omniture

Knight-Hennessy Scholars mengumumkan pemegang biasiswa baharu dalam kohort 2021 yang mewakili 26 buah negara dan 37 program siswazah di Stanford

Knight-Hennessy Scholars
2021-05-06 19:44 3

STANFORD, California, 6 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Program Knight-Hennessy Scholars (https://kh.stanford.edu/) di Universiti Stanford mengumumkan kohort 2021 dengan 76 pemegang biasiswa baharu dengan mahasiswa dari 26 buah negara yang melanjutkan pelajaran dalam 37 program siswazah di ketujuh-tujuh sekolah pengajian siswazah Stanford. 76 pemegang biasiswa baharu ini akan disertai oleh lima pemegang biasiswa tertunda dari tahun 2020, menjadikan jumlah kohort seramai 81 orang. Profil Knight-Hennessy Scholars 2021 ada di sini (https://kh.stanford.edu/program/scholars) dan ringkasan statistik ada di sini (PDF LINK).

Denning House. Photo Credit: Henrik Kam
Denning House. Photo Credit: Henrik Kam

Program Knight-Hennessy Scholars memupuk dan menyokong komuniti siswazah pelbagai disiplin dan budaya yang sentiasa mengambil bahagian dari seluruh Stanford University dan memberikan pelbagai koleksi pengalaman pendidikan yang menyediakan siswazah untuk menangani cabaran yang kompleks di dunia. Knight-Hennessy Scholars menyertai King Global Leadership Program dan menerima sokongan kewanganselama tiga tahun untuk mengikuti program siswazah di mana-mana tujuh buah sekolah pengajian siswazah Stanford.

"Pada ketika manusia menghadapi cabaran yang sukar, daripada pandemik hinggalah kepada perubahan iklim dan kesaksamaan kaum, kami berbesar hati mengalu-alukan para pemegang biasiswa yang berhasrat untuk menyumbang dalam mencari penyelesaian dan menjadikan dunia ini lebih baik," kata John L. Hennessy, President Emeritus dan Pengarah Shriram Family bagi program Knight-Hennessy Scholars.

Program ini berusaha untuk membangunkan pemimpin transformasi yang mempunyai perspektif silang budaya yang kukuh, mewujudkan visi yang berani untuk masa depan, memberi inspirasi kepada yang lain melalui perkataan dan tindakan mereka serta komited terhadap kebaikan yang lebih besar. King Global Leadership Program menyediakan koleksi pengalaman pembangunan komuniti, bengkel interaktif, pertemuan dengan pemimpin global dan peluang pembangunan peribadi.

Program Knight-Hennessy Scholars tidak mempunyai kuota atau sekatan berdasarkan wilayah, kolej atau universiti, bidang pengajian atau aspirasi kerjaya. Di antara pemegang biasiswa 2021 yang baharu, 57% daripadanya adalah wanita dan 46% adalah pemegang pasport dari negara bukan A.S. Lima puluh enam peratus daripada para pemegang biasiswa A.S. dikenal pasti sebagai individu kulit berwarna dan 11% telah berkhidmat dalam angkatan tentera A.S. Para pemegang biasiswa memperoleh ijazah sarjana muda dari 16 buah institusi antarabangsa dan 32 buah institusi A.S. Dua puluh peratus merupakan yang pertama dalam keluarga mereka yang mengikuti pengajian di kolej. 

Kohort pertama telah didaftarkan pada tahun 2018 dan kohort keempat telah menjadikan jumlah pemegang biasiswa seramai 270 orang setakat ini. Program ini akan meningkatkan pengambilan pemegang biasiswa hingga 100 orang setiap tahun pada akhirnya. Para pemegang biasiswa dipilih berdasarkan kebebasan pemikiran, kepemimpinan bermatlamat dan pemikiran sivik. "Setiap pemegang biasiswa dipilih untuk menambah perspektif unik kepada kohort yang menyumbang kepada komuniti pelbagai budaya dan disiplin," kata Tina Seelig, Pengarah Eksekutif bagi program Knight-Hennessy Scholars.

Permohonan untuk kohort 2022 akan dibuka pada 1 Ogos dan berakhir pada 6 Oktober. Program ini menawarkan sesi maklumat dalam talian untuk menerangkan tentang proses kemasukan, program dan komuniti.

Tentang Knight-Hennessy Scholars

Diumumkan pada tahun 2016, program ini dinamakan sempena Phil Knight, MBA '62, seorang dermawan dan pengasas bersama Nike Inc. dan John Hennessy, Pengerusi Alphabet Inc. dan Presiden Stanford (2000-2016). Knight-Hennessy Scholars ialah biasiswa yang dibiayai sepenuhnya dan terbesar di dunia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1502472/denninghouse.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1502473/Knight_Hennessy_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Knight-Hennessy Scholars
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education