkan proses meter ke tunai dan membawakan automasi dalam perkhidmatan pelanggan bagi menyampaikan kecekapan operasi dan pengurangan kos.

-  Penyedia perisian insurans hartanah dan kecederaan terkemuka yang berpangkalan di Amerika Utara telah memilih LTI untuk penghijrahan dari platform gudang data perusahaan legasi mereka ke awan data Snowflake secara berperingkat bagi memastikan pengurangan kos, proses yang lancar, meningkatkan kecekapan dan kelebihan daya saing.

-  LTI telah dipilih untuk menyediakan perkhidmatan sokongan infrastruktur dan operasi rangkaian bagi mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan untuk pengedar utama produk konkrit dan pembinaan khusus di Amerika Utara.

-  Sebuah syarikat hiburan dan media Fortune 500 Global telah memilih LTI untuk membina platform pelaporan global bagi aplikasi rantaian bekalan media digitalnya menggunakan Snowflake bagi menyediakan kebolehlihatan yang dipertingkatkan dalam bekalan, pengeluaran dan aliran kerja penghantaran yang kompleks di seluruh perusahaan.

-  Cawangan antarabangsa penyedia perkhidmatan kewangan terkemuka di UK telah melantik LTI sebagai penyepadu sistem utama untuk program pemodenan dan transformasi perbankan teras mereka. Ini akan mendayakan manfaat kapasiti dan kestabilan Awan dengan SaaS Temenos bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, mengurangkan kos dan membawa produk baharu ke pasaran dengan lebih cepat dan berskala dengan cekap.

Anugerah dan Pengiktirafan 

-  LTI mengungguli senarai 'IT Services Challenger 2021' dalam Anugerah PEAK Matrix Service Provider of the YearTM oleh Everest Group. LTI memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-16 kepada tempat ke-11 pada tahun lalu dalam keseluruhan penarafan PEAK Matrix® untuk perkhidmatan IT dengan lonjakan tertinggi yang pernah direkodkan oleh mana-mana pemain. LTI juga disenaraikan sebagai Bintang Terbaik Tahun Ini untuk Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan Penilaian PEAK Matrix.

-  LTI Leni dan LTI Mosaic diiktiraf dalam Forrester Tech Tide™: Enterprise Business Insights & Analytics, Q1 2021 (Analisis & Wawasan Perniagaan Perusahaan, Q1 2021)

-  LTI Diiktiraf sebagai Peneraju dalam ISG Provider Lens™ Automasi Pintar - Penyelesaian dan Perkhidmatan dalam AIOp untuk Pasaran Pertengahan - US 2020

-  LTI diberi kedudukan Inovator dalam Laporan RadarView™ Perkhidmatan IoT Avasant 2021

Sorotan Perniagaan Lain

-  Ahli Lembaga Pengarah, dalam mesyuarat yang diadakan pada 4 Mei 2021 telah mencadangkan dividen akhir sebanyak INR25 bagi setiap saham ekuiti (Nilai Muka INR1) untuk tahun kewangan 2020 hingga 2021. Jumlah dividen untuk TK21 ialah INR40 sesaham ekuiti, termasuk dividen interim berjumlah INR15 bagi setiap saham ekuiti yang diisytiharkan pada bulan Oktober 2020

-  LTI melantik Anil Rander sebagai Ketua Pegawai Kewangannya. Beliau merupakan pemimpin kewangan yang mempunyai pelbagai pengalaman selama lebih 27 tahun dalam memacu prestasi dan pertumbuhan perniagaan. Beliau menyertai LTI daripada Tech Mahindra Ltd. dengan memegang peranan sebagai Ketua Kewangan Global BPS. Selain itu, sebagai Naib Presiden Kanan - Kewangan dan Undang-undang, beliau mengetuai fungsi Kewangan, Undang-undang, Kemudahan & Pengurusan Risiko Tech Mahindra Business Services Ltd.

-  LTI dan AWS telah menyertai Perkongsian Strategik untuk Mempercepat Penggunaan Awan Perusahaan bagi memperluas tawaran bersama untuk Penghijrahan, Pemodenan, SAP, IoT dan Data-pada-Awan.

-  LTI diiktiraf sebagai Penyedia Perkhidmatan Terurus Pakar Microsoft Azure, sebuah program berprestij yang merupakan inisiatif global Microsoft bagi membolehkan rakan kongsi utamanya membawakan perbezaan dengan membuktikan kecekapan dunia nyata dan kemahiran dalam data dan kebolehan awan

-  LTI di UK telah diiktiraf dengan pensijilan Top Employer 2021 (Majikan Terbaik 2021) oleh Top Employers Institute, sebuah pihak berkuasa global yang mengiktiraf kecemerlangan dalam amalan mengurus tenaga kerja

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepatkan transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI sekali gus mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 33,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global.

Panggilan Persidangan Perolehan dan Siaran Web Audio 

5 Mei 2021 (05:30 PETANG WAKTU INDIA) 

Sila dail nombor di bawah sekurang-kurangnya selama 5-10 minit sebelum jadual persidangan untuk memastikan anda dihubungkan dengan panggilan anda tepat pada masanya.

Nombor Akses Universal 

+91 22 6280 1104

+91 22 7115 8005

Nombor Tol Antarabangsa 

AS  : 13233868721

UK  : 442034785524

Singapura  : 6531575746

Hong Kong  : 85230186877

Mainkan Semula Panggilan Persidangan 

Tersedia selepas 1 jam dari masa persidangan berakhir hingga 9 Mei 2021

Kod Main Semula: 70765

Nombor untuk Didail: India  +91 22 7194 5757

 +91 22 6663 5757

  AS Bebas Tol  18332898317

   UK Bebas Tol  8007563427

  Singapura Bebas Tol  8001012510

  Hong Kong Bebas Tol  800965553

Siaran Web Audio 

Audio daripada panggilan persidangan akan tersedia secara dalam talian melalui siaran web dan boleh diakses pada pautan berikut: https://links.ccwebcast.com/?EventId=LT210505 

Klik di sini untuk DiamondPass™ anda 

DiamondPass™ ialah perkhidmatan Premium yang membolehkan anda dihubungkan ke panggilan persidangan tanpa perlu menunggu operator.

Jika anda mempunyai DiamondPass™, klik pautan di atas untuk mengaitkan pin anda dan menerima butiran akses untuk persidangan ini. Jika anda tidak mempunyai DiamondPass™, sila daftar melalui pautan di atas dan anda akan menerima DiamondPass™ anda untuk persidangan ini.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 India:EQLTI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Earnings