omniture

HR Path memperoleh €113 juta dan mengambil alih sebuah syarikat Amerika, Whitaker Taylor

HR Path
2021-05-05 21:00 101

PARIS, 5 Mei 2021 /PRNewswire/ -- HR Path, ahli kepada French Tech, telah mengumumkan pembiayaan daripada bank bernilai €113 juta untuk mempercepat pertumbuhannya dan menjadi rujukan global dari segi sumber manusia.

HR Path menawarkan perkhidmatan sokongan untuk prestasi Sumber Manusia (HR) syarikat. Perkhidmatan ini merangkumi perundingan transformasi, pelaksanaan penyelesaian perisian dan penyumberluaran senarai gaji (BPO) HR.

Pusingan baharu pembiayaan ini telah dilakukan oleh bank-bank berikut: Société Générale, BNP, Crédit Agricole, Banque Palatine, LCI dan Caisse d'Epargne. Jumlah keseluruhannya ialah €113 juta dan akan membantu HR Path untuk mencapai matlamatnya.

HR Path merancang untuk memperluas usul nilainya di kesemua negara yang kumpulan syarikat ini berada dengan memberi keutamaan kepada Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Sepanyol.

HR Path turut mengumumkan pada hari ini tentang pengambilalihan Whitaker-Taylor iaitu sebuah firma perundingan teknologi HR dengan kepakaran dalam SAP SuccessFactors dan SAP HR. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat ini memperoleh kekuatan daripada ahli pasukan dan pangkalan pelanggan global mereka serta mempunyai kehadiran yang kukuh di AS dan di Eropah.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan perbankan dan penasihat kami, Volt Associés yang telah menyokong kami dalam perjalanan ini. Transformasi HR semakin meningkat walaupun terdapat kekangan kesihatan pada masa ini. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, isu modal manusia telah menjadi satu keutamaan: pengurusan bakat dan penyesuaian untuk berubah menjadi semakin penting serta penggunaan penyumberluaran bagi fungsi HR dan senarai gaji khususnya sedang meningkat. HR Path diperlukan untuk menangani cabaran baharu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dalam bidang sumber manusia. Pusingan baharu pembiayaan ini menyokong cita-cita pembangunan kami untuk menyokong pelanggan semasa kami dan akan datang," kata François Boulet dan Cyril Courtin, rakan pengasas HR Path.

Tentang HR Path 

HR Path, peneraju global dan pakar dalam bidang sumber manusia, menyokong syarikat-syarikat yang menjadikan modal manusia sebagai keutamaan transformasi digital mereka. Menasihati, Melaksana & Menjalankan merupakan 3 tuas Kumpulan HR Path untuk meningkatkan prestasi HR organisasi. Ditubuhkan pada tahun 2001, HR Path memberikan perkhidmatan kepada lebih 1,300 pelanggan di 18 buah negara. Perolehannya pada masa ini adalah sebanyak $130 juta.

Sila layari www.hr-path.com dan ikuti kami di: https://www.linkedin.com/company/hr-path.

Hubungan Akhbar:
fabienne.latour@hr-path.com 

 

 

Source: HR Path
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Accounting news, issues Acquisitions, mergers, takeovers Venture Capital