omniture

Coa di Hong Kong Dinobatkan sebagai Bar Terbaik di Asia

Asia’s 50 Best Bars 2021
2021-05-06 22:28 109

SINGAPURA, 6 Mei 2021 /PRNewswire/ --

  • Coa, Hong Kong disenaraikan pada kedudukan No.1 dalam edisi 2021 Asia's 50 Best Bars dan turut dinobatkan sebagai Bar Terbaik di China yang ditaja oleh Perrier
  • Senarai ini menampilkan bar dari 10 buah negara di seluruh Asia dengan lapan penyertaan baharu
  • China memperoleh tempat yang paling banyak dalam senarai tersebut dengan 13 buah bar dan empat penyertaan baharu
  • Quinary, Hong Kong memenangi Anugerah Heering Legend of The List
  • The Diplomat, Hong Kong dinobatkan sebagai London Essence Best New Opening
  • No Sleep Club, Singapura memenangi Disaronno Highest New Entry Award
  • Caprice Bar, Hong Kong dan Sidecar, New Delhi merupakan pemenang bersama Nikka Highest Climber Award
  • Pemilik bar Jepun, Shingo Gokan dinobatkan sebagai Ikon Industri Roku

Sila lihat senarai lengkap Asia's 50 Best Bars 2021 di sini.

 

Coa In Hong Kong Is Named The Best Bar In Asia
Coa In Hong Kong Is Named The Best Bar In Asia

 

Senarai Asia's 50 Best Bars 2021 yang ditaja oleh Perrier telah diumumkan melalui majlis anugerah maya pada 6 Mei jam 6 petang waktu SG/HK. Menampilkan bar dari 10 buah negara di Asia, edisi keenam anugerah tahunan ini bermatlamat untuk mengiktiraf bakat, dedikasi dan kebingkasan yang hebat yang dapat disaksikan di seluruh landskap koktel Asia. Memandangkan kesan buruk yang disebabkan oleh pandemik global ini terhadap perniagaan bar di rantau ini, peranan 50 Best dalam memperjuangkan bar terbaik menjadi semakin kerana organisasi ini ingin memberi inspirasi kepada para pengunjung untuk kembali mengunjungi bar melalui senarai tersebut dan program kandungan berkaitan.

Coa di Hong Kong merangkul kedudukan No.1 untuk membawa pulang anugerah Bar Terbaik di Asia dan Bar terbaik di China yang ditaja oleh Perrier. Kedudukan No.2 ialah Jigger & Pony, Singapura yang turut memenangi Bar Terbaik di Singapura yang ditaja oleh Matusalem. Berada pada kedudukan No.3 ialah The SG Club yang memenangi gelaran Bar Terbaik di Jepun, manakala Indulge Experimental Bistro Taiwan kekal pada kedudukan No.4 dalam senarai, mengekalkan gelaran Bar Terbaik di Taiwan yang ditaja oleh Asahi Super Dry. Sober Company, Shanghai memperoleh kedudukan No.5.

Anugerah Khas

Anugerah khas lain yang diumumkan pada majlis tersebut ialah: MO Bar, Singapura sebagai pemenang Michter's Art of Hospitality Award; Epic, Shanghai sebagai Campari One To Watch; Penicillin, Hong Kong sebagai pemenang Ketel One Sustainable Bar Award; dan Bannie Kang dari Mu, Taipei sebagai Mancino Bartenders' Bartender 2021.

Untuk bahan akhbar: https://www.worlds50bestbars.com/asia/media-centre-registration.php  

PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1504668/Asia_s_50_Best_Bars_2021_Media_Kit.pdf
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1504849/asias_50_best_bars_2021.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1497626/Asias_50_Best_Bars_2021_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Asia’s 50 Best Bars 2021
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Restaurants Retail Travel Awards Survey, Polls & Research