omniture

Timex Group Dan adidas Mengumumkan Perjanjian Pelesenan Global

Timex
2021-05-06 21:08

MIDDLEBURY, Connecticut, 6 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Timex Group, peneraju dunia dalam pembuatan jam tangan dan adidas, peneraju global dalam industri barangan sukan, telah menandatangani perjanjian pelesenan global untuk jam tangan. Timex Group akan mereka bentuk, membuat dan mengedarkan jam tangan di bawah jenama adidas Originals ke seluruh dunia. Koleksi pertama akan memasuki pasaran pada awal tahun 2022. 

adidas logo

"Kami amat teruja untuk mengalu-alukan penyertaan adidas ke dalam portfolio jenama kami," kata Tobias Reiss-Schmidt, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Timex Group. "Terdapat beberapa jenama yang benar-benar ikonik dan adidas, yang mempunyai sejarah yang luas serta gaya yang asli, menduduki tempat teratas dalam senarai tersebut. Kami melihat minat yang tinggi dan semakin meningkat terhadap jam tangan dalam kalangan anak muda generasi Milenium dan GenZ dan kami tidak sabar untuk memperkenalkan koleksi jam tangan adidas Originals kami kepada generasi pengguna seterusnya ini."

Pelancaran rangkaian baharu pada Musim Bunga 2022 akan menggabungkan kepakaran pembuatan dan reka bentuk jam tangan Timex Group dengan inspirasi budaya jalanan dan perhatian terhadap kelestarian adidas Originals. Ia akan dijual di semua kedai, ahli gabungan dan e-dagang milik adidas serta melalui rangkaian pengedaran global Timex Group. 

Tentang Timex Group
Timex Group mereka bentuk, membuat dan memasarkan jam tangan yang inovatif ke seluruh dunia. Timex Group ialah sebuah syarikat persendirian yang beribu pejabat di Middlebury, Connecticut dengan unit operasi berbilang dan lebih 3,000 orang pekerja di seluruh dunia. Sebagai salah sebuah syarikat pembuatan jam tangan terbesar di dunia, Timex Group menghasilkan jam tangan di bawah beberapa jenama terkenal seperti Timex, Nautica, Guess, Gc, Ted Baker, Salvatore Ferragamo, Versace, Versus, Missoni, Furla dan adidas.

Sertai Timex di media sosial: @timex
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://timexgroup.com

Tentang adidas
adidas ialah peneraju global dalam industri barangan sukan. Beribu pejabat di Herzogenaurach/Jerman, syarikat ini menggaji lebih 62,000 orang pekerja di seluruh dunia dan menjana jualan sebanyak €19.8 bilion pada tahun 2020. 

Hubungi Timex Group
Michala Oestereich  
Michala.Oestereich@zenogroup.com | TimexPR@zenogroup.com  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1503488/badge_of_sport_remastered_bwp.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1503489/Timex_Group_Black_OnWhite_RGB__1.jpg?p=medium600

Source: Timex
Related Links:
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Contracts