omniture

Cellares Memperoleh $82 Juta Untuk Menyelesaikan Cabaran Terbesar Dalam Pembuatan Terapi Sel

Cellares Corporation
2021-05-05 23:09

Decheng Capital dan Eclipse Ventures mengetuai pusingan Siri B, menjadikan jumlah pembiayaan melebihi $100 juta

SAN FRANCISCO SELATAN, California, 5 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Cellares Corporation, sebuah syarikat teknologi sains hayat yang mengautomasikan pembuatan terapi sel, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh $82 juta dalam pusingan Siri B, menjumlahkan pembiayaan setakat ini kepada $100 juta. Pusingan ini diketuai oleh pelabur baharu, Decheng Capital dan diterajui bersama oleh pelabur sedia ada, Eclipse Ventures. Skyview Life Science menyertai sebagai pelabur baharu, dengan pelabur terdahulu, 8VC yang turut mengambil bahagian.

Cellares Raises $82M To Solve The Biggest Hurdles In Cell Therapy Manufacturing
Cellares Raises $82M To Solve The Biggest Hurdles In Cell Therapy Manufacturing

Pembiayaan terkini ini akan mempercepat pembangunan Cell Shuttle, sebuah kilang boleh diskala berkonsepkan 'factory-in-a-box' milik Cellares. Cell Shuttle membolehkan automasi serba lengkap untuk proses tenaga kerja dan masa yang intensif bagi mencipta terapi sel yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, termasuk terapi CAR-T yang kini digunakan untuk merawat kanser darah dengan mengubah suai dan merangsang pertumbuhan sel daripada sistem imun pesakit untuk memerangi sel-sel kanser. Platform tunggal Cellares membolehkan pembangunan praklinikal berpindah kepada persekitaran klinikal dengan mudah - menjimatkan masa selama bertahun-tahun berbanding kaedah pembuatan tradisional - dan membolehkan penskalaan komersial yang cekap dan pantas. 

"Terdapat lebih 450,000 orang pesakit pada hari ini yang berpotensi mendapat manfaat daripada terapi sel CAR-T, bilangan yang dijangka meningkat kepada berjuta-juta dalam masa beberapa tahun.1 Kurang 1% daripada pesakit ini mendapat akses kepada terapi ini kerana kekurangan teknologi pembuatan sel yang boleh diskala," kata Fabian Gerlinghaus, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Cellares. "Pusingan terkini ini merupakan pengesahan kepada usaha yang sedang dilakukan oleh Cellares untuk mencapai penyelesaian automatik serta daya pemprosesan yang tinggi dengan fleksibiliti dan penyesuaian yang diperlukan untuk mengatasi halangan terbesar dalam pembuatan terapi sel pada hari ini."

Cell Shuttle ialah penyelesaian modular dan automatik yang terdiri daripada perkakasan, perisian, robotik dan barangan boleh guna dan ia mampu menghasilkan 10 dos pesakit secara serentak. Ia merupakan platform pertama dan satu-satunya yang mencapai urutan peningkatan magnitud dalam instrumen daya pemprosesan yang membolehkan syarikat biofarmaseutikal memenuhi permintaan pesakit pada skala komersial. Keupayaan daya pemprosesan Cell Shuttle yang tinggi dan automatik juga mengurangkan kos sehingga 75%, menyingkatkan masa daripada aferesis hingga penghantaran produk - juga dikenali sebagai tempoh kritikal - dan mempercepat masa ke pasaran selama 1-2 tahun dengan pendekatan platform tunggal.

"Walaupun terapi sel untuk kanser darah telah menyaksikan kemajuan saintifik yang luar biasa pada kadar yang berisiko, penyampaian terapi yang menyelamatkan nyawa ini telah mengalami kelembapan yang signifikan berikutan proses pembuatan secara manual. Cell Shuttle Cellares ialah penyelesaian yang sangat dinanti-nantikan yang memberi kuasa kepada pembangun ubat-ubatan untuk berkembang bagi memenuhi permintaan pesakit terhadap terapi sel yang semakin meningkat," kata perintis terapi sel kanser yang terkenal di seluruh dunia, Dr. Carl Jun, penerima Anugerah Sanford Lorraine Cross atas hasil kerjanya yang menakjubkan dalam membangunkan terapi sel CAR-T, Ahli Lembaga Penasihat Cellares merangkap Profesor Imunoterapi serta Pengarah Pusat Imunoterapi Sel di University of Pennsylvania.

"Dengan beratus-ratus terapi sel baharu yang sedang dibangunkan di seluruh dunia, potensi proses pembuatan automatik yang kukuh dan belum dimanfaatkan adalah amat besar," kata Victor E. Tong, Rakan Kongsi di Decheng Capital. "Cellares sedang menerajui pasaran dan kami di Decheng teruja untuk membantu syarikat berkembang bagi memenuhi permintaan ini."

Untuk maklumat lanjut tentang Cellares dan Cell Shuttle, sila layari cellares.com.

Tentang Cellares
Cellares mencipta masa depan pembuatan terapi sel dan mempercepatkan akses kepada terapi sel yang menyelamatkan nyawa. Syarikat ini sedang membangunkan sejenis penyelesaian bagi mengatasi halangan yang dikaitkan dengan pembuatan terapi sel untuk menjadikan ia lebih berpatutan dan tersedia secara meluas kepada pesakit yang memerlukan. Dengan platform proprietari Cellares—Cell Shuttle—syarikat biofarma, pusat penyelidikan akademik dan CDMO tidak perlu lagi berkompromi sama ada untuk memilih platform pembuatan semi automatik tetapi kekurangan fleksibiliti aliran kerja atau platform yang menyediakan penyesuaian tetapi tidak diautomasi dengan lengkap sebagaimana yang diperlukan untuk pembuatan berskala besar. PACT Pharma dan Pusat Penyelidikan Kanser Fred Hutchinson telah menyertai Program Perkongsian Akses Awal Cellares untuk mengambil bahagian dalam kajian pengguna, memaklumkan spesifikasi sistem dan memberikan maklum balas tentang Cell Shuttle bagi membantu memastikan produk bersesuaian dengan pasarannya. Syarikat ini beribu pejabat di Selatan San Francisco, California. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cellares.com.

Hubungan Media:
cellares@consortpartners.com 

Hubungan Pembangunan Perniagaan:
BD@cellares.com  

1 Driving the next wave of innovation in CAR T-cell therapies (McKinsey)

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1503687/cellares_founders.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1503684/Cellares_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cellares Corporation
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Venture Capital