omniture

CSafe Global Menyediakan Perlindungan Terma untuk Penghantaran Vaksin COVID-19 dari Kemudahan BioNTech

CSafe Global
2021-05-05 20:00

Penghantar tertebat VIP dengan dinding dua lapis yang dibuat khas menyediakan perlindungan suhu selama lebih 10 hari untuk penghantaran vaksin dari kemudahan BioNTech dengan ais kering yang minimum.

DAYTON, Ohio, 5 Mei 2021 /PRNewswire/ -- CSafe Global, peneraju inovasi dalam bungkusan aktif dan pasif serta penyelesaian kontena dengan kawalan suhu untuk gen dan sel bagi pengangkutan farmaseutikal yang meningkatkan kehidupan, berbesar hati untuk bekerjasama dengan BioNTech sebagai penyedia penyelesaian penghantaran terma untuk penghantaran Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dari kemudahan BioNTech di Jerman. Kontena penghantaran terma khas ini mengekalkan suhu pada -70°C selama sekurang-kurangnya 240 jam untuk membantu dalam memastikan vaksin tersebut tiba dengan selamat di lokasi di seluruh dunia.  

CSafe Global Double-wall VIP Parcel box with vial trays
CSafe Global Double-wall VIP Parcel box with vial trays

Kontena khas ini menggunakan dinding dua lapis dengan teknologi Vacuum Insulated Panel (VIP) yang terbaik, sebuah kotak muatan khusus dengan dulang bebuli produk dan pemegang terbina dalam untuk memudahkan proses membungkus dan mengeluar. Ujian terma melebihi semua jangkaan dan penghantar menunjukkan prestasi baik yang melebihi minimum 240 jam secara konsisten. Kontena ini akan mengekalkan suhu yang diingini selama-lamanya dengan penambahan ais kering mengikut keperluan.

"Dengan menggunakan konsep reka bentuk kejuruteraan yang inovatif, pasukan CSafe berupaya melebihi keperluan BioNTech untuk sebuah kontena berprestasi tinggi yang akan mengekalkan suhu pada -70°C selama lebih 10 hari," kata Patrick Schafer, Ketua Pegawai Eksekutif CSafe Global. "Selain itu, kami juga dapat mengurangkan jumlah ais kering yang diperlukan iaitu lebih 30% daripada unjuran asal kami dengan membuat sedikit perubahan tambahan pada reka bentuk. CSafe sentiasa menjadi syarikat yang didorong oleh tujuan dan kesemua pekerja kami amat berbangga dengan pencapaian luar biasa ini dan peranan kami dalam membantu BioNTech mengakhiri pandemik ini." 

Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech (BNT162b2) yang berdasarkan teknologi mRNA proprietari BioNTech telah dibangunkan oleh BioNTech dan Pfizer. BioNTech merupakan Pemegang Kebenaran Pemasaran di Kesatuan Eropah dan pemegang kebenaran awal penggunaan kecemasan atau yang setara di Amerika Syarikat (secara bersama dengan Pfizer), United Kingdom, Kanada dan negara-negara lain sebelum permohonan yang dirancang bagi mendapatkan kebenaran pemasaran penuh di negara-negara ini.

Hubungan Media:
Lori Conaway
Pengurus Komunikasi Pemasaran Global
Telefon: +1 405.633.2344
E-mel: lconaway@csafeglobal.com
Laman web: csafeglobal.com

Tentang CSafe Global
CSafe Global menyediakan penyelesaian penghantaran terma yang menyeluruh bagi industri farmaseutikal dan sains hayat di seluruh dunia. Dengan menggunakan keupayaan Kecerdasan Buatan miliknya yang bersepadu sepenuhnya, CSafe memastikan kontena tersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja yang diperlukan oleh pelanggan. Digabungkan dengan program pengujian dan penggunaan semula yang terkemuka dalam industri, semua pelanggan CSafe dijamin prestasi produk unggul yang berterusan untuk setiap penghantaran yang juga memenuhi objektif kelestarian pelanggan. Dengan kehadiran di 150 buah negara, CSafe komited dalam menyediakan penyelesaian atas permintaan selama 24/7 dengan jaminan 100%, yang menjadikan CSafe sebagai rakan pilihan untuk pelanggan yang paling mencabar dalam rangkaian sejuk. CSafeGlobal.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1501952/csafe_double_wall_vip_shipper.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1501954/CSafe_Global_logo_pms_200px_Logo.jpg?p=medium600

Source: CSafe Global
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts